Ok Reef. Cukup melalut. Macam menjawab soalan talkshow pulak pula. Trip ini berlaku pada Julai 2014 dimana ketika itu warga Malaysia sibuk untuk balik kampung bagi merayakan Aidilfitri. Saya pula sibuk dengan aktiviti travel. Hahahaha.
Ada yang pelik dan bertanya saya samada saya tak berminat nak beraya ke? Sebenarnya bukan saya tak minat cuma saya sudah biasa tidak berhari raya. Dulu saya pernah bekerja selama beberapa tahun di minggu pertama hari raya. Jadi mood raya sudah seakan pudar dalam diri. Infact hari raya bagi saya sama seperti saya balik kampung setiap minggu atau bulan. Sehingga keluarga saya pun faham dengan perangai saya. Mungkin sebab saya bujang jadi saya tak kisah sangat akan kemeriahan menyambut hari raya. Begitulah al-kisahnya. Jangan kecam saya ya. Lain orang lain perspektif tentang Aidilfitri.
Ok. Back to the story about my trip to Vientiane, Laos. Why Vientiane? Good question. Secara jujur tahun 2014 adalah tahun ligat saya berjalan. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja destinasi pilihan. Semuanya telah saya atur antara 6 bulan ke 1 tahun dari tarikh berlepas. Biasanya AirAsia kan suka buat promo Free Seat. Waktu itulah saya ambil peluang beli tiket. Saya teringin nak tahu apa yang ada di Vientiane ini kerana ia bukannya tempat pelancongan yang popular. Menurut sejarah, Laos pernah dijajah oleh kerajaan Perancis sebelum merdeka pada tahun 1953.
Trip ke Vientiane ini juga terjadi disebabkan ingin menunaikan hasrat officemate saya yang ingin travel. Beliau teruja dengan kisah-kisah travel saya jadi beliau ingin ikut serta travel bersama saya. Kebetulan pula ketika itu tiket penerbangan ke Vientiane hanyalah berharga RM120 pergi balik. Siapa yang tak nak kan? Saya pun grab dan beliau hanya ikut sahaja. Segala itinerary saya uruskan dari A to Z untuk trip 3 hari ini.
Maka pada 26-28 Julai 2014 terjadilah trip ini. Selepas habis kerja saya terus bersiap-siap untuk ke KLIA2. Kebetulan kakak saya pun ingin pulang ke kampung suaminya jadi beliau tolong hantar kan saya ke airport. Sebenarnya flight kami adalah pada pukul 6.50 pagi tapi disebabkan minggu cuti takut airport sesak jadi saya telah overnight di KLIA2 sementara menunggu kawan saya tiba.
Perjalanan ke Vientiane hanya mengambil masa selama 2 jam. Kami tiba di Wattay International Airport tepat pukul 8 pagi. Beza waktu antara Malaysia dan Laos adalah 1 jam). Urusan imigresen dan bagasi sangat lancar. Airport ini tidaklah besar dan canggih namun tidak lah sedaif yang disangka. Bagi negara seperti Laos sudah cukup baik keadaan airport nya.
Kami terus menjadi teksi untuk ke hotel yang telah ditempah lebih awal melalui website booking.com. Nama hotel bertaraf 2 bintang ini adalah Vientiane Star Hotel. Bilik yang saya dapat hanya berharga USD 30.60 untuk 2 malam bagi Standard Twin Room. Bagi saya hotel ini tak ubah seperti sebuah hostel bila saya lihat persekitarannya. Tapi bila saya masuk ke biliknya, saya agak terkejut sebab biliknya sangat luas dan ia menyediakan satu katil queen dan satu katil single. Ada aircon dan private bathroom. Berbaloi. Tambahan lokasi nya sangat strategik kerana berdekatan dengan sungai Mekong, Night Market dan beberapa kedai makanan muslim. Sebenarnya sepanjang jalan Quai Fai Ngum tu banyak kedai makan dan area yang saya duduk pun banyak hostel-hostel murah. Ramai juga mat saleh lepak area hotel saya. Mungkin kerana lokasinya yang betul-betul menghadap sungai Mekong. Sungai ini yang memisahkan antara Laos dan Thailand.
