Nama pun sudah cukup hipster. Adakah kafe ini menjual sekadar kopi? Itu persoalan yang bermain di minda saya. Setibanya saya di kafe ini, ternyata sangkaan saya meleset. Rupanya mereka menyediakan pelbagai jenis pilihan menu untuk dicuba. Pelanggan agak banyak juga ketika saya tiba di sini. Must be kafe ini cukup dikenali dan makanan nya pasti enak.
Sesiapa yang ada Apps ini boleh guna di kafe ini |
Asalnya kafe Biji Kopi ini adalah sebuah kedai kecil di lorong kawasan Bukit Bintang. Dahulu mereka hanya menjual light meal sahaja. Dek kerana tidak puas melihat pelanggan makan sekadar mengalas perut, mereka telah sepakat untuk menyediakan menu yang lebih mengenyangkan. Untuk makluman semua, keluarga pemilik kafe Biji Kopi sudah lama berpengalaman dalam berniaga Nasi Briyani malah mempunyai sebuah kedai menjual Nasi Briyani di Ampang.
Antara menu yang saya sempat cuba di kafe Biji Kopi adalah, Nasi Briyani Lamb Shank, Soto Ayam, Mee rebus, Set Nasi Putih bersama Asam Pedas Ikan Pari dan Ikan Patin Masak Tempoyak, Air Kalamansi dan Juga Kopi 434 Muar.
Ini yang dapat dapat simpulkan setelah mencuba menu-menu ini.
Nasi Briyani Lamb Shank
Biasanya bila saya teringin ingin makan Nasi Briyani saya akan terus terjah kedai mamak tapi biasanya saya tidak akan habis makan pun sebab nasinya sangat berempah dan saya cepat muak. Namun Nasi Briyani Lamb Shank di Kafe Biji Kopi ini cukup enak. Portion nya agak banyak dan boleh dikongsi dua. Nasi nya yang cukup rasa rempah dan lemaknya ditambah dengan lamb shank nye yang lembut berjaya membuatkan pinggan saya licin. Ternyata kepakaran mereka dalam menyediakan Nasi Briyani terbukti! Selamat tinggal nasi biryani kedai mamak! Mereka juga menyediakan Briyani Ayam, Ayam Masak Merah dan juga Kambing.
Soto Ayam
Nasi himpitnya sangat lembut. Saya diberitahu yang mereka membuat sendiri nasi himpit dan bukannya menggunakan nasi himpit segera/instant. Kuah sotonya cukup rasa rempah ratusnya. Siap ada seketul Bergedil besar lagi. Sempurna!
Set Nasi dengan Asam Pedas Ikan Pari
Terus terang asam pedas di sini tidak menepati selera tekak saya. Kuahnya cukup pekat dan pedasnya. Cuma terlebih masam. Barangkali terlebih asam jawa. Saya harus memberi kredit kepada Biji Kopi kerana asam pedas anda tidak membuatkan hidung saya gatal. Biasanya asam pedas yang saya makan terlalu banyak kandungan belacannya. Kalau rasa masam nya dapat dikurangkan, maka asam pedas di Biji Kopi pasti menjadi kegemaran saya. Set ini didatangkan bersama Teh O Ais.
Set Nasi dengan Ikan Patin Masak Tempoyak
Saya percaya ramai yang makan ikan patin masak tempoyak akan membandingkan dengan ikan patin dari Temerloh. Namun kini anda tidak perlu ke sana kerana kafe Biji Kopi menyediakan ikan patin yang segar serta rasa kuah tempoyak nya cukup marvellous! Ikannya tidak hanyir dan kuah tempoyak nya cukup rasa. Set ini juga didatangkan bersama Teh O Ais.
Mee Rebus
Secara peribadi mee rebus di sini cukup enak. Kuahnya cukup pekat dan banyak. Saya suka!
Jus Kalamansi
Ini antara jus kegemaran saya. Kena cuba kerana limau kasturi yang digunakan adalah fresh dan bukan yang cordial. Masamnya cukup rasa dan sesuai sangat diminum sebagai detox setelah menjamu selera di kafe Biji Kopi.
Kopi 434 Muar
Bila sebut tentang Muar terus terlintas di minda adalah kopi 434. Dulu kalau saya nak minum kopi 434 saya kena beli di Muar ataupun secara online. Kini bila kafe Biji Kopi menjual kopi ini, saya tidak perlu lagi bersusah payah untuk travel ke Muar. Kopi O 434 memang terbaik. Tak cukup secawan, anda boleh pesan satu teko di kafe ini. Saya penggemar kopi jadi satu teko pun belum tentu cukup untuk saya. Hahaha!
Secara keseluruhan, kunjungan pertama kali ke kafe Biji Kopi berjaya menawan hati saya. Dengan masakan yang enak serta dekorasi kedai yang cantik dan simple membuatkan kafe ini sesuai untuk dikunjungi. Ada disediakan sudut membaca bagi mereka yang ingin menikmati hidangan minda juga! Kafe ini adalah antara foodie place yang pernah saya kunjungi. Malah sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga. Untuk anak kecil, ada disediakan menu western seperti Nugget. Jika sekadar ingin menikmati light meal sambil lepak-lepak bersama teman-teman, ada seleksi dessert untuk anda nikmati. Saya pasti ke kafe Biji Kopi lagi!
Lokasi kafe Biji Kopi:
C-8-G, GROUND FLOOR,
BANGI GATEWAY SHOPPING COMPLEX,
SEKSYEN 15,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR.
BANGI GATEWAY SHOPPING COMPLEX,
SEKSYEN 15,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR.
WAKTU OPERASI:
10 PAGI – 11 MALAM (SETIAP HARI)
10 PAGI – 11 MALAM (SETIAP HARI)
TEL: 012-2030779
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #BIJIKOPI #BIJIKOPICAFE
4 Comments
Terbaik lah bro menyelerakan nak makan lagi kat sini ker....
ReplyDeleteJom...
Deletesedapnya
ReplyDeleteMemang nasi briyani di Biji Kopi sangat sedap. Saya makan pun tak cepat muak. Daging kambing dia lembut giler...
Delete