PERFECT SHARING X-MAS COMBO MEAL AT STATION ONE LEISURE CAFÉ SEREMBAN TERMINAL 2


Hi REEFISM! Hari Krismas bakal menjengah kalender 2016 tidak lama lagi. Pastinya dimana-mana sahaja kemeriahan sambutan jelas terasa. Tidak kira samada dekorasi di pusat membeli belah, tawaran Jualan Murah pelbagai jenis barangan serta pelbagai menu istimewa sempena Krismas di restoran dan kafe menyemarakkan lagi suasana perayaan pada tahun ini.





Bercerita tentang menu restoran dan kafe, saya berkesempatan melawat Seremban dan menikmati hidangan makan malam di Station One Leisure Café di Terminal 2 Seremban baru-baru ini. (Terminal 2 juga dikenali dengan nama Era Square).

Lokasi:
Station One Leisure Cafe Era Square (Terminal 2 Seremban), Lot GF29-31 Terminal 2, Jalan Era 4, Era Square, 72000 Seremban, Negeri Sembilan (berdekatan dengan MYDIN)
Tel: 06-7688196

Bila pertama kali saya melangkah masuk ke dalam kafe ini, saya sangat teruja dengan dekorasi dan layout kafe ini. Kemas, simple, cosy dan nampak eksklusif. Dekorasi kedai mewah-mewah ni orang ramai takut nak masuk sebenar nya sebab pastinya harga menu nya juga ‘mewah’ tapi Station One Leisure Café sangat welcoming orang ramai untuk masuk ke dalam dengan dekorasinya.








Saya telah disapa oleh pengurus kafe Station One Leisure Café Terminal 2 Seremban iaitu saudari Linda. Beliau sangat peramah dan helpful. Saya dijemput untuk mengambil tempat duduk dan diberikan menu.











Mula-mula bila buka menu saya rambang mata tak tahu nak makan apa. Lalu saudari Linda telah mencadangkan saya untuk mencuba set kombo sempena Krismas dan beberapa Station One’s signature dishes. Wow! Makan besar saya malam itu. Nasib baik saya tidak keseorangan. Terima kasih kepada rakan baru saya iaitu saudari Ah Meng dan Bee Lee yang sudi menikmati hidangan bersama dan juga berkongsi ilmu dan pengalaman. Great company!

Kami telah disajikan dengan beberapa hidangan seperti:

Christmas Combo Meal

Lime Frizz and Raspberry Delight


1.      Christmas Combo Meal – untuk hidangan 4 orang (RM98++)
ü  Lamb Chop
ü  Salsa Salmon Steak
ü   Roasted Chicken whole leg
ü  Potato wedges
ü  Tuna Potato Salad
ü  Sweet Corn,
ü  Grilled Cherry Tomato
ü  4 of Lime Frizz
ü  4 of Raspberry Delight.

2.      (The Best Christmas Meal) Roasted Rosemary Chicken Set (RM38++)
ü  Roasted Rosemary Chicken whole leg
ü  Mashed Potato
ü  Ratatouille Vegetables
ü  Black pepper sauce
ü  creamy mushroom soup
ü   Raspberry delight
ü  Mango Cream with float


Herbal Chicken Noodle Pot


3.      Herbal Chicken Noodle Pot (RM33++)


Perfect Snack Combo


4.      Perfect Snack Combo (RM35)



Chicken Parmigiana


5.      Chicken Parmigiana dengan pilihan sos Black pepper atau Mushroom (RM25+)

6.      Signature White Coffee


Terus terang saya katakan kesemua menu yang disajikan memang sedap dan berbaloi dari segi harga! Boleh saya katakan Harga Mampu Milik! Saya sertakan my personal review untuk setiap hidangan yang saya makan di bawah:


Christmas Combo Meal


1.      Christmas Combo Meal
ü  Lamb Chop – juicy, lembut dan terasa ramuan perapan nya
ü  Salsa Salmon Steak – isi ikan fresh dan terasa ramuan perapannya
ü   Roasted Chicken whole leg- ramuan perapannya lengkap dan isinya lembut
ü  4 of Lime Frizz – kombinasi ice blended, Lime, Lemon dan mint memang terangkat!

