Siri Eksplorasi Dunia ke Melbourne & Sydney - May 2014 (Part 2)

Salam REEFISM semua.

Apa khabar? Baik-baik hendaknya. Sekarang ni kan cuaca panas dan bahang sangat kan. Kataya femonena El Nino dan ia akan berlarutan sehingga bulan Mac. Jadi anda semua kena kurangkan beraktiviti di luar dan banyakkan minum air mineral ya.

Saya terus sahaja sambung kisah #throwback trip saya di Melbourne. Bagi anda yang baru sedar kewujudan kisah eksplorasi ini, boleh klik di INTRO dan PART 1 ye.

Day 2 pagi kami bangun awal sebab kami nak sambut kawan kami yang akan sampai dari KL yang baru sahaja touched down di Melbourne Airport. Jadi kami bersiap-siap dan terus turun ke pantri untuk menikmati breakfast. Actually kami dah beli siap-siap roti dan membawa beberapa bekalan makanan segera dari Malaysia. Pihak hotel ada menyediakan breakfast tapi dengan bayaran. Lagipun bukan semua menu kami boleh makan kan. Jadi untuk jimat kami buat sarapan sendiri saja. Kenyang pun kenyang.

Dalam pukul 9.30 pagi kawan kami pun tiba di depan hotel. Pagi tu cuaca adalah hujan renyai-renyai.

Kami tunjukkan bilik, letak luggage dan terus keluar. Kami cuma berjalan kaki ke area yang saya dah pergi semalam dan kali ini sekadar membawa kawan-kawan saya melihat kawasan sahaja.

hujan renyai-renyai

Yeay...sampai pun

wajah girang nak berjalan

peace yall

eeee...comel bangat

boleh naik free tram untuk explore the city

pose

kumpulan 3 suara

snap lagi
Bagi anda yang sudah mengikuti kisah trip ini dari awal, saya ada menyatakan tentang seorang yang bernama Pak Nil. Jadi pagi ini tujuan kami adalah untuk ke Malaysian Hall sekali lagi bertemu beliau. Harap-harap Pak Nil tak busy hari ini.

Bila sampai di Malaysia Hall Pak Nil ada. Alhamdulillah. Pak Nil ni sebenarnya dah lama merantau di bumi Melbourne ni. Ramai juga traveller kita yang mengenali  beliau kerana beliau sangat helpful and kind. Beliau faham ramai yang datang ke sini adalah bajet-bajet jadi beliau akan cuba membantu sedaya boleh supaya trip kita lancar. Kebetulan bila kami sampai Pak Nil sedang memasak. Sambil kami berbual-bual Pak Nil pun mengajak kami makan tengahari di Malaysia Hall saja. Wah! Memang langkah kanan lah kami.

suka panorama musim luruh

sebelum sampai Malaysia Hall amik gambar dulu

nak sampai MH dah

cantiknya

dah sampai MH

masak apa tu....

Pak Nil bagi taste sambal

ruang tamu

wajah lapar

Yeay..nasi

fefeeling

checked in

nak juga....hahaha
Sambil makan tu saya ada bertanyakan tentang tour ke Great Ocean Road dan Phillip Island dimana saya ada meminta Pak Nil untuk carikan yang murah-murah. Beliau telah pun membuat booking dan beritahu kami cuma perlu ke ofis travel agency tu pada awal pagi dan nyatakan nama sahaja kerana pembayaran telah dibuat. FYI tour yang kami amik ini adalah Chinese Speaking Tour. Kenapa ? Sebab Chinese Speaking Tour lebih murah berbanding English Speaking Tour. Beza harga banyak tau. Lagipun bukan nya kita nak dengar tour guide tu membebel sangat kan? Just nak menikmati tour itu sahaja.

