Salam REEFISM. Saya mulakan Siri Eksplorasi Dunia bagi tahun 2016 dengan melawat ke sebuah kota di Kalimantan Barat iaitu Pontianak. Trip ini berlangsung pada 22 Jan - 25 Jan 2016 (4 Hari).
Kenapa Pontianak? Soalan ini memang banyak saya dapat dari rakan- rakan bila saya menyatakan hasrat untuk ke Pontianak. Ada yang tanya saya ada apa di sana? Ada pontianak ke? Hahaha...
Disebabkan oleh rasa curious yang tinggi maka terjadilah trip ini. Saya nak tahu apa yang ada di Kalimantan ini. Kenapa ia tidak sepopular kota-kota lain di Indonesia. Nama kota pun dah cukup gerun mendengarnya.
Pontianak ini terletak di kawasan Kalimantan Barat atau KalBar.
Pontianak ini dikenali sebagai City of Equator iaitu kota ini betul-betul berada di titik garisan Khatulistiwa. Kalau anda nak tahu, Pontianak juga dikenali sebagai kota 1000 sungai sebab banyak sungai-sungai kecil. Sungai Kapuas yang menjadi nadi kota ini adalah sungai terpanjang di Indonesia.
Saya beli tiket flight ke Pontianak pada hari pertama Airasia melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Pontianak. Sebelum ini jika hendak ke sini kena melalui Kuching then dari Kuching boleh pilih samada nak naik bas atau flight ke Kota Pontianak. Kalau menaiki bas perjalanan mengambil masa dalam 8 jam.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Pontianak mengambil masa 1 jam 45 minit. Waktu di Pontianak adalah lewat sejam dari Malaysia.
menunggu |
Kami tiba di Bandara Internasional Supadio (airport ini baru sahaja renovasi bila saya tiba di sana) lewat sikit dari jadual asal. Selesai urusan imigresen dan bagasi, kami terus keluar untuk mencari teksi.
Teksi boleh didapati di ruang ketibaan. Harga yang dikenakan adalah 130 ribu rupiah untuk trip sehala ke kota Pontianak. Agak mahal bagi saya. Saya cuba mencari teksi sapu dah alternatif lain tapi harga dia ditawarkan pun sama. Jadi tiada pilihan. Perjalanan dari airport ke Kota mengambil masa dalam 40 minit bergantung kepada trafik.
Jika anda ingin ke kota lain seperti Singkawang (terkenal dengan pantainya) dari Bandara Internasional Supadio ini boleh menaiki Bas Damri (airport bus).
suprisingly flight penuh |
welcome |
roundabout |
Trafik disini tidak semacet bandar lain di Indonesia. Mungkin disebabkan ia bukan wisata popular.
Langsung kami terus check in di G Hotel yang terletak di Jl Jendol Urip. Saya booking hotel ini melalui website booking.com pada harga 990 ribu Rupiah termasuk breakfast untuk 3 malam. Kira murah lah dengan lokasi dia yang strategik. Kenapa saya kata strategik? Sebab dekat dengan Jl Pattimura dimana ada kedai souvenir, Alun Kapuas, dan juga ada Mall Matahari berhampiran. Selain itu terdapat banyak kedai makan berhampiran hotel. Saya rekomen sesiapa yang nak stay di hotel ni sebab staff dia friendly tau. Bilik pun selesa. Cuma WIFI jelah connection dia unstable.
ayuh check in |
ruang makan hotel |
staff sini helpful dan friendly |
depan hotel |
afgan pun ada bisnes karoks, patutlah suara sedap! |
Memandangkan konsep trip kali ini adalah main redah, maka kami tidak booking supir. Selesai check in kami terus keluar untuk melihat-lihat kawasan sekitar. Kami berjalan kaki menuju je Jl Pattimura. Kami lihat banyak kedai jual souvenir. Kami lunch di kawasan sekitar aja.
sedap dan murah |
macam kat Malaysia |
camne tu??? |
akak2 gerai bila bergosip |
Cuaca di Pontianak sangat panas dan malam pula hujan lebat. Panas sampai sunburn kami berdua. Jadi selepas lunch kami terus pulang ke hotel untuk istirehat. Malamya kami keluar untuk ke Alun Kapuas tapi bila kami tiba rupanya Alun Kapuas ini dibuka waktu siang sahaja atas faktor tengah diupgrade. Jadi kami pun pulang dan singgah makan dinner sebelum ke hotel.
kena datang sini kalau anda di Pontianak |
full house tau masa kami datang |
inilah Somay |
bubur ayam dia mabeles |
mesti minum ni kalau ke Indonesia |
ada kaitan dengan dahi jendol kah? |
sepeda=basikal |
Day 2 kami bangun breakfast dan naik ke bilik semula. Memandangkan trip ini free n easy jadi kami main ikut suka nak keluar pukul berapa.
