Siri Eksplorasi Dunia ke Melbourne & Sydney - May 2014 (Part 1)



Salam REEFISM semua. Apa khabar semua? Sihat hendaknya. Macam mana dengan bulan Januari di tahun baru? banyak kerja kah? atau sudah bersedia dengan travel list? Saya percaya ada yang sedang menyusun jadual harian supaya plan berjalan lancar. Apa-apa pun, do it right ok!

Seperti dijanjikan, saya terus sambung kisah #throwback trip saya ke bumi Australia iaitu Melbourne. Bagi yang terlepas boleh rujuk intro kisah trip ini DI SINI.

Flight saya selamat sampai di Melbourne International Airport (juga dikenali dengan nama Tullamarine Airport) dalam pukul 8.00 pagi waktu tempatan. FYI waktu di Melbourne adalah beza 3 jam awal dari waktu di Malaysia. Bermakna kalau waktu di Malaysia pukul 10 malam di Melbourne adalah pukul 1 pagi.

odw ke airport

Waktu di kaunter imigresen untuk cop passport Alhamdulillah tiada masalah langsung cuma kawan saya dia cuma tanya travel seorang diri ke? Kawan saya just tunjuk travel dengan saya yang kebetulan berada di sebelah kaunter dia sahaja. So settle satu perkara yang tak sampai 5 minit pun. Kebetulan pagi tu ramai pelancong yang masuk ke Melbourne jadi barisan di kaunter imigresen agak panjang. Korang jangan terkejut pulak bila ada anjing pengesan lalu tepi korang sebab itu adalah prosedur biasa pihak imigresen sana. Buat biasa ja. Oh ye..masa korang dalam flight biasanya cabin crew akan beri borang imigresen (incoming passenger card) siap-siap untuk korang isi. So isi dengan jujur ya. Pangkah pada bahagian declaration tu betul-betul. Kalau bawak benda makan just pangkah pada kotak YES. Jangan takut. Busuk-busuk pun dia buang je bahan makanan tu kalau tidak lepas kastam. Masa serah passport pada pegawai imigresen tu bagi sekali dengan borang tu.

inilah rupa incoming passenger card

senarai tu adalah declaration list

jangan lupa isi borang ini juga

isi ye

tujuan borang ini diisi

Mesti korang akan tertanya-tanya visa@ETA yang korang apply tu nak bagi copy ke kat dia? Tak perlu sebab ETA tu dah ada dalam sistem elektronik diorang dan link terus dengan passport kita. Copy tu sebagai reference sahaja.

Bercakap tentang ETA ni kan saya ada bagitau dengan siapa saya apply kan? Boleh refer DI SINI. Bagi saya cik Intan ni bagus. Kenapa bagus? Walaupun tak kenal dan tak pernah tengok muka tapi dia jujur dan kerja dia efisen tau. Bila korang email kat dia   bagitau nak buat ETA, dia akan bagi instructions dan korang buat je apa dia suruh. Then lepas dah submit semua detail yang dia minta korang tunggu dia reply je. Bila dah reply tu means dah siap la. Then korang baru buat bayaran kat dia. Part ni korang kenalah jujur ye. Jangan pulak tak bank in duit kat dia. Sudahlah dia bagi harga murah dan korang amik kesempatan pulak kan. Saya dah guna khidmat beliau dua kali dan beliau sangat cepat tau. Tak sampai setengah hari dah siap ETA saya.

You can enter Australia as many times as you want during a 12 month period from the date the ETA is granted or until the expiry date of your passport, whichever is earlier. You can stay in Australia for a maximum of three months on each visit.

Ada juga yang tanya kalau passport saya expired tapi ETA saya masih ada tempoh lagi boleh ke guna? Jawapannya TAK BOLEH. ETA yang korang apply tu kena sama dengan no passport yang korang guna masa apply ETA tu.

Cukup pasal ETA tu. Pas selesai urusan passport dan amik luggage bila korang nak keluar di pintu arrival korang serahkan borang imigresen (incoming passenger card) tu kat pegawai bertugas. Kalau dia nak check beg korang bagi je lah ok. Biasanya dekat borang imigresen tu pegawai yang cop passport kita ada tulis satu kod rahsia. Kod tu menentukan beg korang akan diperiksa atau tidak. Beg kami? Diorg tak check pun. Yeay! Lepas azab. Hahahaha....Bagi saya selagi tak keluar dari pintu arrival tu selagi tu korang tak boleh happy sangat ye.
Dah keluar pintu arrival tu apa lagi, Hooreehhhh! Melbourne Aku Datanglah konsepnya.

