Siri Eksplorasi Dunia ke Melbourne & Sydney - May 2014 (Finale)

Salam REEFISM.

Panjang pulak episod kisah #throwback trip saya dan rakan-rakan ke Australia ini. Bukan apa. Saya nak pastikan saya tidak tercicir info-info penting yang saya dapat untuk membantu anda semua yang akan atau ingin ke bumi Australia ini. Jadi saya cuba sebaik mungkin untuk berkongsi pengalaman saya dan rakan-rakan tidak kira dari cerita mahupun koleksi gambar. Kalau ada info tercicir tu maaf ye.

Baik. Day 3 adalah hari dimana kami akan bergerak ke bahagian barat Sydney iaitu Blue Mountains. Memang kami dah allocate satu hari untuk ke sini sahaja sebab perjalanan pergi sahaja mengambil masa 2 jam. Jadi satu hari adalah perfect untuk buat trip ini. Tidaklah rushing nanti malah boleh menikmati eksplorasi dengan baik. Untuk ke sini kami membeli My Multi Weekly Pass Zone 3, jadi pass ini cover sampai Blue Mountains tau (sekarang ni pass ini dah tak de tau so korang kena guna kad Opal untuk move around di Sydney).

Selesai bersiap dan bersarapan kami terus menuju ke King Cross station untuk ke Central station. Dari Central station kami akan menukar train untuk ke Blue Mountains. Senang sahaja. Korang cari sahaja Blue Mountains line (dalam map line ini ditandakan warna oren).

Central Station

sejarah

ayuh ke Blue Mountains

Sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan panorama yang indah tau. Korang juga akan experience lalu di tepi cerun bukit. Masa ini macam kagum dan cuak jugak sebab tepi cerun kot train tu lalu. Sila turun di Katoomba station sebab dari Katoomba station korang kena menapak sedikit untuk menunggu bas yang akan bawa ke Blue Mountains. Part ni tricky skit. Satunya sebab kat mana nak tunggu bas tu dan kedua nak naik bas apa? Dont worry sebab saya pun mula-mula cuak juga takut sesat tapi rupanya senang bangat dan jarak bas stop tu dengan Katoomba station dalam 3 minit saja. Tunggu dekat bus stop depan The Carrington Hotel tau.

sampai sudah

jarak tempat tunggu bas dengan Katoomba Station

sebelum bas sampai kita pose dulu

opposite bus stop

bas ini bukan bas tambang tau

Nak jadi cerita datanglah satu bas ni. Saya pun pergilah tanya bus driver tu bas ini menuju ke Blue Mountains ke? Dia boleh jawab dengan nada marah. Saya pun benganglah sebab orang tanya baik-baik kot. Period kot driver tu. Malas nak cari gaduh sebab fikir tempat orang kan. Jadi untuk ke Blue Mountains korang naik sahaja bas tambang biasa.

Bas ini mula-mula akan stop di Echo Points dan The Three Sisters. Korang turun kat stop ini.

Bila tengok view dia Yarabbi awesome sangat dan pulak cuaca masa tu dingin sangat. Memang best.

sampai Blue Mountains

nampak tak The Three Sisters?

pose lagi

deep sangat ayat tu

tempat pose walau sejuk

tempat nak tengok view

indah ciptaan tuhan

saya masih tak nampak apa yang Three Sisters

teruk naw cari angle dik

tetap awesome view

kita kopi-kopi pula

kawasan sekitar tempat tunggu bas

lagi

ayuh ke Scenic World pula

Selesai meneroka kawasan ini kami terus tunggu bas untuk ke Scenic World.  Apa ada di Scenic World ni? Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang ia menyajikan kepada anda :


  • Scenic Railway
Discover the thrill of a 52 degree incline riding the steepest passenger railway in the world, the Scenic Railway.

A whole new visitor experience awaits, with glass-roofed red carriages offering expansive views of the rainforest setting and spectacular Jamison Valley.

Custom designed carriages allow passengers to choose their own adventure like never before, adjusting their seated position up to 20 degrees! Choose an adventurous ‘Cliffhanger’ ride at a steep 64 degree incline, or for those seeking a relaxed journey select the ‘Laid Back’ option. Of course, loyal fans can still ride the ‘Original’ at 52 degrees.

The Railway experience descends 310 metres through a cliff-side tunnel, emerging into ancient rainforest at the Jamison Valley floor.