Kami ke Alun Kapuas sekali lagi dan disana kami telah menaiki bot pelancong yang membawa kami menyusuri sungai Kapuas. Harga seorang 25 ribu Rupiah. Little bit pricey compare dengan apa yang dia offer tapi bolehlah nak ambil-ambil gambar view sepanjang sungai Kapuas.
view sungai Kapuas |
boat cruise |
view biasa-biasa aja |
lokal sedang berkerja |
nak naik sampan untuk ke seberang pun boleh |
view ni saya suka |
kanak-kanak riang |
antara pengangkutan utama di Pontianak |
mandi manda |
seronok ye mandi sungai |
Alun alun Kapuas |
kalau nak ke seberang naik sampan boleh naik kat sini |
Selesai di Alun Kapuas kami terus ke Jalan Pattimura untuk lunch. Kenalan saya ada beritahu di situ ada satu kedai makan jual nasi ayam kampung yang sedap. Jadi kami pun mencari kedai tu. Yes. Jumpa pun. Rumah Makan Suib namanya. Ramai juga orang makan disini. Makanan dia sedap tau. Kami cuma nasi ayam kampung dan sate ayam. Sate ayam dia sedap dan lembut cuma cara makan dia tak sama dengan kita di Malaysia. Sate ayam tu di curah dengan kuah kacang, kicap, pastu ada tomato, timun dan juga nasi impit. Something unique makan dengan kicap. Harga set 10 cucuk adalah 30 ribu rupiah. Mahal juga.
kedai ni kalau korang beli cenderamata berbaloi sebab senang tawar menawar |
sepanjang kedai cenderamata |
katanya gereja terbesar di sini |
klasik bangunan ni |
bantal silikon? |
area Jalan Pattimura |
kedai makan ni popular disini |
crowd penuh tau |
tiada kaitan dengan siti sarah |
area nak tapau |
portion dia sikit tapi sedap! |
sate cara Pontianak |
Selesai makan kami terus ke kedai souvenir yang terletak opposite rumah makan Suib. Kemudian kami langsung pulang ke hotel untuk istirehat. Pening juga bila takde supir ni. Patah kaki. Nak sewa motor dan kereta pun kami tak pernah drive di negara orang. Nak naik angkutan pulak tak nampak pulak angkutan lalu dekat depan hotel ni.
Bila difikir, baik kami amik saja supir untuk satu hari. Kenapa saya tak amik supir awal-awal? Sebab bila saya survey di internet rata-rata supir charge 600 ribu Rupiah untuk 12 jam. Sangat mahal. Jadi plan asal nak cari supir bila sampai di sini. Akhirnya kami mintak tolong staff hotel carikan supir murah. Bincang punya bincang akhirnya dapatlah harga 500 ribu Rupiah. Jadi kami amik supir untuk esoknya.
Day 3 lepas makan breakfast kami terus bergerak pukul 9 pagi untuk memulakan eksplorasi. Kami dibawa ke Tugu Khatulistiwa (tempat ini tengah dibaik pulih), Alor Vera Centre (supir yang bawa kami kata tempat ini tak dipelihara jadi kami just lalu sahaja), Istana Kadriyah, Taman Budaya, Museum Kalimantan Barat, Rumah Betang lama (tempat ini jadi tempat latihan kebudayaan), Rumah Betang baru (tak ada apapun disini cuma tempat anak-anak muda melepak), Ayani Mall (Mall terbesar di Pontianak), Alun Kapuas dan Jl Pattimura dan terus pulang. Malamnya kami just makan di tepi hotel sebab nak balik ke bilik cepat untuk menonton Anugerah Juara Lagu. Kami tengok online saja melalui smartphone. Hahaha...sempat lagikan..