2.      (The Best Christmas Meal) Roasted Rosemary Chicken Set (yang ini kami tidak sempat rasa sebab makanan banyak sangat! Sesuai kalau anda datang seorang atau 2 orang bolehlah order menu ini sempena hari Krismas!
ü  Roasted Rosemary Chicken whole leg
ü  Mashed Potato
ü  Ratatouille Vegetables
ü  Black pepper sauce
ü  creamy mushroom soup
ü   Raspberry delight
ü  Mango Cream with float

3.      Herbal Chicken Noodle Pot – boleh saya katakan ini personal favourite dish saya sebab bila saya hirup kuah supnya memang sedap dan healthy. Isi ayamnya sangat lembut. Mungkin telah direbus lama bersama ramuan herba. Jangan risau sebab tak rasa sangat herbanya!  Ditambah pula dengan macam-macam jenis sayur ada dalam noodle soup tu. Memang menu sihat! Saya Suka!Saya Suka! Saya Suka!


Perfect Snack Combo


4.      Perfect Snack Combo – Combo ini bukan sahaja ada chicken wings yang telah diperap, tapi ada sosej yang direncah dengan perasa istimewa, wedges dan salad! Memang sesuai dengan namanya! Perfecto!

5.      Chicken Parmigiana dengan pilihan sos Black pepper atau Mushroom- Nampak macam Chicken Chop tapi bila makan rasanya memang totally lain. Siap ada cheese lagi! Ayam+ Cheese= gabungan yang padu!


Signature White Coffee


6.      Signature White Coffee – Saya adalah penggemar kopi jadi bila saya minum white coffee ini memang enak! Ditambah pula dengan whipped cream dan serbuk koko diatas! Creamy and Rich with flavour!


Kafe ini mampu untuk menampung sehingga 130-150 orang dalam satu masa. Big space! Sesuai bagi mereka yang ingin mengadakan private event seperti birthday party. Jadi tak perlu pening-pening pasal hidangan untuk jamuan anda nanti! Serahkan pada pihak Station One Leisure Café Terminal 2 Seremban untuk melakukannya. They are the expert!







Bee Lee (left), Ah Meng (right) and I

Di sini juga ada disediakan mini stage untuk sesi hiburan malam minggu. Sambil lepak-lepak anda dihiburkan dengan seleksi lagu-lagu yang best oleh live performance! Sesuai dijadikan tempat hangout! Free parking area lagi!

WAKTU OPERASI:
Mon-Sat: 10am-1am
Fri-Sat: 10am-1.30am
Sun: 9am-1am

Bagi yang berada di Kuala Lumpur dan ingin lari dari hiruk pikuk kota raya boleh lah datang menjamu selera disini. Perjalanan hanya mengambil masa 1 jam sahaja dengan kereta. Kalau malas nak memandu boleh cuba cara saya iaitu dengan hanya menaiki komuter train dan uber sahaja. Yes! Uber juga sudah beroperasi di Seremban. Dari KL Sentral anda naik komuter terus ke Stesen Komuter Seremban. Kos dalam RM7.80 sehala dan perjalanan mengambil masa dalam satu setengah jam. Kemudian dari Stesen Komuter Seremban, anda boleh mengambil teksi yang banyak terdapat di hadapan bangunan stesen ataupun panggil sahaja Uber. Kos dari Stesen Komuter Seremban ke Station One Leisure Café Terminal 2 Seremban menggunakan Uber dalam RM3-RM6 bergantung kepada waktu dan keadaan trafik.





Jadi apa tunggu lagi! Raikan kemeriahan Hari Krismas anda bersama yang tersayang di STATION ONE LEISURE CAFÉ TERMINAL 2 SEREMBAN. Layari STATION ONE LEISURE CAFÉ OFFICIAL FACEBOOK PAGE untuk maklumat lanjut!







*Sempena dengan perayaan Hari Krismas ini, bagi pengunjung yang memesan Christmas Combo Meal akan menerima sepasang sarung kutleri khas Krismas berbentuk pakaian Santa Claus manakala jika anda memesan Roasted Rosemary Chicken Set anda akan menerima satu sarung kutleri khas krismas berbentuk pakaian Santa Claus (pilihan samada sarung berbentuk baju Santa atau pun seluar Santa). Sementara stok masih ada!


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #STATIONONELEISURECAFE #FOOD #XMAS

1 Comments

  1. This is my first visit to your web journal! We are a group of volunteers and new activities in the same specialty. Website gave us helpful data to work. Best Combo Grills in 2018

    ReplyDelete