LAZADA MEMBAWA 1000 JENAMA UNTUK JUALAN DALAM TALIAN TERBESAR DI ASIA TENGGARA




Aloha REEFISM! Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “ONLINE REVOLUTION” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “ONLINE REVOLUTION” yang kelima semenjak pelancarannya pada tahun 2012.

Tema untuk jualan “ONLINE REVOLUTION” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “ONLINE REVOLUTION” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata:

“Di Lazada Malaysia, kami komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan akses kepada berjuta pilihan. 81% daripada para pengguna kami tinggal di luar Kuala Lumpur, dengan akses yang terhad kepada pusat beli-belah dan barangan berjenama yang berkualiti. “Online Revolution” 2016, yang bertemakan “Jenama untuk Semua” adalah bertujuan untuk memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Kami menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan sementara kami juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka”.

“Pada hari ini, kami mempunyai demografik pengguna yang lebih berusia, lebih pelbagai, dan lebih sub-bandar. Kami sedar dengan perubahan permintaan pengguna, dan kami berusaha untuk menawarkan apa yang setiap rakyat Malaysia mahukan. Oleh kerana itulah kami menawarkan tawaran tanpa tandingan – sebuah katalog dengan lebih daripada 7 juta produk merentasi 17 kategori; dengan antara produk terlaris kami termasuklah lampin, barangan runcit, dan perkakasan dapur”

Semasa acara ini, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa - termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif. Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “ONLINE REVOLUTION” 2016.


Sedikit informasi kepada anda diluar sana mengenai “ONLINE REVOLUTION” Lazada:

“ONLINE REVOLUTION” Lazada adalah acara menjual dan membeli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. 

Lazada memulakan “ONLINE REVOLUTION” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “ONLINE REVOLUTION” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.


ONLINE REVOLUTION 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

Ayuh! Kita bersama memeriahkan jualan istimewa ini. Pastinya anda mampu berbelanja secara berhemah sambil berjimat dengan tawaran diskaun besar-besaran oleh pihak Lazada. Pakat ramai-ramai! Anda boleh layari http://www.lazada.com.my/online-revolution/ untuk info lanjut.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #LZDRevolution

0 Comments