 
  • Scenic Walkway
Discover the tranquility of ancient rainforest – or simply tire the kids out – strolling along our 2.4 kilometre Scenic Walkway. Brilliant in sunshine and even better in the rain, this elevated boardwalk immerses visitors in Jurassic rainforest on the Jamison Valley floor with minimal impact on the environment. Along the way, explore elements of the site’s coal mining history including the mine entrance, a replica miners’ hut and scale bronze sculpture of a miner and his pit pony. Learn about local flora, listen for the native lyre bird or taste pure Blue Mountains water straight from Marrangaroo Spring. Enjoy a peaceful moment in the open-air Rainforest Room, or on rest benches located along the route. Options for various walks taking ten minutes or a full hour are clearly signposted, along with the wheelchair accessible link between the bottom Cableway and Railway stations. 
 
  • Scenic Cableway
Discover panoramic views of the World Heritage-listed Blue Mountains from the Scenic Cableway. The 545 metre journey gently descends into the Jamison Valley and also returns visitors to the top of the escarpment. The Cableway’s fully enclosed cabin is a unique vantage point for viewing the Three Sisters, Orphan Rock, Mt Solitary and Katoomba Falls. Disembark at the bottom station to access the Scenic Walkway and stroll through 2.4 kilometres of Jurassic rainforest. Wheelchair accessible with a capacity for 84 passengers, the Cableway is the steepest and largest aerial cable car in the Southern Hemisphere 
 
  • Scenic Skyway
Glide between cliff tops and gaze at the rainforest canopy through the glass floor of the Scenic Skyway! Suspended 270 metres above ancient ravines, the Skyway provides a unique thrill as breathtaking views are revealed beneath your feet through the electro-glass cabin floor. For the less adventurous, seating and solid flooring is also available! With 360° views, the 720 metre journey provides the best views of Katoomba Falls, the Three Sisters, and Jamison Valley stretching to the horizon. Disembark at the Skyway’s east station to access lookouts over the valley along with bush trails to Echo Point.

Selebihnya tempat ini hanyalah sekadar tempat jual souviner. Kebetulan kami telah disapa oleh satu pasangan veteren berbangsa cina dari Johor. Dia datang sini berdua ja tau. So romantic dan berani. Katanya anaknya bekerja di Sydney jadi dia mengambil kesempatan jalan-jalan di sini. Sangat peramah.

Wefie!

lihatlah dunia

kawasan Scenic World

kawasan parkir Scenic World

Kami terus tunggu bas untuk kembali semula ke Katoomba station dan catch train petang. Sepanjang perjalanan balik ke Central station kami just tidur dan sembang-sembang.

ayuh pulang ke city


sementara tunggu train sampai

vandalisme is everywhere


Memandangkan kami sampai di Sydney lewat petang jadi kami ambil kesempatan untuk ke Circular Quay untuk lepak-lepak sambil tengok panorama Sydney Opera House dan Sydney Bridge. Oh ye. Memandangkan My Multi Pass tu cover untuk ferry juga jadi kami amik peluang naik ferry menuju ke Manly Whart. Di sini actually takde apa pun cuma ada pantai dan tempat hang out. Tapi tak explore pun sebab sampai je kat jetty Manly Whart tu dalam 10 minit kami terus tunggu ferry pulang ke Circular Quay. Saja nak buang masa.

feri mula gerak

indah malam di kota

what an iconic

ke mana kita

checked in

dah malam jom balik

sementara nak sampai kat jeti

billboard ni sangat femes di Sydney

Kami terus pulang ke hotel semula sebab nak balik lambat-lambat bahaya juga sebab area King Cross tu banyak peminta sedekah dan banyak orang mabuk (banyak club and bars). Kalau anda ingin tahu lebih lanjut apa ada di Blue Mountains ni just layari web http://www.bluemts.com.au/ OK!

