Siem Reap, Cambodia ini dahulunya tiada siapa peduli akan kewujudannya. Sejak filem Lara Croft Tomb Raider pada tahun 2001 menggunakan Angkor Wat sebagai lokasi pengambaran maka tempat ini mula menjadi tumpuan dunia. Filem Indiana Jones pun pernah menjalani pengambaran disini. Hebat penangan filem-filem Hollywood ni. Asal-usul Siem Reap? Anda google je lah kalau nak tahu akan sejarah tempat ni. Penat Google sediakan info banyak-banyak. Hahahahaha..Ini adalah Throwback Trip June 2014.
Terjadinya trip ini pun disebabkan oleh penangan filem lakonan Angelina Jolie. Jadi setelah berkira-kira maka saya pun grab tiket ke Siem Reap. Biasalah. Tiket murah biasanya perlu dibeli seawal 6 bulan hingga 1 tahun dari tarikh berlepas. Tidak mengapa. Sabar kan separuh dari iman. Nak berjimat sambil berlibur kenalah bertabah sikitkan.
Jadi pada 27-29 June 2014 berangkatlah saya bersama travel buddy ke Siem Reap. Kami menaiki AirAsia yang sentiasa memahami akan tuntutan budget traveller seperti saya. Kami saja amik trip 3 hari 2 malam sebab hari ketiga which jatuh pada 29hb tu bermula Ramadhan. Merasalah berpuasa di perantauan sekejap.
Kami amik flight 6.50 pagi sebab kalau boleh nak cover Siem Reap tu sebaik mungkin dengan masa yang terhad. Sampai di Siem Reap International Airport dalam kol 8 pagi waktu tempatan. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Airport dia kecik saja. Airport di Penang dan Langkawi lagi grand! Selepas proses imigresen selesai kami amik bagasi dan terus tukar duit. Untuk pengetahuan anda, matawang KHR atau Riel adalah matawang di Cambodia dan hanya boleh ditukar di sini sahaja sebab pengurup wang di Malaysia tak ada stok matawang Riel ni. Mungkin nilai matawang yang terlalu rendah. Bayangkanlah 10000 KHR baru 2.50 USD atau RM 10. Jadi apa kami buat ialah tukar USD di Malaysia dan tiba di sana baru tukar matawang Riel. Make sure korang tukar setakat nak guna aja sebab kalau nak jual balik pun tak laku. Tinggalkan balance USD tu sebab anything happen senang.
Sebelum keluar dari airport travel buddy saya ada bagitau yang imigresen officer yang cop passport dia ada mintak 'duit kopi' tapi dia buat tak tau saja. So korang kalau experience situasi sebegini buat tak tau ja. Jangan layan!
Bila keluar je airport perkara pertama kami cari adalah tuk tuk driver yang kami dah booking siap-siap sebelum tiba di sini.
Di sini pengangkutan yang popular adalah
tuk-tuk. Jadi untuk memudahkan pergerakan, saya telah menyewa tuk-tuk sepanjang di sini. Saya nak rekomen anda untuk ambil servis tuk-tuk dengan En Salim. Peramah orangnya. Saya kenal
En Salim ni pun melalui pengalaman blogger lain yang pernah ke Siem Reap ni. Semua yang saya baca bagi full recommendation tau! Plus, beliau adalah seorang muslim jadi tak susah untuk mendapatkan makanan halal sebab beliau tahu tempat makan yang halal di Siem Reap ini. Part ni best nak bagitau. Beliau sangat fasih berbahasa Malaysia sebab dulu beliau pernah berkerja di Malaysia. Jadi tiadalah masalah komunikasi seperti ayam bercakap dengan itik. En. Salim ingat saya ni artis. Saya tanya dia kenapa ingat saya artis? Dia tengok gambar-gambar dekat FB saya. Hahahaha...sebab tu mula-mula jumpa dia macam segan-segan. Kalau saya ni artis, saya upah En Salim bawa van sewa tau!
|
Ayuh En Salim. Kita terjah Siem Reap! |
Harga yang saya dapat adalah USD 35 untuk 3 hari termasuk airport transfer dan free mineral water. Kira murah sangat dah tu. Masa tu 1 USD = RM3 saja. Kalau korang berminat nak guna khidmat beliau korang boleh usha
Facebook En Salim Siem Reap Tuk Tuk Driver (muka beliau ada iras Jep Sepahtu).
