BINTANG HOLLYWOOD NICOLE KIDMAN DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA GLOBAL NEUTROGENA®


Jenama penjagaan kulit premium yang terkenal di dunia, NEUTROGENA® baru-baru ini mengumumkan aktres pemenang Anugerah Akademi, yang juga merupakan aktivis untuk penyelidikan kanser wanita dan Goodwill Ambassador untuk UN Women, Nicole Kidman sebagai Duta Jenama Sedunia yang terbaharu.

Menurut Cory Price, Pengurus Besar NEUTROGENA®, Johnson & Johnson AS, “Nicole menyerlah semangat sebenar wanita yang kami mahukan. Kekuatan, fokus serta keberanian mereka membuatkan wanita NEUTROGENA® sangat istimewa. Nicole akan membantu kami memberi galakan kepada para wanita untuk menyerikan kecantikan mereka menerusi kulit yang sihat dan memperkasakan wanita untuk mencapai segala kemungkinan dengan NEUTROGENA®”.

Di Malaysia, NEUTROGENA® terkenal dengan penawaran produk-produk yang fokus pada kesihatan kulit, bermula daripada pembersih muka, serum pelembap dan masker hinggalah losen perlindungan matahari.

“Kami berbesar hati bahawa bintang terkenal Hollywood seperti Nicole Kidman dapat menjadi duta jenama sedunia kami. Selain menjadikan jenama NEUTROGENA® lebih diingati apabila berbicara akan kecantikan, Nicole juga menjadi sumber aspirasi kepada para pelanggan di negara ini yang menghargai kulit yang sihat dan cantik,” kata Raghu Krishnan, Pengarah Negara, konsumer Johnson & Johnson Malaysia.

Nicole Kidman, aktres Australia dan Duta NEUTROGENA® mengulas: “Takdir memang susah untuk dijangka! Seperti yang semua orang tahu, saya membesar di Australia di mana perlindungan daripada sinaran matahari amat dititikberatkan. Sejak kecil lagi ibu saya mengingatkan saya untuk melindungi kulit daripada sinar mentari. Menjaga kesihatan kulit merupakan amalan saya dan sesuatu yang saya utamakan. Apabila saya besar, saya sedar bahawa perlindungan daripada matahari merupakan hanya sebahagian daripada gambaran keseluruhan. Saya mendapati bahawa kulit kita memerlukan perhatian dan sokongan untuk kekal sihat, sama seperti anggota badan kita yang lain.”

“Jadi apabila saya mendapat peluang bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kesihatan kulit NEUTROGENA®, maka saya sedar bahawa inilah misi saya selama ini.”

“Kehidupan saya sekarang amat bahagia sekali dan saya sangat mengutamakan kesihatan secara keseluruhan termasuklah kesihatan kulit. Kita tentu tahu bahawa memilih produk anti penuaan yang sesuai bukannya mudah dan mungkin memakan masa. Tetapi sekarang saya hanya mahukan yang mampu memberi manfaat kepada saya. Itulah sebabnya saya teruja untuk menyertai pasukan yang penuh bersemangat ini. Saya juga bangga dapat menyertai golongan wanita NEUTROGENA® yang berkeyakinan tinggi dan penuh inspirasi.”






Pada Januari 2006, Kidman telah dipilih dan sehingga sekarang masih kekal menjadi Goodwill Ambassador untuk UN Women, yang merupakan Dana Pembangunan Wanita untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Matlamat dana ini adalah untuk memperkasakan wanita serta kesaksamaan jantina, meningkatkan kesedaran tentang keterpinggiran hak asasi wanita di seluruh dunia dan menghentikan kekejaman terhadap wanita.

Nicole juga merupakan aktivis yang menyokong penyelidikan kanser dalam kalangan wanita. Bersama-sama dengan suaminya, Keith Urban, mereka membantu mengumpulkan dana sebanyak setengah juta dolar bagi Women’s Cancer Program, sebuah pusat penyelidikan terkenal yang mengkaji punca, rawatan, pencegahan dan seterusnya pemulihan untuk kanser wanita.

Lakonan Nicole kini boleh disaksikan di pawagam menerusi filem Lion terbitan The Weinstein Company di mana Nicole menerima pencalonan Critics’ Choice, Golden Globe, SAG Awards dan Academy Award. Nicole juga beraksi dalam filem-filem akan datang antaranya How to Talk to Girls at Parties dan The Beguiled serta The Killing of a Sacred Deer. Kidman juga muncul menerusi kaca televisyen bulan ini dalam siri Big Little Lies untuk HBO serta musim kedua Top of The Lake (SundanceTV/BBC Two).

Kidman menyertai Duta Jenama NEUTROGENA® terkenal yang lain seperti Rachael Taylor, Jennifer Garner, Kerry Washington, Julie Bowen, Kristen Bell, Eiza Gonzalez, Sandra Echeverria, Hayden Panettiere dan Olivia Holt.


Berkenaan NEUTROGENA®:
NEUTROGENA® adalah jenama penyelesaian kesihatan dan penjagaan kecantikan dengan warisan dan hubungan yang kukuh dengan pakar dermatologi, pakar kulit dan para pengguna. Kami dengan semangat untuk mencipta produk yang ringkas tetapi hebat dan bermutu tinggi serta terbukti secara saintifik untuk memberikan hasil yang paling berkesan dan mesra kulit bagi mengekalkan keanjalan, kecantikan dan kesihatan kulit anda. Hari ini, Neutrogena Corporation mengeluarkan dan memasarkan pelbagai produk penjagaan kulit dan rambut berharga premium dan diedarkan kepada lebih 70 buah negara. NEUTROGENA® percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang cantik. Mulakan amalan kecantikan kesihatan bersama kami dan terokai rangkaian produk pembersih, pelembap, penjagaan kulit dan pelindung cahaya matahari kami di www.facebook.com/myneutrogena .






#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NEUTROGENA #NEUTROGENABEAUTYSQUAD #NICOLEKIDMAN

0 Comments