Selesai makan tengahari kami minta beransur sebab ingin terus explore bandar. Paknil ada bagitau yang malam nanti beliau free jadi kalau nak pergi tengok penguin di St Kilda dia boleh bawak. Yahoooo...Sapa tak nak kan! Langkah kanan lagi. Jadi kami kata akan berjumpa Pak Nil semula di Malaysia Hall dalam pukul 8 malam. Pak Nil juga ada memberi kami pinjam portable wifi miliknya. Cuma perlu top up sahaja untuk guna.

Jadi kami pun berjalan semula menuju ke city untuk bawak kawan saya explore kawasan. Kebetulan di Federation Square ada cultural event. Kami pun layan aja. Cuaca hari ini kurang baik sebab mendung dan hujan renyai-renyai tapi eksplorasi kami tetap di teruskan. Sejuk memang sejuk tapi redah saja.

panorama Melbourne

kasi havoc Melbourne

Cak

4 sekawan

my travel buddy

tourist dari Thailand minta tolong ambilkan gambar

stail apakah

ada cultural event

walaupun sejuk tetap gigih

tarian Bangra pun ada



halal food banyak disini

pose sebelum makanan siap

anti sosial

yeay dah siap makanan kami

pinjam boleh?

sambil jalan kita makan

ajet model

cuaca yang dingin

bersih tau garden di sini

jam ni kalau letak kat dinding pun tak muat

KRU 2020

The Shrine lagi

sini tak ramai pengunjung

pose

cam sukan olimpik pulak

The Shrine

the wall

kreatif

Melbourne Observatory

malam menjelang

war memorial

Kami pun sampai di Malaysia Hall dan Pak Nil pun sudah ada menunggu kami dengan keretanya.

Bila sampai di St. Kilda saja yarabbi sejuknya sampai mencucuk ke tulang tau. Kami kami redah saja sebab nak tengok penguin punya pasal. First time dalam hidup dapat merasa tengok penguin live tau. Siap boleh pegang lagi. Cuma penguin ni dia takut akan flash kamera jadi sukar kami ingin mengambil gambar dengan jelas.

Selesai melihat penguin-penguin comel tu kami terus dibawa berjalan-jalan di sekitar St Kilda. Sempat lah juga menikmati dessert di salah satu kafe di sini sebelum Pak Nil menghantar kami pulang ke hotel. Thanks a bunch Pak Nil. Jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila.

seronok nak pi tengok penguin

angin sangat kuat waktu ni

taarrrraaaaa

yang ni couple kot

terpaksa guna UV torch light untuk tengok penguin

tertekan flash pulak

comel

bawak balik Malaysia boleh tak?

view dari St Kilda

sini pun ramai orang memancing juga

St Kilda Breakwater

ayuh pulang

kereta Pak Nil

sesi mencari kedai dessert

jumpa pun

sedapppppppp

cawan pun boleh jadi lampu

seni

yummyyyyy

ruang kedai

kedai malaysian tu katanya non halal tau

nak ke sini naik tram pun boleh

boleh cuba makan di cake shop ni.

Day 3 kami dah bangun awal pagi sebab hari ini adalah Great Ocean Road Tour. Yeay! Tour ini telah dibooking oleh Pak Nil.

Apa ada di Great Ocean Road? Ok. Great Ocean Road merupakan Warisan Negara Australia dimana ia adalah laluan sepanjang 243 kilometer di sepanjang pantai tenggara Australia antara bandar-bandar Victoria iaitu Torquay dan Allansford. Dulu masa World War 1 jalan ini dibina bagi memperingati anggota tentera yang terbunuh. Kini ia dijadikan salah satu tarikan utama pelancong kerana di sepanjang jalan kita oleh saksikan antaranya The Twelve Apostles iaitu pembentukan batu kapur yang kian terhakis di sepanjang pantai.

Selesai bersiap kami terus ke pantri untuk breakfast ala kadar. Actually opis travel agency yang bawa kami ni dekat aja dengan hotel kami stay. Lokasi di 260 Swanston Street, Melbourne City. Selang beberapa blok sahaja. Bila sampai di depan opis kami lihat dah ada beberapa orang dah tunggu.

Tepat pukul 8.00 pagi tour guide kami terus bawa kami menaiki bas dan terus bergerak.