Matawang yang digunakan adalah Lao Kip (LAK). Di Malaysia tiada tukaran Lao Kip jadi anda harus tukar bila tiba di Laos. Caranya tukar matawang USD di Malaysia kerana duit RM tidak laku di Laos ya. Masa 2014 matawang USD murah lagi. Dalam USD1= RM3 sahaja.
inilah hotel bajet yang kami stay sepanjang di sini |
ruang lepak di hotel |
nak beli tiket bas pun senang |
Sampai sahaja hotel kami minta kebenaran untuk check in awal. Nasib baik owner dia baik. Anyway, owner hotel ni mat saleh. Bila dapat ja bilik terus kami rehat dan terlelap sampai ke petang sebab terlalu letih. Tak rehat dari awal pagi lagi tambahan pula saya berpuasa.
Lantas kami bangun dan mandi. Kami keluar dan berjalan menuju ke bandar Vientiane. Tidaklah terlalu jauh pun jarak antara tempat tinggal kami dengan bandar Vientiane. Tempat pertama yang kami singgah adalah That Dam( Black Stupa). Ia merupakan stupa besar yang terletak di tengah-tengah roundabout. Rakyat Laos percaya ia pernah diduduki oleh naga kepala tujuh yang cuba menyelamatkan mereka dari tentera Siam pada tahun 1827.
kita kasi peluh sikit! |
that dam (black stupa) |
Lantas kami teruskan langkah menuju ke Patuxai Park. Disini terletaknya tugu peperangan yang berada di tengah-tengah bandar Vientiane. Dibina diantara tahun 1957 hingga 1968 sebagai tugu peringatan kepada pejuang-pejuang negara yang memerdekakan Laos dari pemerintahan Perancis. Senibina nya tak ubah seperti Arc de Triomphe di Paris. Kalau ke Vientiane tidak sah kalau tak singgah ke sini. Tempat wajib! Untuk naik ke atas akan dikenakan bayaran. Anda boleh lihat panorama seluruh bandar Vientiane dari atas. Menurut pemerhatian saya Patuxai banyak dikunjungi oleh penduduk tempatan terutama anak-anak muda untuk acara riadah.
inilah mercu tanda Vientiane dan Laos |
view dari atas letops! |
Selesai di Patuxai kami terus berjalan pulang menuju ke sungai Mekong. Di sini terdapat Chao Anouvong Park dimana ramai warga tempatan melepak sambil beriadah. Masa kami ke sini, sepanjang sungai Mekong sedang rancak dibina bangunan-bangunan. Barangkali bangunan kediaman mewah. Saya ada melihat sebuah batu besar seperti tanda menyatakan kerajaan Loas memberikan projek ini kepada syarikat dari Korea Selatan untuk dibangunkan. Di Chao Anouvong Park ini juga terdapat The Old King of Laos Statue.
the old king of Laos statue |
panorama sungai Mekong |
Selesai lepak kami terus mencari kedai makan muslim untuk berbuka puasa. Jangan risau kerana di sini terdapat beberapa kedai makan muslim cuma harga agak mahal bagi saya.
Selesai makan kami terus jalan-jalan sekitar Night Market yang terletak bersebelahan dengan Chao Anouvong Park. Nothing much pun di sini. Infact barang yang dijual agak mahal dan tidak berkenan di hati.
The next day saya dan rakan bangun awal sebab kami hanya ada satu hari penuh sahaja untuk meneroka bandar Vientiane. Tempat pertama kami pergi adalah ke Buddha Park. Apa yang ada di Buddha Park ni? Buddha Park ini adalah taman yang dipenuhi dengan pelbagai bentuk arca. Terletak 25 km dari bandar Vientiane, ia juga dikenali dengan nama Xieng Khuan. Walaupun ia bukan nya sebuah temple, ia juga dipanggil dengan nama Wat Xieng Khuan disebabkan taman ini mengandungi pelbagai arca keagamaan. Buddha Park ini dikatakan mempunyai lebih 200 Hindu and Buddhist statues.