Misi seterusnya adalah mencari bas yang boleh bawak kami ke city. Actually korang ada option nak naik teksi atau maxi taxi pun boleh kalau korang ramai. Maxi Taxi ni van teksi. Memandangkan kami berdua nak bajet-bajet so kami naik airport transfer bus yang dikenali dengan nama Skybus saja. Sorang dewasa 18AUD untuk one way fare. Siap hantar depan hotel lagi. Korang boleh refer web diorang di https://www.skybus.com.au/. Mana nak dapatkan tiket Skybus ni? Keluar je dari arrival hall tu nampak dah kaunter tiketnya.

ini salah satu rupa Maxi Taxi

Inilah Skybus

itulah kaunter tiket Skybus

Ok. Perjalanan ke bandar Melbourne mengambil masa dalam 20 minit bergantung kepada trafik. Bila sampai di Southern Cross Station yang merupakan major railway station and transport hub for Melbourne (ala2 KL Sentral), korang kena turun dan pergi ke kaunter dan bagitau samada hotel korang ada dalam senarai Free Hotel Transfer Service atau tidak. Boleh check di web diorang juga kalau nak tau route free pick up dan drop off. Semua info lengkap ada dalam web Skybus tu. Servis diorang 24 jam dan kekerapan bas adalah setiap 10 minit tau. Yang best dalam bas ada free wifi. Boleh lah nak check in check out facebook bagitau dah sampai Melbourne. Hihihihi..

Oh ye. Hotel yang saya dah book sepanjang stay di Melbourne adalah Ibis Budget Hotel yang terletak di 97-103 Elizabeth Street. Harga Family Room (2 katil double decker berserta private bathroom) untuk 4 malam cuma 385AUD dan semestinya saya booked melalui booking.com. Walaupun biliknya sempit tapi saya suka sebab ada private bathroom dan lokasi dia sangat2 strategik. Dekat ngan tram station, Flinders Street Station, dan Queen Victoria Market. Sangat2 strategik. Cuma satu je yang diorang boleh improve iaitu bagi free wifi. ini Wifi pun kena bayar. Apalah sangat kan. FYI, di Melbourne ni susah nak jumpa free wifi tau kecuali kita pi lepak kat cafe2 tapi itu pun limit untuk seketika waktu sahaja. Jadi korang yang memang can't live without wifi kenalah ikhtiar cara lain ye like beli local sim ke atau activate international roaming. Macam international roaming tu kan korang activate la satu phone dan pastu buat wifi hotspot dan share la guna dan bayar dengan kawan2 sesama trip. Jimat dan Simple.

Kami diberi check in awal masa tu sebab ada bilik kosong. Alhamdulillah. Jadi kami letak luggage pastu touch up sikit dan terus keluar. Mana boleh buang masa sebab Melbourne city dah memanggil-manggil nama kami.....Hahahah.....

inilah hotel kami stay sepanjang di Melbourne

hotel kami stay betul-betul depan tram station

pengangkutan tram dalam bandar sangat popular di sini

lokasi hotel sangat strategik. Recommended!

Sebelum tu lupa pulak nak share jaringan pengangkutan di sini. Melbourne ni public transport dia sangat efisen. Korang boleh naik train, tram kalau dalam kawasan city area, bus (saya tak cuba pun) dan teksi. Nak jimat lagi naik ja Free City Circle Tram. Dia bawak pusing satu town. Untuk sebarang info tentang public transport di Melbourne boleh rujuk web ini http://ptv.vic.gov.au/.

peta train di Melbourne

peta tram di Melbourne

ini peta laluan City Circle tram

inilah Free City Circle Tram di Melbourne. Sentiasa penuh, free la katakan.

Kalau di London terkenal dengan sungai Thames, Melbourne pula terkenal dengan sungai Yarra.

Sebarang info tentang Melbourne seperti kalendar aktiviti menarik di sini korang boleh rujuk web http://www.visitmelbourne.com/
dan http://www.melbourne.vic.gov.au/pages/home.aspx
atau http://www.thatsmelbourne.com.au/Pages/Home.aspx.