Day 4 basically kami just cover city area sahaja sebab ada beberapa lokasi yang belum di teroka. Antaranya The Rocks, Bondi Beach, Sydney Harbour Bridge, Millers Point. Kiranya hari ni hari santai-santai di bandar sahaja. Millers Point tu korang kena pi tau sebab boleh tengok view bandar Sydney dari atas bukit. Petang nya kami ke Bondi Beach iaitu pantai yang popular di Sydney. Untuk ke sini sangat mudah. Korang naik saja train ke Bondi Junction station dan kemudian dalam station tu korang terus cari bas no. 380 tak silap yang akan bawak korang ke Bondi Beach.

peta kawasan nak cover

tak puas bergambar depan Sydney Opera House

nampak view cantik

yeay

time datang sini ada wedding

siapakah

apakah ini

wedding time

Sydney Observatory

jom ke Sydney Bridge pula

mulakan langkah

kena datang sini tau kalau ke Sydney

checked in

ada karnival masa kami ke sini

acah-acah model

busking

sini banyak orang seni jalanan

fefeeling sangat

The Rocks ni tempat hang out and lepak-lepak

boleh ke sini tengok gelagat orang

macam-macam aktiviti di sini

dah jom ke Bondi Beach pula

sampai sudah Bondi Beach

Bondi Park

kuatnye ombak

beautiful

kemana tu bang

pose tetap....


Day 5 adalah hari terakhir kami di bumi Sydney. Sedih pulak rasa nak tinggalkan Australia ni. Rasa sekejap saja masa berlalu. Basically hari last ni kami just siap-siap nak check out sahaja. Memandangkan flight kami malam dan jarak city dengan airport tak jauh mana jadi kami plan nak jalan-jalan sekitar Botanical Garden. Jadi lepas checkout kami minta tumpang letakkan luggage di kaunter hotel sekejap. Kami terus keluar ke King Cross station untuk menuju ke Circular Quay. Botanical Garden ni sebelah Sydney Opera House sahaja. Korang yang plan ke Sydney wajib singgah di Botanical Garden dia. Korang akan amazed dengan keindahan taman dia. Pastu korang boleh piknik-piknik lagi sambil melihat panorama bandar Sydney kat sini.

sebelum balik Malaysia ayuh jalan lagi

taman di tengah bandar metropolitan

antara apa yang ada di Botanical Garden

hehehehe

sukalah background autumn-autumn ni

piramid tu apa tah

cantik kan garden diorang

ke Palace Gardens kah

tetap tak bosan view ikonik ini

last pose sebelum balik

saya pasti kembali ke sini

batu ini macam ombak besar

gambar wajib bila bersama travelbuddies

abaikan apa di tangan itu

pose lagi

sampai KLIA2 yang baru ja buka masa tu


Itulah kisah saya di bumi Australia buat pertama kalinya. Bajet nak ke sini camne? Saya lupa nak catit kos sebenar saya di sini. Tapi yang saya ingat tiket flight KL-Melbourne-Sydney-KL dalam RM1500++. Pastu penginapan seorang dalam RM500++. Trip ke Great Ocean Road dan Phillip Island dalam RM400++. My Weekly Pass (Zone 3) tu dalam RM180 tak silap. Yang lain tu kos makan, shopping sikit dan transportation so total adalah dalam RM 4K tak silap. Tapi saya cerdik sikit sebab saya ada beli banyak perfume masa di sini sebab sangat murah jadi bila balik Malaysia saya jual balik perfume tu. Jadi dapatlah cover duit trip saya. Hasil jualan saya dalam RM 2K jugak la. Korang kalau nak jimat pergilah dalam 4 orang dan sewa satu bilik. Pastu korang check sewa kereta berbaloi tak (kalau berani bawak kereta di sana la).

Terus-terang masa plan nak kesini ramai kawan-kawan macam tak berminat sebab katanya Australia ni tak menarik tapi bila saya dah experience sendiri ternyata semua itu dusta. Australia is Awesome ok. The weather, the scenery memang best. In fact korang akan perasan ramai orang luar yang tinggal di sini. Sebab they like to stay in Australia. Kalau nak pi negara mat saleh yang lain agak mahal jadi Australia adalah negara mat saleh yang paling dekat dan murah sikit untuk di kunjungi. Memang imigresen sana sangat strict tapi itu kan tugas diorang. Kalau kita tak buat salah buat apa nak takut kan. Kalau saya ada rezeki sudah pasti saya ingin ke sini lagi untuk meneroka bumi Australia ini. Mungkin akan ke Tasmania pula. Insha Allah.

P/S: Beli perfume di kedai My Chemist. Sangat2 murah.


Till then. LOVE.

1 Comments

  1. Never been to Melbourne, hopefully can make it within next year~

    ReplyDelete