TERAPI MANDI AIS – BANYAK MANFAAT DAN KEBAIKAN YANG KITA TIDAK TAHU!


Ramai yang tidak tahu sebenarnya mandi ais banyak kebaikannya kepada tubuh badan kita. Entah-entah ada yang tak pernah dengar pun akan kewujudan mandi ais. Baik mengaku cepat! Hahaha. Kebanyakan rumah pun pasang water heater sebab ramai yang suka mandi air panas. Eh! Dah kerja gila ke mandi ais? Tak sejuk kejung ke nanti? Sedangkan mandi air telaga di kampung pun dah terketar-ketar inikan pula nak mandi ais. Ok. Anda semua tahu tak bahawa mandi air sejuk terutama di awal pagi akan menjadikan badan kita lebih segar. Sesuai untuk memulakan hari dengan tenaga yang optimum. Cuba tengok orang dulu-dulu! Kebanyakan masih kuat lagi sekarang walaupun usia telah lanjut.

Berbalik kepada mandi ais tadi. Anda tahu tak sebenarnya mandi ais adalah terapi yang bagus untuk menghasilkan aura positif dalam diri, boleh kuruskan badan, boleh kuatkan tulang, boleh menguatkan sIstem imunisasi dalam badan? Mandi ais juga boleh merawat penyakit jiwa seperti ketakutan, kesedihan, panas baran, penyakit was-was. Tak percaya? Teruskan membaca artikel ini.




Baru-baru ini saya bersama teman blogger terhebat, saudara Mahadi dari blog MahaMahu.com berpeluang merasai sendiri keberkesanan TERAPI MANDIAN HIDROTERAPI AIS. Saya tahu akan terapi ini pun setelah diperkenalkan oleh saudara Aminhayat. Ye! Aminhayat yang baca berita TV9 tu. Beliau menyarankan agar saya mencuba kerana beliau sendiri telah mengamalkan terapi ini sejak tahun 2009 lagi. Ok. Sudah ada testimoni yang baik jadi saya harus mencuba.



8 KELEBIHAN MANDIAN HIDROTERAPI AIS

1. MENGEMBALIKAN SEMULA SISTEM TULANG

2. MENINGKATKAN KESEIMBANGAN IMUNISASI, ANTIBODI DAN SISTEM HORMON

3. MENYELESAIKAN MASALAH SUKAR TIDUR

4. MENINGGIKAN SEMANGAT DAN TENAGA VITAL

5. MELANCARKAN PENGALIRAN DARAH

6. MELANGSINGKAN TUBUH BADAN

7. RAWATAN KULIT PALING BERKESAN



Lokasi terapi mandi ais ini adalah di Seksyen 11, Shah Alam. Kunjungan saya ke sana telah disambut mesra oleh kakitangan pusat HOME SPA ICE THERAPY. Untuk pengetahuan anda semua, HOME SPA ICE THERAPY merupakan pusat terapi mandian hidroterapi ais yang pertama di Malaysia. Kira mereka ini lah yang memperkenalkan terapi ini di Malaysia.

perkarangan pusat terapi





disediakan juga ruang menunggu yang selesa

Inilah pengasasnya

tenang saja kawasan pusat terapi ini

Prosedur dan kaedah terapi mandian hidroterapi ais ini sebenarnya cukup mudah. Anda akan dibekalkan dengan pakaian basahan sepanjang proses ini. Kemudian anda dikehendaki untuk berendam di dalam kolam air garam yang dipanggil Aquatic Physical Pool Therapy selama 30 minit maksimum. Tujuan nya adalah untuk mengimbangi sistem dalam badan sebelum proses mandian ais dilakukan.

kolam air garam

Selesai berendam air garam anda akan terus dibawa ke tempat mandian hidroterapi ais. Bagi mereka yang segan dan malu jangan risau kerana disini terdapat 2 buah kolam mandian ais ini yang bertutup. Anda dikehendaki untuk duduk di dalam kolam kecil ini yang telah ditakungkan dengan campuran belerang, nila, garam bukit, kapur dan satu lagi saya lupa.

bahan untuk kolam mandi ais

campuran ini ada sukatannya

minyak Aromaterapi HDA

Kemudian anda kena duduk bersila sambil air akan dialirkan atas kepala anda. Setiap rawatan terapi mandian ais akan dibekalkan dengan 2 beg besar ais ketul yang di masukkan ke dalam kolam sedikit demi sedikit selang seli dengan titisan beberapa jenis minyak aromaterapi HDA. Minyak aromaterapi HDA ini mampu meningkatkan sistem imun, antibodi dan hormon tubuh secara menyeluruh. Proses ini akan mengambil masa dalam 1 jam.

diorang masukkan ais sikit-sikit

penerangan tentang fungsi setiap minyak Aromaterapi HDA


minyak ini untuk kepala

minyak ini juga akan disapukan ke bahagian badan

Selesai dengan mandian hidroterapi ais, anda dikehendaki untuk bilas badan anda dengan air perahan limau nipis.
Selesai mandian ini, anda akan dibawa berjumpa dengan pakar CVT (Colour Vibration Therapy) untuk tujuan konsultasi dan diagnosis tubuh badan anda untuk mengenalpasti punca penyakit/masalah yang anda hadapi menggunakan kaedah APPLIED KINESIOLOGY.

