APA RESOLUSI ANDA UNTUK 2017?


Hi REEFISM! Pejam celik pejam celik dah nak berakhir pun tahun 2016. How time flies kan! Seperti baru sahaja berada di Januari 2016. Anda perasan tak yang masa beredar sangat pantas sekarang? Ke imaginasi saya sahaja? Adakah kerana faktor usia menyebabkan saya menganggap masa bergerak sangat laju? Atau saya takut menjadi tua? Oh, tidak!

Sebenarnya masa berlalu pantas ke lambat ke bukan lah isu utama. Setiap individu mempunyai definisi dan tanggapan berbeza tentang masa. Bercakap tentang masa, baru-baru ini saya berkesempatan menonton filem Alice Through the Looking Glass. Menariknya tentang filem ini adalah ia ada menyentuh berkenaan masa. Saat, Minit dan Jam di jadikan karakter dalam menghidupkan jalan cerita filem ini. Apa yang saya belajar dari filem keluaran Walt Disney ini adalah kita tidak boleh mengubah masa silam kita tapi kita boleh belajar sesuatu melalui nya untuk meneruskan masa depan kita. Deep kan maksudnya? Senang cerita sebenarnya kita jangan menyesali apa yang telah berlaku di masa lampau. Yang penting hidup harus diteruskan dan kita kena belajar untuk terus memajukan diri agar masa depan kita lebih baik dari sekarang. Satu lagi yang saya belajar selepas menonton filem ini adalah tiada yang mustahil dalam mencapai kejayaan. Percaya, usaha, tawakal dan cinta yang mampu merubah hidup kita. Betul tak? Kita kena percaya yang kita boleh lakukan! Kita kena usaha untuk mencapai sesuatu sebab rezeki tidak datang bergolek kan, kita kena tawakal dan berserah pada Yang Maha Esa sebab rezeki datang dari Nya. Kita kena cinta dan berkasih sayang kerana naluri ini mampu menguatkan semangat dalam diri kita. Tak faham? Saya bagi satu contoh mudah. Masuk contest. Bila nak masuk contest, tak kisahlah contest Padan dan Menang ke, Gores dan Menang ke, ujibakat ke first thing anda kenalah percaya yang anda mampu untuk masuk dan menang contest tu. Bila dah yakin dan percaya barulah anda bersemangat untuk melangkah ke step seterusnya. Kemudian kenalah usaha dengan mengisi boring contest ke, jawab soalan contest ke, praktis menyanyi ke dan sebagainya. Dah selesai semua cabaran tadi, berserah dan tawakal kepada Tuhan. Semua rezeki dan kejayaan datang dari Nya kan. Jadi kalau kalah ke, tak berjaya ke peringkat seterusnya ke tak adalah depress sangat. Jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus menuju kejayaan. Insha Allah, satu hari nanti pasti anda temui VICTORY. Cepat dan lambat sahaja! Anda kenalah saling cinta dan sayang menyayangi dengan apa yang ada disekeliling kita. Tak kisah lah dengan keluarga ke, rakan ke, kucing ke, pokok ke, alam sekitar ke sebab semua ini memainkan peranan penting dalam institusi kehidupan kita. Barulah hidup lebih proaktif kan! Jangan mudah mengalah!






Jauh sangat saya bercerita sampai saya hampir terlupa nak berkongsi tentang resolusi saya untuk tahun 2017. Macam dah buat ucapan ceramah pula. Hahahaha.

Anyway, sebelum itu adakah azam 2016 anda sudah tercapai atau masih tidak bergerak? Come on! Masa tidak menunggu kita! (cakap macam azam saya tertunai ja tahun ini)

Tahun 2016 antara azam saya adalah:

Mengamalkan cara hidup sihat
  • Walaupun tidak konsisten amalan saya tapi sekurang nya saya melakukan acara beriadah seperti jogging. Rancangan asal nak fokus aktiviti di gym tapi tak tertunai juga. Maybe next year. Nak la juga merasa badan sado mado ni!Hahaha.


Mencari side income
  • Saya telah temui minat baru dalam menjana income iaitu blogging dan meniaga di Car Boot Sales. Tak pernah mengimpikan untuk melakukan kedua-dua job ini tapi Alhamdulillah Allah bagi saya rezeki dengan cara ini. Seronok pula mempunyai blog sendiri dan share pengalaman dan thoughts dengan pembaca. Surprisingly, my blog reader is growing day by day. Pengalaman dapat attend event dan reviewing produk memang sesuatu yang indah. Pengalaman yang bukan semua orang dapat rasai tau! I feel privileged! Car Boot Sales pula sebenarnya interesting tau! Dapat jumpa macam-macam jenis orang dan mengajar kita cara untuk deal dengan manusia! Siapa yang tak kisah dengan cuaca panas, jual barang harga yang sangat murah dan tak masuk dek akal, dan bangun awal pagi nak cop tempat niaga memang sesuai buat job ini. Great experience tau!


