Hi REEFISM! Lately saya memang malas nak masak di rumah. Jadi nak senang saya explore sahaja kedai makan sekitar Lembah Klang atau tak pun saya makan di kedai mamak sahaja. Mudah! Oleh kerana tekak ini teringin nak mencuba something different, jadi saya dan rakan teringin nak makan hidangan pantai timur. Asyik disogokkan dengan nasi mamak aja mana boleh tahan kan? Naik bosan dibuatnya. Tapi mana nak cari makanan pantai timur?
Saya berkesempatan menikmati hidangan di RESTORAN NASI PAK MAN KOTA DAMANSARA. Sebenarnya saya mengetahui kewujudan restoran ini pun melalui rakan saya. Katanya restoran ini dimiliki oleh sepupu rakan beliau. Ok! Why not kalau kita mencuba kan?
Istimewanya restoran ini adalah menu nya adalah makanan dari negeri Kelantan. Seperti yang anda sedia maklum, makanan dari Kelantan mostly manis-manis aja. Sebab itulah agaknya orang Kelantan semua manis-manis belaka. Hihihi. Saya adalah penggemar tegar makanan Kelantan seperti Nasi Kak Wok dan Nasi Kerabu. Sedapkan dapat makan panas-panas! Terangkat!
Setibanya di restoran ini, saya lihat crowd agak ramai dan ruang restoran nampak seperti baru beroperasi. Rupanya restoran ini mula beroperasi secara official pada 14 November 2016. Terus terang saya suka dengan konsep kedai ini. Simple!
Kami memesan NASI PAKMAN, LAKSAM, DAN JUGA BEST SELLER ROTI TIK TAK bersama Nescafe Ais dan Milo Panas.
Nescafe Ais sedap! |
Nasi Pak Man ini adalah nasi putih yang di stim dihidang bersama gulai kerutuk Kelantan, ayam goreng panas-panas, timun dan sambal. Mesti nasi ini signature dish restoran ini kerana menggunakan nama restoran sebagai nama makanan. Bila saya cuba memang sedap bangat! Seriously! Memang sesuai dijadikan signature dish restoran ini. Bagi sesiapa yang biasa makan nasi campur dengan lauk pauk yang baru sahaja masak dan panas-panas mesti faham nikmat bila makan! Begitulah yang saya alami!
Nasi Pak Man |
Laksamnya sedap cuma seperti biasa, rasa manis tetap ada. Itulah signature masakan Kelantan. Kuahnya pekat dan terasa isi ikannya.
Laksam |
Laksam |
Roti Tik Tak ini saya sengaja pesan untuk mencuba disebabkan pihak restoran Nasi Pak Man highlight sebagai Best Seller. Mesti sedap kan? Kita cuba! OMG! Memang sedap! Saya tak pernah terfikir white bread toasted with butter kemudian dihidangkan bersama Pak Man's rich and creamy homemade seri kaya dan telur separuh masak on top. Patutlah bestseller! Kalau anda ke Restoran Pak Man wajib pesan Roti Tik Tak tau!
Roti Tik Tak |
Selain menu yang kami order ini, mereka juga menyediakan Nasi Dagang, Nasi Lemak, Nasi Berlauk dan lain-lain lagi.
jangan lupa hashtag bila makan di sini ya! |
Bagi anda yang mencari-cari tempat makan baru atau ingin mencuba masakan dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini, bolehlah ke Restoran Pak Man yang terletak di:
49-G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
(sebelah kedai pajak gadai dan sebaris dengan restoran Vicchuda)
WAKTU OPERASI:
Isnin- Sabtu: 8 pagi -12 tengah malam
Ahad: 8 pagi - 3 petang
0 Comments