Kopi telah menjadi minuman kegemaran ramai sejak dulu lagi. Bila sebut NESCAFÉ® pastinya nama ini sudah sinonim dengan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua warga Malaysia akan menikmati NESCAFÉ® setiap hari. Setiap rumah pastinya akan mempunyai stok NESCAFÉ®. Jenama ini ternyata berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Jenama yang diyakini. Bagi memenuhi selera rakyat Malaysia, kini NESCAFÉ® Malaysia mengorak langkah dengan menghasilkan NESCAFÉ® Tarik dalam tin! Istimewanya minuman dalam tin ini hanya terdapat di Malaysia sahaja. Ekslusif dan Istimewa! Lagi best dan kaw bila minum sejuk-sejuk.
Bersempena dengan itu, pihak
NESCAFÉ® Malaysia telah menganjurkan satu acara khas yang dihadiri oleh rakan-rakan blogger baru-baru ini. Saya cukup bertuah dan berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk menyertai acara ala-ala
Amazing Race yang dipanggil
NESCAFÉ® TARIK MANA MANA CHALLENGE.
Saya dan beberapa rakan blogger telah tiba di perkarangan Central Market seawal 8 pagi. Kami terus ke meja pendaftaran dan mengambil baju serta topi untuk dipakai untuk acara ini. Setiap ahli kumpulan akan ditentukan berdasarkan warna topi yang diberi dan saya mendapat warna
MERAH! Feng Shui baik warna ini! Ahli kumpulan saya terdiri daripada blogger Fauzi (
www.duniapatik.com), Sally Samsaiman (
www.sallysamsaiman.com) dan Eyzamiel (
www.eyzamiel.com).
Sebelum acara
NESCAFÉ® Tarik Mana Mana Challenge bermula, sesi pengenalan, taklimat ringkas seterusnya pelancaran acara ini telah disempurnakan oleh saudari Vanessa Lim yang merupakan Senior Brand Manager of
NESCAFÉ®.
|
Vanessa Lim selaku Senior Brand Manager of NESCAFÉ® Malaysia |
|
team MERAH bersama marshall kami, Rachel! |
Kumpulan yang terdiri dari kumpulan
MERAH, PUTIH, HITAM, KUNING dan
BIRU telah disediakan seorang marshall bagi setiap kumpulan bagi membantu dalam menyelesaikan tugas dan cabaran yang diberi. Setiap kumpulan dikehendaki untuk hadir ke beberapa checkpoint untuk menyelesaikan setiap cabaran. Antara checkpoint yang digunakan adalah LRT Masjid Jamek, kawasan stesen bas Pudu, Petaling Street, kawasan Bangkok Bank dan kawasan sekitar Central Market sendiri.
Antara cabaran yang telah kami lakukan bagi melengkapkan misi
NESCAFÉ® Tarik Mana Mana Challenge ini adalah:
- melakukan aksi Mannequin Challenge sambil memegang tin NESCAFÉ® Tarik
- mencari seorang public dan meminta untuk merakamkan foto bersama NESCAFÉ® TARIK lalu dimuatkan ke dalam media sosial dan menyertakan hashtag #NESCAFETARIK #NescafeMY #TARIKMANAMANA
- melakukan aksi LION DANCE
- membuat aksi menarik NESCAFÉ® Tarik seperti pada poster iklan NESCAFÉ® Tarik
- melakukan aksi menggunakan props yang disediakan seperti skateboard, kon pembinaan, uniform pekerja pembinaan, basikal dan air tin NESCAFÉ® TARIK.
Selesai semua tugasan, setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk ke FINISHING SPOT iaitu di kafe Merchant's Lane yang terletak di Jalan Petaling dan pemenang ditentukan berdasarkan kumpulan mana yang terpantas tiba serta berjaya melunaskan setiap tugasan yang diberi. Kumpulan saya iaitu MERAH hanya berjaya menduduki tempat ke 4 dengan catatan masa 56 minit.
|
wefie with public! nasib baik sporting! |
Acara penyampaian hadiah disempurnakan di kafe Merchant's Lane. Kami juga dijemput menikmati lunch yang enak-enak belaka.
Pemenang tempat pertama disandang oleh kumpulan Kuning, tempat kedua adalah kumpulan Biru dan ketiga adalah kumpulan Hitam. Setiap pemenang menerima baucer membeli belah. Bestnya!
|
Terima kasih NESCAFÉ® Malaysia! |
Selain agenda utama acara ini adalah bagi mempromosikan seleksi minuman dalam tin terbaru NESCAFÉ® Tarik, secara tidak langsung ianya merapatkan hubungan baik diantara pihak NESCAFÉ® Malaysia dan juga blogger. Saya cukup teruja dan gembira kerana inilah masanya saya dapat berkenalan dengan barisan blogger hebat dan senior.
Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak NESCAFÉ® Malaysia diatas jemputan dan penganjuran Acara NESCAFÉ® TARIK MANA MANA CHALLENGE. Nanti buat lagi ya! Saya pasti datang!
Semestinya minuman
NESCAFÉ® Tarik ini benar-benar menepati citarasa saya. Masakan tidak! Sepanjang acara berlangsung, saya telah belasah 5 tin!
Pekat, likat dan berkrim. Kini anda tidak perlu lagi ke kedai mamak atau kopitiam untuk menikmati
NESCAFÉ® Tarik. Hanya dengan minuman tin
NESCAFÉ® Tarik, anda boleh minum di mana-mana sahaja. Sila layari
www.nescafe.com.my dan
FACEBOOK RASMI NESCAFÉ® MALAYSIA untuk mendapatkan informasi lanjut. Chiaow!
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #NESCAFEMY #TARIKMANAMANA #NESCAFETARIK
0 Comments