Siri Eksplorasi Dunia ke Melbourne & Sydney - May 2014 (Part 4)

What's up! Semoga semuanya baik-baik aja. Hi Februari! Bulan baru dengan harapan dan visi baru untuk terus menakluki dunia. Ada yang senyum lebar nampaknya sebab sudah dapat BR1M kan. Jangan lupa belanja saya ok!

Saya langsung sambung kisah #throwback trip saya di bumi Australia ini. Untuk kisah episod terdahulu boleh godek-godek blog saya ni ya. Hari terakhir kami di Melbourne kami siap-siap untuk ke airport untuk ke destinasi seterusnya iaitu Sydney.

Dari Melbourne, anda boleh memilih untuk menaiki pebagai syarikat penerbangan. Ada Jetstar, Qantas dan kami memilih Virgin Australia sebab masa booking dibuat mereka ada membuat promo sales. Dapatlah tiket one way berharga 78 AUD sahaja.

Flight kami akan berlepas pada pukul 11 pagi dan akan tiba di Sydney Airport pada pukul 12.25 tengahari.

menanti flight

tiket saya

macam kapas

cantik

tersusun

relax and chill

Selesai urusan luggage, kami terus keluar dan mencari teksi (kalau nak naik train atau bas pun boleh rasanya). Jarak dari airport ke city dekat aja iaitu dalam 20 minit bergantung kepada trafik.

Penginapan kami di Sydney adalah di Ibis Budget Hotel yang terletak di 191-201 William Street, Kings Cross.

Kenapa stay di sini? Memandangkan kami 4 orang jadi kami ambil satu bilik 4 katil. Surprisingly bilik di sini jauh lebih besar dari Ibis Budget Hotel di Melbourne. Selesa sangat. Cuma area King Cross ni tak berapa selesa sebab disini banyak night club and bars dan ada beberapa orang peminta sedekah serta transgender yang berkeliaran mencari mangsa. Pihak hotel sentiasa mengunci pintu utama bagi mengelakkan mereka dari masuk dan membuat kacau. Kenapa pilih hotel ni? Sebab bila saya calculate, bilik yang kami ambil murah untuk 4 orang iaitu AUD 476 satu bilik untuk 4 malam. Lagipun King Cross ni sebenarnya lokasinya agak strategik juga sebab dekat dengan train station dan juga ada Coles Supermarket. Lokasi ini juga tidak jauh untuk ke city dengan berjalan kaki dan ada banyak hotel dan hostel di kawasan ini. Boleh survey-survey nanti ya!

Mula-mula kami agak cuak sebab tak jumpa hotel ni. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga. Lokasi agak tricky sikit. Main entrance dia di bahagian belakang bangunan.

Sydney Harbour Bridge

view dari bilik kami


Apa yang bestnya Sydney ni? Sydney adalah bandar di dalam wilayah New South Wales (NSW).

Sydney, capital of New South Wales and one of Australia's largest cities, is best known for its harbourfront Opera House, with a distinctive sail-like design. Massive Darling Harbour and Circular Quay are hubs of waterside life, with the towering, arched Harbour Bridge and esteemed Royal Botanic Gardens nearby. Sydney Tower’s 268m glass viewing platform, the Skywalk, offers 360-degree views of the city, harbour and suburbs - 
Sumber Google

Banyak websites anda boleh refer untuk mengetahui apa yang menarik di Sydney antaranya http://www.sydney.com/http://www.cityofsydney.nsw.gov.au/ 
dan juga http://www.australia.com/en/places/sydney.html.

Sebelum itu saya nak cerita sikit tentang jaringan pengangkutan awam di sini. Disini anda boleh memilih sama ada menaiki train, light rail ataupun bas untuk bergerak. Bagi traveller, anda boleh menggunakan kad Opal (fungsi sama dengan Touch N Go). Info terkini yang saya baca kad My Multi Weekly Pass yang biasa di gunakan oleh traveller tidak lagi digunapakai. Untuk info lanjut boleh layari web rasmi di http://www.transportnsw.info/ dan https://www.opal.com.au/. Jadi kalau tiba di Sydney beli sahaja kad Opal ya (saya tak guna kad Opal masa tu sebab beli My Multi Weekly Pass).

inilah rupa kad Opal

train map

kalau nak bergerak within the city boleh naik ini

rupa light rail tu.

train dia 2 tingkat tau

naik bas pun ok

panjang betul bas dia

Inilah My Multi Pass tu


Lepas kami check in kami terus keluar untuk explore dan melihat kawasan sekitar. Lapar pun ada. Jadi kami terus jalan kaki untuk mencari kedai makan halal. Kami makan di Uighur restaurant yang terletak di Dixon St sebab actually kami nak makan dekat satu malaysian restaurant ni tapi bila kami sampai di area tu rupanya restoran tu dah tutup dah. Tak pasti pulak dia relocate atau memang dah tutup terus. Mamak Village namanya (diorang dah berpindah lokasi rupanya). Boleh layari web Mamak Village di http://www.mamakvillage.com.au/ untuk cari lokasi diorg ok. Dixon St ni dekat dengan Chinatown Sydney.

