Pasti ramai dikalangan kita yang cukup kenal dengan trend makanan laut yang dipanggil Shell Out. Di media sosial, konsep baru menikmati makanan laut@seafood ini viral sehingga ramai yang ingin dan telah mencuba. Ini ditambah pula dengan pelbagai cara masakan shell out yang pastinya memberi pilihan kepada masyarakat untuk menikmati cara baru hidangan makanan laut. Shell Out tu apa ya? Ala. Makanan laut yang dimasak lalu di longgokan di atas meja yang di lapik dengan kertas khas mahupun daun pisang serta dihidangkan bersama nasi putih.
Bagi anda yang berada ataupun bercadang untuk bercuti ke Kuala Selangor, pastikan anda mencuba hidangan makanan laut ini di APPS HOTEL. Mereka menyediakan set makanan laut yang dipanggil Cajun Seafood atau Shell Out yang cukup menarik. Lagi senang jika anda menginap sahaja di hotel ini kerana lokasinya cukup strategik. Malah kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel cukup selesa. Ada parkir, bilik yang selesa, dekat dengan bandar, malah the best part adalah belakang hotel tersebut terdapat jeti yang menyediakan perkhidmatan bot untuk melihat kelip-kelip dan eagle feeding.
Apa yang menariknya set Shell Out di Apps Hotel ini adalah mereka menyediakan empat pilihan sos istimewa iaitu Asam Pedas, Butter Lemon, Kam Heong dan Original Cajun BBQ. Saya memilih pilihan sos Asam Pedas kerana ini adalah customer favourite di sini. Ternyata pilihan saya tepat. Rasa sos Asam Pedas nya cukup sempurna dengan masam, manis dan pedasnya. Sebelum shell out ini ditaburkan ke atas meja, seafood ini akan diletakkan ke dalam plastik dan digoncangkan agar sosnya sebati bersama makanan laut.
Tidak lengkap hidangan Shell Out anda tanpa memesan hidangan tambahan di sini. Pihak Apps Hotel turut menyediakan pilihan menu seperti Cheezy French Fries, Honey Chicken Wings, Calamari Rings, Butterfly Prawn, Melawati Banana Split.
Jangan lupa juga untuk mencuba Signature Coconut Prawn, Nyonya Steamed Fish, Fried Crispy Kangkong & Homemade Pandan Chicken kerana menu-menu ini telah menjadi signature dish di Apps Hotel selama lebih tiga tahun sejak penubuhannya pada 2013. I love their Lala Masak Buttered Lemon. Taste great!
Hidangan Shell Out disini adalah hasil inspirasi Encik Kishen Sreedharan selaku Pengarah Pemasaran Apps Hotel bersama-sama dengan Chef Man dan Chef Steven. Pihak Apps Hotel ingin memastikan agar pelanggan yang hadir getting a great portion, great price and great food malah mereka dapat menikmati konsep "Sea to table" dimana hasil laut yang diperolehi adalah segar dan bermutu tinggi setiap hari. Ini kerana kedudukan geografi Kuala Selangor yang berdekatan dengan laut maka cukup mudah untuk mendapatkan hasil laut yang segar.
Nikmati hidangan Shell out di Apps Hotel dengan harga semurah RM39.90++ dengan kemudahan ruang parkir yang luas, surau, baby chair malah konsep open air di restoran ini mampu menampung sehingga 700 orang dalam satu masa.
Lokasi Apps Hotel
No. 12, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsula Park,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-32772172.
FACEBOOK RASMI APPS HOTEL
ABOUT APPS HOTEL
APPS Hotel is a 100 room hotel strategically located at the vicinity of Kuala Selangor commercial centre. It is only 45mins drive from the mainland Klang Valley area by using KL-Kuala Selangor Expressway (LATAR Expressway). We offer numerous on site facilities to satisfy even the most discerning guest such as ballroom for banquet & event facilities, Firefly trip & Eagle Feeding boat ride. Room price starts from RM 65++.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #APPSHOTEL #SHELLOUT #CAJUNSEAFOOD #KUALASELANGOR
3 Comments
Terbaik lah masih terasa-rasa lagi kesedapan Shell Out ni kat jari huhuhu terbaik...
ReplyDeleteTerbawak-bawak dalam mimpi..
Deletewow sedapnya terliu, nanti boleh try ni . tq sharing :)
ReplyDelete