BRYAN ADAMS GET UP WORLD TOUR LIVE IN MALAYSIA BUKTI ‘OTAI’ MASIH BERBISA UNTUK MEMUKAU PENONTON


Bertenaga! Itu yang boleh saya simpulkan ketika menghadiri konsert Bryan Adams Get Up World Tour yang telah berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 21 Januari 2017 baru-baru ini. Figura ini masih mampu memberikan persembahan luar biasa tanpa henti selama hampir 2 jam walaupun usia beliau sudah menjangkau lewat 50-an.




peminat mulai ramai


special deal album Bryan Adams


mamat tu bukankah aktor drama Little Britain






Bermula tepat jam 9 malam, para penonton seperti histeria saat penyanyi yang berasal dari Kanada ini muncul di atas pentas. Memulakan konsert dengan lagu rancak Do What You Gotta Do, penonton terus menjerit dan teriak serta menari bersama.
Konsert ini tidak lengkap tanpa dendangan lagu-lagu malar segar beliau  seperti Heaven, Please Forgive Me, Everything I Do dan banyak lagi yang pastinya dekat di hati peminat beliau. Penonton juga sangat sporting dengan berkaraoke bersama Bryan Adams. Bukan itu sahaja, sepanjang konsert ini juga turut diselitkan beberapa seleksi lagu terbaru dari album ke-13 beliau, Get Up!




Tidak nampak langsung Bryan Adams semput dan mengah sepanjang konsert ini. Malah semakin lincah dari satu lagu ke satu lagu yang dinyanyikannya. Bryan Adams tidak banyak berceloteh kerana tahu para peminat yang hadir sememangnya dahagakan nyanyian live dari beliau. Seluruh stadium ternyata gamat dengan aksi penonton menyanyi sambil menari sepanjang konsert ini. Sporting audiens! Sebelum konsert berakhir, Bryan Adams sempat berselfie dengan hampir 2000 penonton yang hadir. Itulah trademark beliau setiap kali berada di sepanjang lokasi konsert world tour ini.


peminat yang sporting




Secara peribadi, konsert ini selayaknya di nobatkan antara yang terbaik pernah saya hadiri dengan sistem audio yang baik serta tidak memerlukan set pentas yang sarat, sekadar tayangan visual di layar besar dan penataan lampu sepanjang konsert ini berlangsung. Memang tidak rugi langsung penonton berbelanja membeli tiket. Puas Hati! Tahniah kepada Bryan Adams dan barisan pemuzik yang hebat. We really enjoyed the show!






sempat buat aksi ala-ala The Beatles sebelum konsert berakhir





Untuk pengetahuan anda, kali terakhir Bryan Adams membuat persembahan di Malaysia adalah pada tahun 1994 bersempena konsert beliau di PWTC, Kuala Lumpur. Kiranya kerinduan peminat di Malaysia terubat akhirnya untuk menyaksikan persembahan beliau kali ini.

Saya cukup bertuah dan berbesar hati kerana berpeluang bertentang mata untuk sesi Meet and Greet dengan bintang pujaan ramai ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada Universal Music Malaysia di atas peluang keemasan ini. Ini adalah antara momen terindah dalam hidup saya dapat berjumpa in person dengan beliau!


preshow cocktail untuk pemegang tiket VIP


Bryan ni macam tak ikhlas ja nak sain! Hahaha

sila jeles!


#BRYANADAMSGETUP #BRYANADAMSGETUPWORLDTOUR #REEFISM #REEFISMTERRITORY

0 Comments