Keluar je dari arrival hall terus nampak En. Salim. Bagus! On time! Kami minta En. Salim bawa kami ke hotel dahulu untuk early check in dan letak bagasi kami. Takkan nak usung beg-beg tu sambil jalan-jalan kan.
Anyway kami stay kat
Apsara Centrepole Hotel dekat area Old Market. Macam biasalah saya jumpa hotel ni via website
booking.com. Kenapa pilih hotel ni? Antaranya sebab lokasi yang strategik dan harga yang ditawarkan agak ekonomi dengan kondisi bilik. Harga kami dapat adalah RM 349 untuk 2 malam. Bolehlah sebab kos tu dibahagi dua kan.
|
Hotel kami stay sepanjang di sini |
|
Check in sudah, angkat beg belum. |
|
depan bilik |
|
view dari atas hotel |
|
so classic |
|
dah macam honeymoon |
Selesai letak bagasi kami terus keluar untuk ke
Tonle Sap Lake. Tonle Sap ini adalah tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Di sini terdapat penempatan yang di panggil Floating Village dimana pihak kerajaan Cambodia memberi mereka duduk secara percuma di sepanjang tepi-tepi tasik ni. Kiranya golongan susah la.
Masa kami sampai ke area tasik ni kami lihat sekeliling dia azab sekali. Kata En Salim pihak kerajaan Korea dah ambil alih tempat ni untuk dibangunkan. Baguslah kalau mereka nak naik taraf tempat ni. Nak datang ke sini dari bandar Siem Reap pun dah azab tau sebab jalan tanah merah dan berdebu. Di sini jalan bertar hanya boleh didapati di bandar sahaja. Infact jalan tar di sini berdebu juga tau so korang kena sentiasa pakai face mask especially bila naik tuk tuk.
Selesai kisah Tonle Sap. Kami terus ke
Hard Rock Cafe Angkor yang baru beroperasi. Kiranya kami antara yang terawal yang merasmikannya. Bangunan dia klasik giler. Saya biarkan travel buddy saya membeli sambil saya duduk luar layan rokok dan amik gambar sekitar.
|
building meletop! |
|
2nd day kat sini datang lagi beli |
Kemudian kami terus dibawa ke
War Museum. War Museum di sini tak sehebat mana. Uzur giler. Mungkin kekangan bajet untuk maintain muzium ini. Nak masuk War Museum ni kena bayar 5 USD seorang.
|
seronok naik tuk tuk ni cuma tak syok nye berdebu jalan |
|
sebelum masuk wefie dulu |
|
5 USD tau!!mahal giler! |
|
sapa nak ikut abam naik helikopter? |
|
peng peng peng!!! |
|
War Museum di sini sangat uzur |
Kami terus makan tengahari di
Muslim Family Kitchen dimana kami makan makanan popular di sini yang di panggil
lembu naik bukit. Apakah? Sebenarnya ia hanyalah daging lembu yang dimasak bersama sayur dan telur di atas kuali khas berbentuk bukit. Terkejut boboi. Ingat nak makan lembu di atas bukit panas panas terik ni.
|
sedap tau lembu naik bukit ni! |
Dah kenyang perut En Salim ada cadangkan nak bawak ke
Cambodian Cultural Village. Kami macam nak skip saja sebab tak de apa pun kat situ. Kena bayar lagi. Jadi dia bawak kami ke
Artisan Angkor. Artisan Angkor ini tempat pembuatan kraf tangan.
