Hebat! Mantap! Dinamik! Bersahaja! Santai! Mengagumkan! Itulah yang boleh saya katakan mengenai konsert
INTO THE 3RD DECADE, A MINI CONCERT oleh penyanyi tersohor Adibah Noor baru-baru ini. Hi
REEFISM! Saya berkesempatan menghadiri konsert istimewa empunya nama
Adibah Noor binti Mohamed Omar pada 22 Oktober 2016 (SABTU). Konsert ini telah berlangsung selama 2 hari di
Kuala Lumpur Performance Art Centre (KLPac) bermula 21 Oktober namun saya hanya berkesempatan hadir pada hari kedua.
|
lokasi kejadian |
Ruang KLPac mula sesak dengan kehadiran peminat seawal 7 malam lagi. Konsert bermula tepat jam 8.30 malam.
|
our ticket! kami beli ye.. tidak disponsor!! |
|
apa yang dibualkan oleh akak kaunter tiket tu |
|
ruang lobi mulai sesak |
|
sebelum majlis bermula |
|
saya dan rakan-rakan |
Hanya dengan satu persalinan dan tidak memerlukan set pentas berteknologi tinggi untuk memukau penonton. Sekadar bersandarkan vokal mantap beliau dengan diiringi 5 barisan pemuzik serta 4 orang penyanyi latar yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan MELATIN.
|
kumpulan MELATIN |
Konsert ini direalisasikan sebagai visual perjalanan karier beliau selama 22 tahun berada di dalam industri muzik tanahair dengan dendangan 22 buah lagu. Cukup simbolik! Segala suka duka, pahit getir sebagai anak seni di abadikan melalui konsert yang memakan masa hampir 3 jam tanpa henti.
Konsert diacarakan oleh Baki Zainal.
Pentas dibuka dengan dendangan lagu
Flashdance...What A Feeling yang dipopularkan oleh Irene Cara. Lagu ini cukup bermakna bagi beliau kerana ianya pertama kali dinyanyikan semasa di karaoke.
Meneruskan imbauan nostalgia adalah susunan lagu yang pernah dinyanyikan beliau ketika menyertai pertandingan nyanyian
Suara 90an Nescafe pada tahun 1994. Dendangan lagu
Anggapanmu/I Will Always Love You, Dari Jauh/Have I Told You Lately dan lagu yang membawa kejayaan beliau menjuarai pertandingan tersebut iaitu
Cinta Abadi/Goodbye ternyata memukau hadirin seluruh dewan.
Pertandingan
Suara 90an Nescafe tahun1994 itu benar-benar membuka jalan kepada beliau untuk mempertaruhkan bakat dalam arena muzik tanahair. Dek kerana minat dan mendalam dalam bidang nyanyian menyebabkan beliau nekad untuk meninggalkan kerjaya sebagai guru Bahasa Inggeris ketika itu. Tidak sia-sia pengorbanan beliau dengan kejayaan membina nama sebagai artis versatil di Malaysia. Bukan sahaja pandai menyanyi, malah hebat di layar perak dan mengemudi majlis-majlis berprestij.
|
Baki Zainal |
|
Baki menjemput tauke panggung ke pentas |
|
memulakan konsert! Go Adibah Go! |
Langsung majlis diteruskan dengan dendangan seleksi lagu-lagu kegemaran beliau serta lagu 'cari makan' yang sentiasa dinyanyikan di majlis-majlis.
Pada malam itu juga beliau berkongsi pentas bersama barisan penyanyi seperti
Nizam Din untuk lagu Bahasa Rindu,
Amir Jahari untuk lagu Sebutlah Namaku,
Sam Innuendo untuk lagu Ke Sana Denganmu,
Nassier Wahab untuk lagu Mainan Jiwa dan
Dina Nadzir untuk lagu Malaysia Kau Ku Cinta. Saya sedia maklum akan kehadiran
Atilia dan
Misha Omar pada malam pertama konsert namun atas sebab-sebab tertentu mereka tidak dapat hadir pada hari ke-2.
|
sedap suara Nizam Din! |
|
muzik segar dari kolaborasi Amir Jahari dan Adibah |
|
with Sam Innuendo |
|
bersama Dina Nadzir |
|
Nassier Wahab pun ada |
Kehadiran barisan penyanyi hebat ini juga adalah sebagai pemberitahuan berkenaan projek album terbaru beliau yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Album ketiga ini nanti merupakan satu album duet sepenuhnya dan kami yang hadir pada malam itu amat bertuah kerana menjadi yang pertama mendengar barisan lagu-lagu yang akan bakal dimuatkan dalam album tersebut.
Malam itu satu kejutan berlaku apabila muncul suara
'Anuar Zain' berduet dengan Adibah Noor menerusi lagu
Andai Ada Ruang yang juga bakal dimuatkan dalam album itu nanti. Saya optimis bahawa lagu ini akan menjadi hits nanti!
Konsert ini juga dimeriahkan dengan kehadiran
Dato M. Nasir bersama isteri serta
Salamiah Hassan.
Secara peribadi konsert ini berjaya menonjolkan sisi sebenar seorang penghibur dalam diri pelantun lagu
Terlalu Istimewa ini. Ini terbukti sepanjang hampir 3 jam konsert berjalan, beliau telah menyanyi dengan penuh bertenaga tanpa henti. Ya! 22 lagu tanpa henti! Salute!
|
Finale time!! |
|
sambil joget kita selfie! |
|
suka akak sebelah tu! |
|
rakan saya bersama Sam Innuendo |
|
sesi autograph |
|
so sweeeetttt |
|
Dato M. Nasir dan Datin Marlia Musa pun ada |
|
rakan-rakan saya tidak melepaskan peluang! |
|
Dato M.Nasir tetap menjadi tumpuan |
|
wajah happy rakan-rakan |
Tidak seperti konsert-konsert penyanyi lain yang pernah saya hadiri, beliau tidak menghalang penonton untuk mengambil gambar serta merakam video sepanjang konsert itu berlangsung. Sangat sporting! Malah saya menjadi leka dan asyik dengan jenaka spontan beliau. Kadangkala aksi sendawa beliau tanpa berselindung menggamit seluruh dewan. Saya hanya menyedari konsert telah berakhir tatkala beliau mengajak hadirin bangun dan berjoget bersama beliau untuk lagu penutup, Joget Hati Senang.
Truly Entertainer!
|
bertuahnya saya dapat selfie dengan diva ini! |
|
OMG! Thanks akak!! |
|
geng-geng supporters Adibah! |
Doa dan harapan saya agar kak Adibah Noor terus diberi kesihatan yang baik dan terus berkarya kerana aura seni mu berjaya menambat hati pencinta muzik tanahair. All the best untuk album baru nanti. Anda adalah BINTANG!
Meow.........
0 Comments