Terus meneroka dunia
  • Alhamdulillah semua 2016 Travel Plan saya selesai dilaksanakan. Mission Accomplished! Bermula dengan Pontianak (Jan), Surabaya(Feb), Tokyo-Sapporo(April), Kuching(May), Lombok(May), Singapore(Jun), Bangkok(Ogos) dan Singapore for New Year (Dis). Banyak pengalaman baru saya dapat sepanjang eksplorasi ini. Nanti saya update kat blog ye. Travel post saya di blog baru siap update tahun 2014 punya. Sorry ya lambat sikit!


Plan untuk mega trip 2017 sama ada ke USA, Eastern Europe ataupun Russia.
  • Nampak gayanya plan untuk ke Negara-negara besar ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2017. Tapi good news nya tahun 2017 akan di isi dengan beberapa destinasi yang sudah di confirmkan! Hanya tunggu tarikh berlepas sahaja. Insha Allah. Semoga dipermudahkan! 

Pada tahun 2016 juga saya telah temui satu hobi yang tak pernah terfikir nak buat. Nak tahu apa dia? Masuk contest. Rupanya best juga masuk contest ni. Tak rugi apa-apa pun. Kalau menang kira bonus lah! Kalau kalah pun tak ralat. 

Antara contest yang saya menang tahun ini adalah dapat jumpa Yuna in person, dapat training voucher RM 1000, dapat dinner dengan chef popular dari Australia iaitu Dan Churchill dan Hayden Quinn dari rancangan SURFING THE MENU NEXT GENERATION, dapat VVIP ticket konsert Afgan (tapi tak dapat pergi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan), dapat Hugo Boss sunglasses berharga RM 1399, dapat banyak free movie tickets, dapat pergi event Aminhayat TV9, dan yang paling mahal adalah menang trip ke Phuket untuk 2 orang.





Amin! Rezeki Allah bagi. Saya terima dengan hati terbuka. Actually banyak juga contest saya join dan ada yang tak menang pun. Tapi saya tak kisah pun. Janji saya happy dan dan cuba sehabis baik! Tips nak menang contest ni senang ja. Anda kena rajin cari contest dan masuk. Kalah menang belakang kira. Janji anda dah berusaha untuk join contest tu. Selebihnya serah pada Tuhan!




Sesungguhnya 2016 banyak meninggalkan memori dan penuh cabaran. Macam-macam perkara berlaku sepanjang tahun. Dari kapal terbang terhempas lah, ekonomi gawat lah, barang naik harga lah dan lain-lain lagi. Kalau nak hadap semua ini memang boleh sakit jiwa kan. Jadi tak mahu pening-pening kepala. Kita kena tetapkan azam untuk terus maju. Tahun baru 2017 akan tiba soon! Jadi anda semua dah tetapkan resolusi untuk tahun baru ini? Saya dah tetapkan goal saya untuk tahun baru!


Resolusi 2017

  • Nak beli kamera baru untuk kerja blogging. Penting untuk ada kamera yang sesuai. Tak perlu mahal-mahal pun. Janji sesuai dengan penggunaan saya. Sekarang saya guna kamera Samsung NX3000. Mula-mula best guna kamera ni tapi lately ni kamera tu sering jem! Maybe saya perlukan kamera yang tahan lasak sebab saya banyak amik foto. Tak nak guna DSLR sebab nak carry leceh. Tengah usha kamera Sony a6000 (RM2100+-)


    • Nak beli laptop baru sebab laptop sekarang macam nak uzur sahaja. Hahahaha.



      • Nak kumpul duit untuk tunaikan impian travel to Russia at least. USA nanti dulu lah sebab nak tahu mainan politik si Trump tu macam mana dulu. Dulu katanya pihak Amerika nak mansuhkan visa for Malaysia. Jadi tunggu lah samada jadi ke tak. Kalau betul, jimatlah nak dekat Rm800 nanti! Hahahaha.



        • Berumahtangga? Hahahahaha. Next question please! Semua nak ada satu kehidupan yang hampir sempurna. Tapi buat masa ini itu bukan kesempurnaan yang saya cari. Kawin memang senang tapi nak jaga kerukunan rumahtangga dan memberi komitmen adalah sukar. Saya mengaku saya belum cukup ilmu dan kekuatan untuk memberi komitmen. Saya tak nak lah kahwin and lepas tu, kehidupan tunggang langgang. Berapa ramai kes cerai berai di Malaysia? Ramai orang nasihat saya kata kenalah cuba hadapi. Hello! Ingat kahwin ini benda main-main ke? Malangnya yang nasihat saya itu lah yang porak peranda rumah tangganya. Jadi nak kahwin kena think wisely. Percayalah, jodoh anda Tuhan dah tetapkan cuma cepat atau lambat sahaja. Chill!!!!!



          • Terus diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah serta terus bahagia bersama keluarga tercinta dan sahabat rapat saya. 



            • Saya dan teman baik bakal mengeluarkan koleksi pakaian dengan label sendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut anda semua kena lah tunggu ya! Semoga dipermudahkan!


              Oklah. Selamat menyambut tahun baru 2017! Stay safe and have fun! Let's make 2017 a better year to all of us!





              #REEFISM #REEFISMTERRITORY #HAPPYNEWYEAR #2017

              0 Comments