|
lalu je, tak masuk pun |
|
free admission |
|
setiap daerah ada hasilan kraftangan masing-masing |
|
lobi artisan angkor |
|
kreatif |
The next day, kami dah ready seawal pukul 5 pagi sebab aktiviti pagi tu adalah ingin melihat sunrise di
Angkot Wat. Ini adalah aktiviti wajib kalau ke sini sebab momen melihat sunrise di sini lain macam tau! Speechless! Tapi masa nak masuk korang kena bayar tiket tau. Pandai diorg buat duit. Kami dikenakan USD 20 seorang untuk one day pass. Siap kena amik gambar lagi. Pagi tu En Salim dah belikan kami nasi ayam siap-siap sebagai breakfast. Baik sungguh!
|
bila awal pagi kena ambil gambar camni lah rupanya! |
|
pagi-pagi orang dah ramai dekat Angkor Wat |
|
sampai jugak saya disini. Alhamdulillah! |
|
masing-masing nak dapatkan best shot sunrise! |
|
jom blah |
|
buat kajian ke? |
|
tengoklah wall itu. zaman dulu dah kreatif tau! |
|
what a beautiful view! |
Selain Angkor Wat ni disekeliling nya ada terdapat beberapa Temple yang lain seperti
Ta Prohm atau dikenali juga sebagai Old Brahma dimana Angelina Jolie berlakon waktu scene dia jumpa budak kecik tu. Jadi wajiblah pergi kan!
|
tengok senibina zaman dulu |
|
gerun tengok pokok besar camni |
|
lagi |
|
ini antara wat yang ada di kawasan Angkot Wat |
|
fefeeling modelkah |
|
sini pun anda wajib ambil gambar |
|
lagi |
|
kalau buat photoshoot sini mesti gempak |
|
hidung berlaga hidung |
|
Wat yang seterusnya |
|
tujuan ambil gambar kat sini sebab nak ambil gambar gajah tu |
|
tempat Angelina Jolie berlakon siap disediakan pentas untuk ambil gambar lagi |
|
layan air kelapa dulu |
|
KRU 2014 |
Kami di area Angkot Wat ni dalam setengah hari. Kemudian langsung kami ke
Wat Thmey ataupun dikenali sebagai Siem Reap's Killing Field. Di sini anda boleh belajar kisah perang yang pernah berlaku di bumi Siem Reap.
|
sampai sudah di killing field |
|
belakang tu semua tengkorak asli! |
Malam jalan sekitar
Night Market dan Pub Street sahaja. Di sekitar sini ada satu kedai makan halal Pakistan tak silap. Tapi mahal sikit la sebab kedai ni memang target pelancong pun.
|
korang boleh makan dan stay sini juga kalau ke Siem Reap |
|
kedai muslim |
|
bersih |
|
oklah makanan kat sini |
Hari ketiga kami di bumi Siem Reap ini adalah bermulalah 1 Ramadhan dan hari kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Lepas check out, En Salim tolong hantarkan ke airport sahaja.
Kami banyak terhutang budi dengan En Salim. Beliau sangat baik dan akan pastikan pelanggan dia sentiasa selesa dengan khidmat beliau. Setiap kali bila bergerak dia mesti tanya ok ke tidak. Cayalah! Saya salute sikap seperti ini. Nora bagi 5 bintang! Hahaha
Sampai sahaja KLIA 2 kami terus cari kedai makan sebab nak ready untuk berbuka puasa. Nasib baik timing touched down dengan waktu berbuka sekejap aja.
Anyway, Siem Reap ni menarik untuk dikunjungi bagi anda yang inginkan kelainan dalam percutian. Ia menguji anda bagaimana untuk survive berada di bandar yang masih jauh ketinggalan dari pelbagai aspek. Walaupun bandar ni mundur namun kos berbelanja di sini agak tinggi kerana ada sesetengah urus niaga yang menggunakan matawang USD selain KHR.
Kalau diberi kesempatan saya nak repeat ke Siem Reap sebab masa pergi dulu tak puas explore Siem Reap. Lagipun saya dan En Salim selalu bertanya khabar melalui Facebook. Dah jadi seperti kawan dah. Jadi bolehlah melawat dia sekali nanti.
Till then guys.
0 Comments