Lama juga tak mengupdate blog ni. Lately ni busy sangat dengan pelbagai urusan. Sampai tak sempat nak mengarang entri. Saya harap semuanya baik-baik belaka. Ada yang merinduikah?
Pada 27-29 Feb 2016 (3 hari), saya dan travel buddy sempat pulak menerjah ke salah satu destinasi popular di Indonesia iaitu Surabaya. Honestly saya tak pernah plan pun untuk ke sini. Bagaimana saya boleh pula managed untuk ke sini dengan berbekalkan bajet RM300? Serius....Saya hanya belanja RM300 sahaja termasuk tiket flight dan juga penginapan serta belanja di sana.
Semuanya bermula bila saya tengok point yang saya collect dari AirAsia Big semakin lama semakin susut sebab dah expired. Rasa rugi juga tak redeem point tu kan. Kebetulan pula AirAsia ada buat Final Call Promo untuk redeem point. Apa lagi...Saya terus terjah website AirAsia Big kalau-kalau boleh guna point yang berbaki 2037 points untuk redeem flight. Nasib saya baik sebab masa saya nak buat booking tu promo untuk ke Surabaya hanya 500 points untuk one way trip. Cukup untuk redeem 2 tiket pergi balik dan hanya perlu tambah RM102 seorang sahaja. So apa lagi...grab lah....
Untuk penginapan pula seperti biasa saya menggunakan Booking.com untuk survey hotel-hotel yang sesuai dengan bajet saya. Kalau pihak Booking.com tahu saya sangat loyal dengan web diorg mesti diorang amik saya jadi duta kan...kan...kan....
Saya memilih POP! Hotel Stasiun Kota yang terletak di Jl. Waspada. Kenapa pilih hotel ni?
- hotel ni baru 3 bulan beroperasi jadi biasanya hotel baru ni fasiliti masih bagus. Biasalah tempat baru.
- harga yang dia offer kena dengan bajet saya iaitu cuma 576 ribu Rupiah (RM180) untuk Double Room sepanjang 2 malam. Jadi saya dan travel buddy share bayar seorang RM90 sahaja.
- hotel ini sediakan free breakfast jadi jimat duit makan.
- dekat dengan Pasar Atom Mall dan ICT Surabaya Mall (jalan kaki 5 minit sahaja)
- ada free Wifi (wifi dia laju wei)
- dekat dengan Tugu Pahlawan (jalan kaki 10 minit).
Memandangkan trip ini main redah aja jadi memang saya tak prepare langsung sebarang itinerary. Even supir pun tak amik sebab masa survey supir harganya agak mahal bagi saya.
Flight kami dari KLIA2 pukul 9.50 pagi dan tiba di Bandara Internasional Juanda Terminal 2 selepas 2 jam 30 minit penerbangan. Selesai urusan imigresen kami terus keluar mencari teksi. Actually ada option untuk ke kota Surabaya samada mau menaiki bas, teksi meter mahupun teksi berkupon. Nasihat saya, better amik bas kalau anda tak kejar masa atau amik ja teksi berkupon sebab harga dia dah tetap. Kami dapat 145 ribu Rupiah (RM46) dan kereta yang disediakan adalah Avanza. Kenapa tidak teksi bermeter? Sebab masa kami naik teksi meter ke airport total kena bayar adalah 210 ribu Rupiah tidak termasuk duit tol. Jadi amik sahaja teksi berkupon. Boleh muat 4 ke 5 orang lagi. Jimat.
Perjalanan dari airport ke hotel kami dalam 1 jam (masa ni trafik sederhana macet). Suprisingly trafik sepanjang kami disini tidak seteruk Bandung dan Jakarta.
Langsung kami ke satu lagi attraction yang terdapat di Kota Surabaya iaitu Monumen Kapal Selam atau dikenali dengan nama Monkasel. Disini bukan sahaja ada kapal selam lama tapi juga tempat rekreasi serta kolam mandi untuk budak-budak bermandi-manda. Harga tiket untuk masuk ke Monkasel adalah 10 ribu Rupiah (RM3). Apa yang menarik sangat Monkasel ni?
|
sampai sudah |
|
sempit sangat bila masuk dalam kapal selam ni |
|
Suro (Ikan) dan Boya (Buaya) |
Monumen Kapal Selam atau biasa disebut dengan Monkasel, terletak di tepi Sungai Mas, di pusat bandar Surabaya. Lebih tepatnya di sebelah Plaza Surabaya iaitu berada di Jalan Pemuda No 39. Monumen ini sebenarnya adalah kapal selam sebenar iaitu KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Laut Republik Indonesia buatan Kesatuan Soviet tahun 1952 dengan jenis Whiskey Class. Kapal ini pernah ikut berperan dalam Pertempuran Laut Aru mengenai Irian Barat dengan Belanda. Monumen Kapal Selam di rasmikan tarikh 27 Jun 1998, untuk memperingati keberanian para pahlawan Indonesia, kemudian kapal ini di bawa ke darat. Namun untuk membawa kapal selam ke tengah bandar Surabaya tidaklah mudah, kapal selam tersebut dipotong menjadi 16 bahagian dan selanjutnya dibawa ke kawasan Monumen Kapal Selam kemudian dipasang semula dan di jadikan tugu.