Cara kami ke Buddha Park adalah dengan menaiki pengangkutan tuk-tuk. Saya lupa pula harga yang dikenakan untuk ke sini. Bagi saya Buddha Park ini agak menarik cuma pihak kerajaan tidak menjaga nya dengan baik. Walhal tiket masuk 5000 Kip dan 3000 Kip untuk siapa yang membawa kamera dikenakan ke atas pengunjung. Sepatutnya wang itu boleh digunakan untuk memelihara keadaan Buddha Park ini. Kami di sini dalam beberapa jam.
all the way ke Buddha Park |
jalan berlubang-lubang |
sampai sudah! |
ayuh pulang ke city |
ada pula aktiviti memancing di area Buddha Park |
The Pha That Luang stupa is the symbol of the city of Vientiane, the capital of Laos. It's a huge golden stupa, built in the year 1566. Its golden color is not painting but it is literally covered in gold. The Pha That Luang Temple is one of the most representative places of Buddhism and the splendor of Laos, as well as being a monument of national pride.
Pha That Luang is a huge Buddhist Stupa of 45 meters in height and width 69 built in pyramidal shape and is surrounded in turn by 30 small stupas. The Pha That Luang stupa is covered with 500 kilos of gold leaf, precious metal that achieves such impressive golden color, symbol of the splendour of Laos.
The complex where rises the Pha That Luang Temple is surrounded by a cloister 85 meters long, cloister which houses various statues of Buddha and paintings.
The Pha That Luang stupa is built on 3 levels, which symbolize the ascent from the Earth to the sky. The first level is the underworld, the second level 30 perfections of Buddhism and the third and final level, the prelude to the Kingdom of heaven. Each level is more narrow than the previous level, for example the first level are 69 meters of width, the second level 47 meters and the last level just 29 metres.
Di kawasan Pha That Luang juga terdapat patung Buddha besar yang berbaring yang di panggil Vat That Khao.
gigih jalan kaki walaupun panas! |
Malaysia tetap di hati! |
Pha That Luang |
Selesai jelajah kawasan Pha That Luang, kami terus mencari tuk-tuk untuk ke bandar Vientiane semula sebab nak berjalan kaki agak penat. Tambahan cuaca petang agak panas terik. Kami meminta pemandu tuk-tuk untuk berhentikan kami di Talat Sao Shopping Mall. Tujuannya sekadar untuk window shopping. Satu-satunya shopping mall yang kami jumpa di bandar Vientiane ini. Menariknya mall ini adalah ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pasar pagi dan air-conditioned mall yang menjual pelbagai barangan keperluan. Jangan terkejut bila anda nampak ada orang jual ikan di lobi shopping mall ni pula ya. Kalau di lobi The Curve mereka buat perangai macam ni terus saya tak nak datang lagi.
Memandangkan tiada apa yang menarik di Talat Sao, kami terus keluar dan menapak pulang ke hotel. Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan Presidential Palace yang merupakan kediaman rasmi Presiden Laos.
Presidential Palace |
Kami sampai di hotel dan berehat sebentar sementara menunggu waktu berbuka puasa. Hari terakhir Ramadhan dan esoknya raya!!!
Selesai makan malam kami mencari pusat urut yang murah memandangkan esok nya sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur. Kiranya acara santai lah malam itu. Ingin juga tahu bagaimana cara urutan orang Laos. Adakah sehebat urutan Thai? Memang berbaloi mengurut disini. Murah, tempat urut bersih dan layanan VIP dan yang penting urutan dia bagus!
manjakan diri |
sementara menunggu giliran |
Hari terakhir di Vientiane kami cuma check out dan mencari tuk-tuk untuk ke airport. Nasihat saya anda yang ingin menggunakan perkhidmatan tuk-tuk di sini kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kenapa? Sebab kami dah terkena. Bayangkan sudahlah dia charge tuk-tuk seperti harga teksi, halfway ke airport pula tiba-tiba tuk-tuk kehabisan minyak. Masalah bahasa menjadi masalah utama pula. Jadi anda kena banyak bertabah ya sebab mostly orang Laos tidak pandai berbahasa Inggeris.
ayuh pulang ke pangkal jalan! |
Sampai di airport kami terus check in dan tunggu flight. Kebetulan semasa kami menunggu flight kami ada seorang makcik cina dari Malaysia menegur kami. Peramah makcik tu. Katanya dia kerap ke Vientiane kerana suaminya kena bekerja disini.
Kami tiba di KLIA2 tengahari pada hari raya pertama. Saya lihat ramai yang memakai baju raya di airport. Saya cuma tertawa melihat pada diri sendiri. Orang lain seronok berhari raya tapi saya tiada rasa itu. Pelik tapi benar.
Till then guys.
Next story adalah trip to Manila. Nantikan!
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #THROWBACKTRIP
0 Comments