Basically Day 1 saya dan rakan di Melbourne cuma jalan2 sambil usha kawasan sekitar. Tengok kat mana boleh beli Myki card. Oh ye..Di Melbourne ni diorang guna Myki card untuk pengangkutan awam. Dia macam touch n go kita lah. Senang je nak dapatkan kad tu. Kad 7-Eleven ada jual dan juga servis top up. Kami just top up 20 AUD dulu (actually kami tak guna sangat pun kad tu sebab banyak jalan kaki). Detail tentang kad Myki boleh rujuk web ini ya https://ptv.vic.gov.au/tickets/myki.

inilah rupa kad Myki

kalau dalam tram sentuh aja kad tu kat machine ni

Selain 7-Eleven, boleh top up kad Myki di mesin ini

So mulalah langkah kami menyusuri bandar Melbourne. Actually saya ada booking 2 day tour melalui seorang Malaysian yang kerja di Malaysian Hall Melbourne. Jadi alang2 sambil jalan kami pi la nak meet n greet beliau sebab sudi tolong bookingkan untuk kami. Pak Nil nama glamer dia. Sapa2 pi Melbourne pasti kenal akan beliau. Saya pun kenal melalui blog2 traveller yang pernah ke sini.
Malangnya beliau agak sibuk hari tu jadi kami just tinggalkan pesan yang akan kembali semula esoknya.

alas perut dulu sambil berwifi (kertas tepi tu adalah password wifi)

ayoh! lets rock Melbourne!

signage kedai kat sini stail camni

persis bangunan Sultan Abdul Samad kan?

senibina Perancis

subway kah?

antara lorong di sini

Flinders Street Station

sampai pun Federation Square

checked in

kemana lagi kita?

wow

kat sini tak mudah sesat sebab banyak sign seperti ini

orang seni berjiwa besar

burung pun nak lepak sini juga

Federation Square tempat lepak awam yang popular disini

sapa jurugambar ni?

Federation Square

boleh baring-baring dekat sini

St Paul Cathedral

seperti bangunan apa ek?

korang boleh dapat macam-macam info pelancongan dekat sini

ruang dalam Melbourne Visitor Centre

basikal juga menjadi pengangkutan pilihan disini

Sungai Yarra

Princes Bridge ini antara jambatan tertua di sini

pose maut

Princes Bridge

putera kah

nampak Melbourne Cricket Ground dari sini

Alexandra Gardens

Arts Centre Melbourne

Vandalism is everywhere in the world

postur berseni katanya

Autumn I'm in Love

sila patuhi

nak kemanakah?

tangga kejayaan kah?

bukan promosi kasut

memorial memperingati pejuang World War

checked in

Negaraku

tugu

OMG!

kerusi sumbangan

jasa pejuang diabadikan disini

gurau senda adik beradik

you'll be remembered Melbourne

indah

memorial

budak ni main pastu terjatuh tau

suka sangat musim autumn

Marquis of Linlithgow Memorial

monumen

orang ada-ada bolehlah naik ini

wajah seronok berjalan sebab tak basah cik keti

trademark autumn

beautiful

jalan menuju ke Malaysia Hall akan nampak ini

jalan lagi

dah sampai Malaysia Hall

ruang tamu

menanti pak Nil

Malaysia Hall depan bangunan ini saja

landmark nak ke Malaysia Hall Melbourne

kalau nak ke Malaysia Hall naik tram turun dekat stop ini ye

dekat dengan St Kilda Beach

cara-cara melintas

ayuh menonton!
Kami pun pulang ke hotel semula dan beristirehat sebelum keluar untuk menikmati panorama malam di sekitar Southbank dan sungai Yarra. Dekat Southbank ni happening dengan bar dan cafe.


peace!

panorama tepi Yarra river

Southbank

snap photo dulu

deretan cafe dan bar disini

panorama waktu malam

Di Melbourne ni ada beberapa malaysian restaurant bagi yang mencari masakan Malaysia antaranya Paparich dan Mamak Kopitiam. Kami pun jumpa secara kebetulan masa jalan-jalan. Tapi jangan risau la tentang makanan halal. Banyak je restoran atau kedai makan halal disini. Cuma kena rajin explore the city.

Esoknya kami dah plan nak explore kota sekali lagi memandangkan kawan kami yang lagi 2 orang akan tiba dari KL.

Oklah..untuk sambungan kisah seterusnya korang kena tunggu tau. Ada kisah menarik antara kami dan Pak Nil Melbourne.

Till then...daaa....

0 Comments