Hi Reefism. Siapa yang tidak kenal dengan figura bernama Yunalis Zarai atau Yuna. Auranya berjaya membawa beliau ke arena antarabangsa. Beliau adalah satu-satunya artis Malaysia yang berjaya mencipta nama di Amerika Syarikat. Saya adalah salah seorang peminat tegar beliau. Saya amat kagum dengan usaha dan kerja keras beliau dalam menempatkan diri beliau dalam industri hiburan antarabangsa. Hasilnya kini sudah 3 album antarabangsa telah berjaya dirakamkan dengan hits terkini Crush berduet bersama Usher.
Pada 23 Ogos 2016 saya berpeluang bertemu secara live dengan beliau. Semua ini berlaku apabila saya memenangi peraduan yang dianjurkan oleh pihak Universal Music Malaysia. Kepulangan Yuna ke Malaysia adalah untuk merasmikan koleksi pakaian beliau bersama Hatta Dolmat iaitu Hatta X Yuna disamping mempromosikan single terbaru beliau yang berjudul PULANG berduet bersama Sona One. Lokasi berlangsung di Le Meridian KL dan saya berpeluang membawa seorang teman pada majlis itu.
Saya hidangkan anda dengan foto-foto semasa di sana. Enjoy!
|
tinggi Yuna ni! |
|
Tarraa |
|
Thanks to Universal Music |
|
terjumpa Mr Rizman |
|
Acah acah model |
|
bersama rakan gila gila saya |
P/S: Saya agak kecewa dengan majlis ini sebab saya tunggu dari pukul 6 petang dan hanya dapat berjumpa dengan Yuna selama tak sampai 1 minit. Pihak penganjur sepatutnya kena bijak dengan atleast buatlah sesi bersama Yuna selama 30 minit ke. Ini refreshment pun tak ada. Goodie bags apatah lagi! Sedih tau especially yang menang kebanyakkannya budak-budak remaja yang fanatik dengan Yuna. Sekurangnya buat majlis tu lebih bermakna bagi mereka. Hampa!
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #YUNA
0 Comments