9 TIPS AND TRICKS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH


Semua orang suka travel kan? Bila kita travel inilah masa untuk kita meneroka negara orang sambil berehat dari kesibukan kerja. Kalau nak mengadap kerja sahaja boleh mental dibuatnya. Dulu travel hanya lah untuk golongan kelas atasan kerana kos untuk travel sangat mahal. Kini boleh dikatakan semua orang boleh travel ke mana-mana dek kerana kos bukan lagi menjadi isu. Tidak kira samada travel melalui agensi mahupun secara DIY, boleh dikatakan travel kini merupakan satu aktiviti wajib bagi kita.

Tahukah anda sebenarnya kos terbesar bila travel ke negara luar adalah tiket penerbangan? Sekarang ni saya perasan syarikat penerbangan banyak mengadakan jualan best deal bagi destinasi yang di tawarkan syarikat mereka. Tapi biasanya tiket murah ni ada kuota. Konsepnya Siapa Cepat Dia Dapat! Jadi kalau anda nampak saja tiket murah terus grab. Jangan fikir lama-lama. Nanti melepas. Mari saya nak ajar kaedah-kaedah yang selalu di guna pakai kalau nak dapatkan tiket flight murah.




  • Tempah Hari Selasa Dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk anda beli tiket flight. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasarkan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.


  • Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal 

Berdasarkan pengalaman, anda kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh anda nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.


  • Hari Terbang Yang Sesuai 
Cuba anda tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalu nya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.


  • Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, anda kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

  • Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil 

Anda boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di Heathrow, sebaliknya anda cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester anda naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!


  • Buang ‘Cookies’ 
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan PC anda sekiranya anda dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang anda sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, anda amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!


  • Bandingkan Harga 
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang anda mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Anda akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang kerap gunakan untuk travel:
2. CheapFlight
3. Momondo 
4. Kayak 
5. Google Flight  
6. Expedia 
7. Airpaz 





  • Subscribe Newsletter 

Ini juga satu kaedah yang boleh digunapakai. Biasanya bila ada promo, mereka yang subscribe newsletter syarikat- syarikat penerbangan akan dapat info awal tentang promo terkini yang ditawarkan. Jadi sentiasa check email anda supaya tak miss harga murah! Saya juga setkan price alert pada enjin carian seperti Skyscanner jika tiket destinasi yang saya plan nak pergi tu murah!

  • Beli tiket Melalui Mobile App

Kaedah ini saya baru discover. Baru-baru ini saya ada menguruskan ticket booking untuk rakan saya yang nak join trip saya ke Seoul. Mula-mula saya semak tiket agak mahal. Jadi saya hold dulu. Selang beberapa hari saya mendapat email yang syarikat airlines AA buat promo 20% discount untuk pembelian tiket menggunakan mobile app. Bila saya semak harga memang murah. Siap boleh jimat sehingga RM200 untuk return ticket dari harga yang saya semak sebelum ini. Apa lagi terus grab lah! Ini adalah satu cara pihak syarikat penerbangan menggalakkan pelanggan menggunakan aplikasi mereka. 

Selamat mencuba! Kalau berjaya nanti bolehlah share pengalaman dengan saya tau!




#FLIGHTTIKETMURAH #REEFISM #REEFISMTERRITORY

0 Comments