Sekali dengar nama Rondaevoo seperti dejavu pun ada. Ronda-ronda kotaraya pun ada. Hahaha! Sebenarnya ia adalah nama yang diberikan kepada sebuah restoran yang terletak di Bandar Sri Damansara. Lokasi lebih tepat adalah di Ativo Plaza. Kunjungan saya ke sini adalah bagi memenuhi jemputan pihak Zomato Malaysia untuk merasai seleksi hidangan terbaik di sini. Untuk pengetahuan anda semua, Zomato adalah sebuah enjin carian khusus untuk mencari informasi berkenaan kedai makan di sekitar anda. Buat masa ini di Malaysia, Zomato hanya memfokuskan senarai kedai makan yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor. Insha Allah, pihak Zomato bakal meluaskan skop carian ke bandar-bandar lain seperti Penang dan Johor Bahru.
Apa yang menarik dengan Rondaevoo Coffee Dining ni? Untuk pengetahuan anda, restoran ini dimiliki oleh syarikat Roti Boy. Ala! Kedai roti yang popular dengan Mexican bun tu. Menurut Encik Roy Lim selaku Chief Marketing Officer, ilham nama Rondaevoo ini berasal daripada perkataan rendezvous.
Rendezvous is a very French way to say "meeting" or "date”
Jadi tercipta restoran ini dengan tujuan utama ingin menjadikan ia tempat perjumpaan terbaik kepada pelanggan disamping dapat menikmati pelbagai hidangan enak. Bayangkan kalau “date” anda bersama si dia mencapai misi dan sasaran ditambah pula dapat menikmati makanan yang sedap-sedap, tidak ke ia satu momen yang cukup indah? Heaven! Selain itu Rondaevoo Coffee Dining ini adalah mesra kepada mereka yang menjaga kesihatan kerana terdapat beberapa hidangan yang menggunakan bahan organik. Anda yang concern tentang food nutrition pastinya boleh tersenyum lebar kerana masih bisa menikmati makanan di Rondaevoo Coffee Dining. Now Everyone Can Eat!
Melihat restoran ini dari luar seperti sebuah café mewah dengan outdoor seating area yang simple yet exclusive. Melangkah masuk sahaja ke ruang kedai saya agak kagum dengan susun atur serta suasana di sini. Bayangkan anda disambut dengan alunan musik jazz lama, lampu malap lalu terus menuju ke meja makan? Terasa seperti sedang berfantasi seperti didalam filem Hollywood. Haha. Saya suka susun atur dan layout ruang kedai ini. Ada bar area dan juga sudut menjual pelbagai jenis roti dari Roti Boy. Senang cerita tak semak mata la. Saya boleh feel idea restoran ini yang inginkan satu suasana restoran atau café di Eropah namun masih memiliki ciri-ciri timur. Great idea!
Kalau ke restoran sudah tentu nak makan dan makanan mesti lah enak dan lazat kan? Saya dan teman-teman blogger yang hadir telah disajikan dengan pelbagai jenis hidangan terbaik dari pihak Rondaevoo Coffee Dining. Untuk pengetahuan semua, menu di sini adalah berkonsepkan fusion.
Jika anda masih menunggu teman dan ingin mengunyah bolehlah mencuba Baked Nachos disini. Ia dihidangkan bersama melted cheese, guacamole, sour cream dan mix baked beans. Awas kerana portion ini agak besar untuk seorang makan melainkan anda memang jenis kaki makan. Hahaha.
|
Baked Nachos |
Rondaevoo Fried Brown Rice adalah satu hidangan yang agak ‘pelik’ bagi saya. Beras perang dibuat nasi goreng? Biar benar! Setelah saya mencuba menu ini saya terus terdiam. Sedap ya ampun! Dimakan bersama dengan telur mata kerbau dan ayam goreng resepi istimewa. Pergh! Terangkat!
|
Rondaevoo Fried Brown Rice |
Penang Fried Koay Teow adalah one of Malaysian favourite including me! Saya kalau dapat makan menu ini memang tak pandang kiri kanan dah. Anda boleh mencuba Penang Fried Koay Teow disini kerana ternyata rasanya memang ‘original’.
|
Penang Fried Koay Teow |
Penang Mee Jawa adalah satu lagi menu yang cukup terkenal di Pulau Mutiara. Mee Kuning dimakan bersama sos jawa, cucuk udang, tauhu, kentang, kacang pasti membangkit selera. Must try!