jambatan Jl. Sultan Hamid |
sampai sudah |
sepatutnya ni main entrance tapi diorg tutup |
tempat parkir |
monumen kebanggaan Pontianak |
sebenarnya titik khatulistiwa dan berganjak dan monumen cam x-mas tree tu la titik sebenar |
diorg tengah upgrade tempat ni |
batu perasmian |
ayuh masuk sebab luar panas sangat |
bolehlah nak beli sebagai cenderamata |
baca tau! |
bagi can ye abam nak pose! |
dan lagi |
budak remaja praktis di Taman Budaya |
tak pasti samada bajet lari atau kreativiti |
walaupun taman budaya ni uzur tapi budak2 sini gigih belajar tentang seni |
pintu gerbang Istana Kadriyah |
kat area sini diorg jadikan pasar pagi |
ayuh masuk |
sedihlah tempat bersejarah tidak dipelihara |
jom breakfast |
suasana kampung di area istana |
vandalisme |
macam istana maimun di Medan |
abis rosak khazanah |
suasana dalam istana Kadriyah |
salasilah |
spotted |
pakaian zaman dulu |
kalau dijaga cantik benda ni |
jam loceng lama |
jangan tembak saya! |
maaf abam mencelah |
Masjid Sultan Syarif Abdurrahman ni masjid tertua di sini |
kalau nak fefeeling sesuai sangat tempat ni |
hai penjaga rumput! |
masjid ni depan istana Kadriyah sahaja |
klasik |
pakcik ni la penjaga masjid ni |
besar juga masjid ni |
bersih |
pakcik jaga masjid cakap area masjid ni banyak penagih dadah tau so be careful |
nadi kehidupan |
sini ada unsur kemelayuan juga |
rumah Radakng ni rumah panjang baru |
official |
tangga tu acah-acah je sebab tak leh naik pun |
sorry abam mencelah lagi |
masjid kat sini cantik-cantik juga |
tempat makan sini pun not bad |
dulu sinilah rumah panjang sebelum dirg pindah kat rumah radakng |
sekarang jadi apa tak pasti dengan tempat ni |
museum time! |
ayoh ke museum! |
ada unsur Sarawak di sini |
sakan nampak cik abang amik best shot! |
sejenis senibina di dalam kawasan muzium |
kami diberitahu harga tiket sekarang dah naik |
ada sesiapa nak cuba? |
siapa belum sunat? |
info |
Day 4 kami just bangun, siap2 untuk check out sebab nak balik Kuala Lumpur. Flight kami pukul 12.50 tengahri. Kami breakfast dan dalam pukul 10 pagi teksi pun sampai. Setibanya kami di airport kami terus check in dan terus tunggu sampai flight sampai.
suasana dekat check in kaunter |
abang tukang wrap ni poyo giler bila saya amik gambar harga servis wrapping. bila masa pulak ada undang-undang tak boleh amik gambar? #ntahapapantah |
sebab amik ni pun nak marah. Saya sound balik kat dia terus dia diam.hahaha..padan muka! |
bagus juga airport ni sediakan servis camni |
bersih dan siap ada kids zone lagi! |
tak sangka ramai juga orang kat airport ni |
satu-satunya International gate |
Personally kota Pontianak ini biasa-biasa saja pada pandangan saya. Sepanjang saya di sana tiada apa yang mampu mengkagumkan saya. Pihak kerajaan negeri baru nak bangunkan kota ini sebab saya lihat banyak tempat dinaik taraf seperti airport, Alun Kapuas, dan ada di sediakan laluan motorsikal dan basikal. Malangnya susah nak lihat orang lokal guna laluan tu. Lambat di implement barangkali. Ada yang kata Pontianak ini wisata untuk kuliner tapi sepanjang saya dan teman ke sana dan mencuba kuliner disana biasa-biasa aja. Kos kami ke sini kalau dihitung boleh ke Jakarta mahupun Surabaya. Kami guna khidmat supir keliling kota pun tak sampai 8 jam dah settle. Souvenir dia pun tak banyak pilihan. Cuma ada kain pasang, key chain pun tak banyak pilihan, produk makanan, kain batik pula ada elemen corak Sarawak. Dari segi bahasa pun ada unsur-unsur dialek Sarawak. Yela, Sarawak dan Kalimantan kan duduk sebelah menyebelah. Wisata di sini tidak dijaga dengan baik seperti Istana Kadriyah. Sayang sekali bila tinggalan sejarah tidak dijaga dan dipelihara dengan baik. Malah masjid yang berada berdekatan dengan Istana Kadriyah katanya terdapat sarang penghisap dadah di sekitarnya (apa yang diberitahu oleh penjaga masjid tersebut kepada kami). Sayang seribu kali sayang. Saya berharap sangat agar Pontianak akan membangun dan menjadi satu pusat pelancongan yang disegani suatu hari nanti.
P/S: Sesiapa yang ke Pontianak kalau boleh jauhkan langkah ke Singkawang. Katanya sana lebih menarik. Allahualam.
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PONTIANAK #INDONESIA #WONDERFULINDONESIA
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PONTIANAK #INDONESIA #WONDERFULINDONESIA
0 Comments