Kami tak lama pun di sini. Kami jalan kaki terus menuju ke Tunjungan Plaza untuk makan tengahari. Cuaca masa tu sangatlah panas. Sebab tu kami pilih untuk lepak di dalam mall sahaja. Tunjungan Plaza ini adalah antara mall mewah di sini.
|
panas giler time ni |
|
happening disini |
|
masih wujud ketidaktamadunan manusia sehingga kena letak sign ini |
Selesai makan tengahari kami terus keluar menaiki teksi untuk ke Mirota Batik & Handicraft Centre. Katanya Mirota ni pusat cenderamata yang popular di Surabaya. Lokasi di Jl. Sulawesi. Kami tak membeli pun sebab fridge magnet dia tak banyak pilihan.
Kami terus keluar dan menapak untuk mencuba pastry yang katanya best in town. Nama kedai nya adalah Igor's Pastry di Jl. Biliton. Dekat aja dengan Mirota Batik dalam 10 minit jalan kaki. Kawan kami yang rekomen tempat ni. Pastry dia sedap jugak dan yang paling penting kedai ini mendapat sijil HACCP dari The Royal Institute of Public Health and Hygiene London dan Tuv Nord dari Germany. Kiranya kualiti pastri disini bertaraf antarabangsa tau. Berbekal pengalaman selama 15 tahun di Swiss, London, Jerman, dan Indonesia sebagai profesional di bidang F&B perhotelan, Innico Sjahandi atau yang biasa dipanggil Pak Igo, mendirikan Igor’s Pastry bersama dengan isterinya yang bernama Ratna. Korang kena cuba tau. Harga tak mahal pun. Kedai pastri ini ada 3 cawangan di Surabaya serta 1 cawangan di Bali dan Jakarta.
|
Kena cuba roti di sini tau |
Dah kenyang makan pastri kami minta pihak kedai tolong call kan teksi untuk ke Surabaya Town Square atau dikenali sebagai SUTOS. Actually plan nak ke Taman Bungkul dan Kebun Binatang Surabaya sebab dekat saja dengan SUTOS ni. Tapi cuaca panas sangat. Jadi kami just lepak kat SUTOS saja. SUTOS ni macam The Curve Damansara je konsepnya.
Lepas lepak-lepak sambil tengok muslimah fashion show kat situ kami pun balik ke hotel sebab tak tahu nak kemana dah. Cuaca pun macam nak hujan je ditambah pulak disini pukul 530 petang dah start gelap.
Dalam pukul 8 malam kami keluar ke Pasar Atom untuk dinner tapi malangnya mall dah tutup. Pelik juga. Awalnya diorang tutup. Singgah ke ICT Surabaya pun sama. Banyak kedai tutup. Sudahnya kami makan di KFC sahaja.
Hari terakhir kami just check out pukul 7 pagi dan breakfast. Pukul 7.30 pagi terus naik teksi ke airport. Flight kami pukul 10.30 pagi dan sampai KLIA dalam pukul 2 petang. Waktu di Surabaya lewat 1 jam dari waktu di Malaysia tau.
Nasihat saya kalau nak ke Surabaya, better pi explore luar bandar seperti di Malang dan juga Gunung Bromo sebab kota Surabaya nothing much to offer.
Sebelum saya masuk tidur saya senaraikan kos saya sepanjang short trip di Surabaya ni. Ingat ye! Bajet ni saya dapat sebab saya tak shopping tau. Lagipun saya tak minat sangat shopping bila travel. Jadi kalau sapa kaki shopping bajet anda kena up lagi la kan.
- Flight tiket AA= RM102 +1000 points AA Big redeemed (seorang)
- Hotel - RM180/2= RM90 seorang
- Teksi dari airport ke hotel = RM46/2=RM23 seorang
- Teksi dari hotel ke airport = RM70/2 = RM35 seorang (termasuk tol)
- Monkasel = RM3 seorang
- Makan dan teksi( pengangkutan sepanjang disana) = RM53 seorang.
* Kos di atas saya tak masukkan tambang bas pergi balik KL Sentral-KLIA2 tau.
Ok....guyss...daaaaaa.......
15 Comments
OMG RM300?! Seriously, gonna plan my trip to Surabaya then :) Thanks for the info!
ReplyDeleteAlways thought of visit this place but always tak jadi. :(
ReplyDeleteHope next year can visit it. :)
Nampak bagus!
ReplyDeletenever been here. but look so vintage . wish i be here soon.
ReplyDeleteI should try...
ReplyDeleteWah memang hebat bajet ini RM300 dah boleh pergi ke surabaya.
ReplyDeleteRm180 for two nights, really affordable!
ReplyDeleteNot a bad deal at all! Worth-trying in fact
ReplyDeleteWahhh Rm300 for a trip... inclusive of flights... I am so envious.. I want to be able to do that also... heheheh
ReplyDeletenot bad at all! will plan a visit soon!!!
ReplyDeleteWah! Bestnye. Untuk RM300 blh lawat Surabaya mmg sangat berbaloi!
ReplyDeleteWas quite new about this place! But it was really amazing that you can only spend RM300 for the whole trip =D
ReplyDeleteHaven't been to Surabaya before, will bookmark this post for my travel reference :)
ReplyDeletethat's really cheap to spend that little for travelling, nice pics and nice places you managed to visit too
ReplyDeletereally a budget trip to Surabaya. I also want plan my trip there. Thanks for sharing this.
ReplyDelete