Sydney Tower Eye

jalan kaki kita

kami tak masuk pun

penat jalan

bukan red light district

Chinatown area

sini ada Mamak juga tapi pekerja bukan mamak

masakan uighur sedap juga

hari operasi Paddy's Market

Paddy's Market dekat ground floor

suasana dalam Paddy's Market. Disini ada peniaga boleh berbahasa Malaysia

boleh naik light rail juga kalau nak ke Paddy's Market

depan Paddy's Market

suasana sekitar Paddy's Market

hasil pancingan

ayuh pulang ke hotel

Central Station (ala-ala Kl Sentral)

nak balik hotel

wajah girang dapat shopping

Day 2 adalah hari yang dinanti. Kami bangun awal dan bersiap-siap. Terus ke pantri di ground floor untuk breakfast. Macam biasa breakfast sendirian berhad. Hari ini kami plan nak explore city area dulu. Destinasi pertama kami adalah The Sydney Tower. Saya membeli tiket via online. Untuk ke Sydney Tower ni mudah saja. Train station yang dekat adalah St. James. Korang keluar saja dari station bawah tanah tu korang dah nampak dah Sydney Tower.
Sydney Tower ni macam Menara KL saja. Boleh lihat panorama bandar Sydney. Awesome view!

station ini sebelah Hyde Park 

sebelum naik ke atas

this way please

nampak KLCC

pose sebelum naik

padat

view dari atas

cantik

padat dan tersusun

lagi

nampak Harbour Bridge dari sini

inilah Sydney

seronoknya

jarak dari Sydney Tower

senyum sorang-sorang

rekod katanya

saya pose dulu

stesen dia klasik sangat

Selesai di Sydney Tower kami terus naik train dari St James ke Circular Quay Station untuk ke Sydney Opera House. Akhirnya sampai juga saya melihat antara bangunan ikonik Sydney ini. Kami lepak disini sambil makan fish n chips. Besar tau portion dia. Kami siap share lagi. Make sure kalau makan kat tepi-tepi jeti tu hati-hati sebab banyak burung yang kacau.

sampai sudah Circular Quay

sini banyak pemain muzik jalanan

comel

walk of fame kah

happy family

akhirnya sampai juga

ku abadikan memori di sini

lagi

kagum dengan senibina ini

view depan Sydney Opera House

layan fish n chips

kebanggaan Sydney juga

fish n chips dia besar so boleh share 2 orang. Harga dalam AUD 13

for smokers only

Sebelah petangnya kawan saya sudah berjanji ingin berjumpa rakan dia yang sudah menetap di Sydney ni. Kami jumpa beliau di Queen Victoria Building. Queen Victoria Building ini adalah shopping complex. Suka tengok interior complex ni. Then, kami telah di bawa berjalan-jalan di Darling Harbour. Kebetulan Hard Rock Cafe ada di sini jadi kami pun serbu. Hihihihi....

ayuh ke QVB

mewah deko Queen Victoria Building ni

QVB

banyak cafe di sini

tarikan utama di QVB

patung-patung boleh bergerak tau

checked in

rakan-rakan

itulah kawan saya nya kawan

jalan menuju ke Darling Harbour

tiket wayang berharga sekitar RM 100. Pengsan!

tempat wajib

suasana dalam HRC Sydney

wajah girang dapat beli

suasana Darling Harbour

lagi

tempat ini spot lepak best

tak larat jalan boleh naik ini

saya pulak

kemana kita?

baik sungguh kawan travel buddy saya

Kawan travel buddy saya tidak dapat stay lama dengan kami. Lepas kami say goodbye lewat petangnya kami dah plan nak pergi ke Madame Tussauds Sydney yang terletak di Darling Harbour juga. Saya dah book siap-siap tiket masuk via online.

acah-acah

bajet surfer









Kylie Minoque

kawan lama saya

Jacksons



Jackie Chan pun ada

kawan lama

ada gaya

kalau saya raja memang lingkup

Mahatma Gandhi

macam nak nyanyi lagu nasyid je gayanya

kawan lama

acah-acah

muka kena marah

cermin kasi slim muka

next question!







action!

busuk

pasangan duet



lama tak jumpa

jiran saya

abang angkat

cikgu sekolah saya

kawan dia

oh Nicole kenapa ko tinggi sangat

section sebelum keluar

info tentang cara patung dihasilkan

lagi

lagi

lagi

Selesai pusing-pusing dalam Madame Tussauds kami terus keluar dan pulang ke hotel sebab esoknya kami nak kena keluar awal untuk ke Blue Mountains pula. Apa ada di Blue Mountains? Nanti saya cerita di episod seterusnya.

Oklah guys. Stay Fabulous ok.

LOVE.

0 Comments