Colour Vibration Therapy adalah konsep perawatan penyakit dan penjagaan kesihatan alternatif dan komplementari yang menggabungkan faktor-faktor cahaya, warna dan bunyi serta kaitannya masa sebagai suatu keseimbangan alam semulajadi melalui Seni Sains Fizik Alamiah berasaskan Islamisasi Ilmu. Anda tahu tak bahawa setiap dari kita memiliki satu warna yang sesuai dengan tubuh badan kita? Walaupun kita mempunyai warna kesukaan sendiri tidak bermakna itu adalah warna sebenar untuk tubuh anda. Warna ini yang menjadi pengukur kepada kekuatan dan keseimbangan dalaman anda. Dari warna juga anda akan tahu kekuatan dan kelemahan diri. Seperti saya, walaupun saya menggemari warna putih tapi sebenarnya warna yang sesuai untuk kekuatan saya adalah warna hijau. Pakar juga memberitahu bahawa kelemahan saya adalah pada perut. Jadi bila saya skip makan jadi saya mudah panas baran. Memang betul apa yang pakar terapi katakan. Hahaha. Jadi saranan beliau saya kena sentiasa makan tepat pada waktu.

carta warna diri/level/unsur









Kesimpulannya Terapi Mandian Hidroterapi Ais ini adalah satu rawatan alternatif yang mampu mengembalikan kekuatan tubuh badan anda. Ia adalah kaedah penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit secara keseluruhan merangkumi aspek spiritual, emosional, mental dan fizikal. Jadi saya sarankan agar anda semua untuk mencuba dan rasakan sendiri perbezaan pada diri yang boleh dirasai seawal rawatan pertama. Insha Allah dengan usaha dan rawatan yang konsisten, badan dan minda anda akan lebih segar dan bertenaga. Saya sendiri berpuas hati dengan rawatan ini kerana sebenarnya saya mengalami kesukaran tidur tetapi setelah melakukan terapi ini Alhamdulillah tidur malam saya nyenyak sekali pada hari rawatan dibuat.

P/S: Anda juga boleh mencuba rawatan terapi Full Moon setiap pertengahan bulan ketika bulan mengambang penuh.

KELEBIHAN TERAPI FULL MOON
®    KEMURNIAN SERI WAJAH PADA BAKAL PENGANTIN
®    MEMBUANG RADIASI BURUK BERLEBIHAN IAITU CAS YANG MEMBUAT DIRI SERING TIDAK BERNASIB BAIK
®    PEMBANGKIT AURA INTAN UNTUK DAYA TARIKAN DAN PERTAHANAN DIRI
®    LIMPAHAN DOA DALAM MEMORI AIR YANG PENUH KEBERKATAN


ALAMAT HOME SPA ICE THERAPY:
NO. 28, JALAN TARIAN 11/2, SEKSYEN 11, 
40100 SHAH ALAM, SELANGOR

TEL: 03-55237153

WAKTU OPERASI:
AHAD – JUMAAT (TERMASUK CUTI UMUM) 
10 PAGI – 11 MALAM
SABTU: CUTI

INSTAGRAM RASMI HOME SPA ICE THERAPY

LAMAN WEB RASMI






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #HYDROTHERAPYICE #CVTMALAYSIA

7 Comments

  1. Tgk gambar yg dia masukkan ais tuh aku plak yang rasa sejuk haha.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Boleh rujuk Instagram Rasmi mereka untuk mendapatkan informasi lebih terperinci.

      Delete
  3. teringin jugak nak try mandi ais ni. macam menarik je tgk

    ReplyDelete
  4. Saya mandi ais pati bunga mawar yg dibekukan. Dia punya feel, kena try sendiri baru percaya hehe

    ReplyDelete
  5. Sy pernah di rawat buang sihir dgn kaedah mandi ais huuuu sejuk sampai ke tulang tapi lps mandi MaashaaAllah segar bdn ya amat. Alhamdulillah kesihatan pn semakin baik selepas.

    ReplyDelete