|
Penang Mee Jawa |
Penang Asam Laksa juga cukup dekat di hati masyarakat Pulau Pinang. Antara menu wajib for international and local food hunters kalau datang ke Malaysia amnya. Rondaevoo sangat pemurah kerana isi ikan kembung pada kuah asam laksa ini sangat pekat dan likat. Tidak lengkap hidangan ini tanpa sos otak udang untuk sempurnakan rasa menu ini.
|
Penang Asam Laksa |
Fish Noodle adalah sesuatu yang baru pada saya. Ini kali pertama saya mengenali menu ini. Ikan yang digunakan adalah ikan merah. Terus terang saya katakan ini bukan makanan saya. Hahaha. Tapi bukan bermakna ia tidak sedap cuma ia tidak menepati selera kampung saya. Sesuai bagi mereka yang health conscious!
|
Fish Noodle |
Hainanese Chicken Chop sebenarnya bukan berasal dari Hainan pun. Ia sekadar nama yang diberi kepada hidangan chicken chop Malaysian style. Saya pernah mencuba beberapa Hainanese Chicken Chop sebelum ini dan apa yang boleh saya katakan Rondaevoo style of this particular dish sangat awesome! Lengkap dari segi rasa sos sweet sour nya dan ayamnya juicy yet fresh. Kalau makan Hainanese Chicken Chop di sini anda akan dihidangkan bersama french fries, French toast dan butter.
|
Hainanese Chicken Chop |
Prawn Aglio Olio juga antara menu MUST TRY di sini. Bila mencuba menu ini seolah-olah saya berada di Paris menikmati dinner sambil menghadap Eiffel Tower. Hahaha.
|
Prawn Aglio Olio |
Fried Vermicelli Siam Style disini cukup istimewa. Bahasa Malaysia Bihun Goreng Cara Siam lah. Hehe. Dihidangkan bersama dengan sate ayam lagi. Bila sebut tentang Siam pastinya rasanya yang ada sedikit pedas masam seperti tomyam.
|
Fried Vermicelli Siam Style |
Hawaiian Pizza di sini bersaiz 10 Inch diameter dan ini adalah signature dish di Rondaevoo Coffee Dining. Bila sebut signature dish sudah tentu rasanya berbeza dari Hawaiian Pizza di tempat lain. Resepi istimewa dengan mama meatloaf, pineapple slice, marinara sauce dan mozzarella cheese. Kalau restoran ini kepunyaan gergasi syarikat roti di Malaysia pastilah doh pizzanya sedap dan lembut.
|
Hawaiian Pizza |
Sebelum pulang anda kena lah mencuba French Toast disini. Why? Sebab French toast di Rondaevoo sangat berbeza. Ada dua pilihan iaitu Croissant French Toast dan Rondaevoo French Toast (dengan pilihan sos egg lava atau maple syrup with butter). Kalau anda memesan hidangan ini dari pukul 3.30pm hingga 6.30pm anda akan mendapat secawan kopi Americano panas PERCUMA! Apa yang istimewanya French toast disini? Bagi saya sosnya dan juga kelembutan rotinya. Memang padu dan lain macam sedap bila makan bersama dan ini pertama kali saya mendengar croissant dibuat French toast dan hasilnya cukup bagus!
|
Croissant French Toast |
|
Rondaevoo French Toast |
Di Rondaevoo Coffee Dining bukan sahaja menyediakan hidangan-hidangan ini sahaja malah macam-macam menu ada. Dari Ala Carte sampailah ke makanan untuk hidangan secara berkumpulan. Nak nasi putih dengan lauk pauk ada, nak salad ada, nak masakan nyonya pun ada, nak dessert pun ada. Pendek kata pelbagai hidangan boleh didapati disini dari sarapan pagi hingga lah ke makan malam. As I said earlier, Now Everyone Can Eat at Rondaevoo Coffe Dining! Apa tunggu lagi! Rondaevoo Coffee Dining adalah A MUST GO restaurant if you love food!
ALAMAT: A.1.6, ATIVO PLAZA, 1, JALAN PJU 9/1, DAMANSARA AVENUE, BANDAR SRI DAMANSARA, 52200 PETALING JAYA, SELANGOR (BERHAMPIRAN DENGAN KENNY ROGERS DAN CIMB BANK)
WAKTU OPERASI: 8 AM-10.30 PM (SETIAP HARI)
TELEFON: 03-62639171
FOLLOW RONDAEVOO DI APLIKASI ZOMATO
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #RONDAEVOO #ZOMATOMEETUP #ZOMATOMY
2 Comments
wow bestnya. tambah2 tengok makanan tu yummy2x :D
ReplyDeletemust try...
ReplyDelete