Hi Reefism. Pada 30 Ogos hingga 3 September 2016 saya berpeluang menjejakkan kaki ke Bangkok, Thailand. Tiket penerbangan dibeli sejak setahun lalu. Biasalah tiket tengah sales masa beli. Lagi beberapa hari sebelum ke sana saya terlihat di Instagram penyanyi tersohor Anggun akan berada di Madame Tussauds Bangkok untuk merasmikan wax figure beliau pada 1 September. Dah alang-alang disana saya pun macam sedikit teruja untuk melihat Anggun lebih dekat. Jadi saya pun belek lah website Madame Tussauds Bangkok. Kebetulan pula ada promo ticket iaitu Buy 1 Free 1 yang cuma berharga 990 Baht. Apa lagi saya pun grablah...
Majlis yang sepatutnya bermula 1 tengahari telah dianjak ke pukul 2 petang. Penat jugak menunggu memandangkan saya sudah berada di sana sejak pukul 12.30 tengahari.
Ternyata penantian saya berbaloi kerana dapat bertemu dengan Anggun secara dekat. Beliau sangat cantik. Secantik namanya.
|
Saya betul2 depan beliau masa tu |
|
She is gorgeous! |
|
adorable |
|
sweet smile |
|
Bila Anggun berselfie dengan 'Anggun' |
|
Bukti saya berada di sana...hahahah |
|
beliau sangat sweet... |
|
yang ni saudara saya...hahaha |
|
botol tepi tu tipu ya. |
|
doraemon pun ada |
Madamae Tussauds Bangkok ini taklah sebesar Madame Tussauds yang lain infact wax figures pun tak banyak. Cuma yang menarik minat adalah patung lilin Tun Mahathir pun ada. Bangga!
|
Sila jeles! |
|
wefie time! |
|
checked in |
|
Lets have a pose! |
Di sini terdapat 4D Cinema untuk filem Ice Age tau. Pengalaman menyaksikan filem 4D ini memang memukau dan mengasyikkan. Dalam erti kata lain tak rugi beli tiket.
|
sementara tunggu 4D screening |
Kalau ada sesiapa yang berhajat nak ke sini lokasi nya adalah di Siam Discovery Mall aras 4. Mall baru sebenarnya tapi interior mall ini memang awesome! Kena datang sini tau. Sebelah Siam Paragon sahaja. Naik BTS dan turun di Siam Station.
|
Inilah Siam Discovery Mall |
|
kota yang tak pernah membosankan |
Baiklah. Have a nice day!
#REEFISM #REEFISMTERRITORY #MADAMETUSSAUDSBANGKOK
0 Comments