MAKAN DI RESTORAN HWA GA DAMANSARA PERDANA SEOLAH-OLAH SEDANG MAKAN DI SEOUL


Annyeong Haseyo! Bila sebut tentang makanan korea pasti semua akan teringat akan Kimchi! Saya pun begitu, Namun sebenarnya KOREA ada pelbagai jenis makanan dan masakan yang pastinya enak dan menyihatkan. Di Malaysia sendiri banyak terdapat restoran yang menyajikan makanan Korea cuma kebanyakan menunya telah diolah mengikut selera masyarakat kita. Jadi originality resepi tu dah lari sedikit.

Bagi penggemar K-pop khususnya, rasa asli makanan Korea itu penting kerana itu melambangkan identiti masyarakat Korea. Lagipun sekurang-kurangnya mereka ini tidak perlu terbang ke Korea hanya untuk mendapatkan rasa sebenar masakan Korea. Buat anda semua! Ada berita baik. Kini anda boleh dapat menikmati Korean Authentic Traditional Cuisine di Malaysia. Seriously tak tipu! DImana? Hanya di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana.







Baru beroperasi beberapa bulan di bangunan Empire Damansara, restoran ini menghidangkan seleksi makanan dari Korea yang pastinya mampu mengembalikan memori anda ketika melancong sana. Pertama sekali, restoran ini menggunakan khidmat chef yang berasal dari Korea sendiri. Jadi sudah tentu rasa asli masakan hasil air tangan orang Korea terpelihara. Bagi penganut beragama Islam, anda boleh menikmati makanan disini tanpa was-was kerana ianya di jamin halal. Walaupun tidak mendapat sijil halal dari Jakim, barang mentah yang diperolehi adalah dari pengedar yang memiliki sijil halal.

Saya berkesempatan mencuba beberapa seleksi menu yang terdapat di restoran Hwa Ga Damansara Perdana. Pertama sekali adalah promosi “Chicken Unlimited” yang ditawarkan. Anda boleh menikmati 3 jenis menu ayam iaitu Grilled Chicken, Spicy Chicken atau Fried Chicken dengan pilihan side dishes tanpa had. Menarik bukan? Anda boleh refill sebanyak mana anda mahu dalam masa 2 jam. Boleh enjoy food sampai lebam kalau macam ni. Promosi ini berlangsung sehingga 31 Julai 2017 dari Isnin sampai Ahad. Rasanya? Memang terbaik! Bagi anda chicken lover, inilah peluang anda untuk menikmati masakan ayam ala Korean style sampai kenyang!










Promosi Pembukaan “Chicken Unlimited”

Lunch: 11am – 3pm
Harga: RM28++ (Dewasa), RM18++ (Kanak-Kanak**)

Dinner: 5pm – 11pm
Harga: RM30++ (Dewasa), RM18++ (Kanak-Kanak**)


*Promosi ini hanya sah di restoran Hwa Ga Damansara Perdana dan harga tidak termasuk 10% service charge.

** Berumur antara 6-11 tahun (bawah 5 tahun eat for free)


Kalau nak makan Ala-Carte menu pun boleh disini. Hwa Ga Damansara Perdana menyediakan hidangan menarik seperti Steamed Chicken (An Dong Province Style), Spicy Squid dan Fried & Spicy Chicken. Memang tidak dinafikan, masakan disini enak-enak belaka dan rasanya sangat asli memandangkan saya pernah merasai masakan korea semasa berkunjung di Seoul dahulu.

Fried & Spicy Chicken


Steamed Chicken (An Dong Province Style)

Spicy Squid


Selain itu saya sempat merasai menu istimewa dari Hwa Ga Damansara Perdana iaitu Nurungji Tongdak (saya mencuba Cheese Dak dan Nurungji Teriyaki). Apa benda Nurungji ni?

Ia merujuk kepada ayam yang dimasak bersama nasi secara tradisional Korea. Nasi tersebut telah dicampur bersama pelbagai ramuan sihat seperti nasi pulut, nasi hitam, pumpkin seed, barley, Garlic, Ginseng, Jujube, Ginkgo Nut, Pine Nut. Kesemua campuran ini akan dimasukkan ke dalam ayam tadi lalu dibakar menggunakan ketuhar arang selama 1 setengah jam. Apabila ayam telah masak dengan sempurna, ayam tadi akan dibelah untuk mengeluarkan campuran nasi tadi dan dimasak lagi diatas pan panggang. Masakan ini siap untuk dihidang bersama sos khas setelah nasi tadi menjadi kerak. Unik dan Menarik sekali. Rasanya? Memang sedap sebab isi ayam nya sangat juicy dan well-cooked malah nasi tadi pun masih enak dimakan. My personal favourite adalah Nurungji Cheese Dak sebab cheese dia mewah!

Untuk pengetahuan semua, makanan tradisi masyarakat Korea ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan terdapat hanya di Hwa Ga Damansara Perdana.


Nurungji Teriyaki (Topped with Teriyaki Grilled Chicken with Scorched Rice)

Nurungji Teriyaki








Nurungji Cheese Dak (Grilled Chicken with Scorched Rice and Cheese)

Nurungji Cheese Dak


Saya memang menyarankan kepada foodie di luar sana untuk mencuba hidangan makanan Korea di Hwa Ga Damansara Perdana ini. Makanan sedap, ambiance best malah pekerja di restoran ini juga ramah dan helpful. Kamsahamnida!

minuman dalam tin yang cukup popular di Korea pun ada disini 
I will come back!







Lokasi Hwa Ga Damansara Perdana (Pork Free):

Lot F05, Empire Gallery Heritage Lane,
No 2, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 
47820 Petaling Jaya, Selangor. 
(berdekatan dengan hotel Qliq Damansara)

Tel: +603-77326151

Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam

Facebook Rasmi Hwa Ga: www.facebook.com/HwaGaPorkFree





Kredit Foto oleh: Aqalili Azizan (www.aqaliliazizan.blogspot.com)


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HWAGAPORKFREE #KOREANBBQ #NURUNGJITONGDAK #KOREANBBQBUFFET

1 Comments