Oh ye. Lupa nak cerita tentang travel agency ni. Nama company ni Extragreen Holidays. Korang boleh layari web rasmi company ni di http://www.extragreen.com.au/.  Dari pemerhatian saya company ni rasanya chinese company sebab dapat lihat staff di opis semuanya chinese. Actually saya ada buat compare tour package yang ada di sini dan saya tengok harga yang di tawarkan oleh Extragreen Holidays ini lebih berbaloi. Saya kena amik tour package sebab kami tidak menyewa kereta untuk bergerak dan untuk ke Great Ocean Road memerlukan kenderaan. Jadi cara ini adalah yang mudah. Nasihat saya kalau anda nak cari pakej2 seperti ini boleh je nak ambil chinese speaking tour sebab kita bukannya nak dengar sangat tour guide tu bercerita kan. Infact harga dia jauh lebih murah dari english speaking tour. Tour guide tu dah pesan kalau perlukan apa-apa just bagitau dia sahaja sebab dia boleh berbahasa Inggeris juga. Saya ada juga mencari malaysian yang buat tour disana tapi tak jumpa.

pagi-pagi dah terpacak kat sini

the journey begins

Perjalanan untuk ke Great Ocean Road memakan masa dalam 2 jam. Basically tentatif tour ini adalah 

  • Lunch at Apollo Bay(Own Expense) - Apollo Bay is midway along the majestic Great Ocean Road, in the shelter of Cape Otway and on the lowest slopes of the beautiful Otway ranges.
  • The 12 Apostles -Witness the rugged splendor of the famous 12 Apostles, magnificent rock stacks that rise up majestically from the Southern Ocean on Victoria's dramatic coastline.
  • Gibson Steps-Take 86 steps down to the beach below to be dwarfed by the 70-metre high vertical cliff line. Walk along the beach to the enormous offshore rock stacks – Gog and MaGog.
  • Loch Ard Gorge -Stand on top of the cliff and you'll be amazed at the sheer size of the cliffs and the narrow opening out to sea at the Loch Ard Gorge. In rough weather the crashing waves put on quite a show.
stop sekejap kat mana tah

damai ja

kalau hari-hari dapat suasana cam ni best kan

tour guide kami

beautiful

lagi

dan lagi

sejuk wei

morning walk

wajah kesejukan

Bills O Jacks ni tak pasti apa benda

sini tempat wajib ambil gambar

mesra giler bus driver kami

apa yang seronok sangat tu

cantiknya

damai

derusan ombak

Apollo Bay

pekan kecil di Apollo Bay

sejarah Apollo Bay

pokok apa ni ek

bersih

stop makan lunch di sini

tenang aja

sini banyak jual fish n chips

ayuh serbu

pokok paling win

oh noooooo

selautan kambing biri-biri

Gibson Steps area

lengang aja

sepanjang Gibson Steps area

lagi

sila patuhi arahan

give me way ok

recommended tour ini

boleh turun ke bawah

dah nampak the Twelve Apostles

sila ikut laluan yang telah disediakan

sejuk tau time ni

pathway

ingat no plat bas

sampai sudah

checked in

waspada

jalan lagi

kalau nasib baik jumpa haiwan-haiwan ni

jenis rumput

ayuh kita



fefeeling sangat

penuh manusia

The Twelve Apostles

tenang aja bila dapat tengok view ni

sila baca

nak sikit aiskrim tu boleh?

tempat nak naik helikopter 

rehat jap

cuaca sejuk makan aiskrim best tau

this way please

view ini paling saya suka

hujan tetap gigih

spectacular

salah satu hasil hakisan

ramai pelancong masa ni

observation deck

The Twelve Apostles

amazing view

bentuk macam...........

katanya tak sampai 12 apostles dah sebab banyak dah terhakis

cantik kesan hakisan

peace

last stop sebelum pulang ke kota

ayuh turun

keindahan alam

unik

cantik je kesan hakisan

boleh nak bergambar di sini

kami malas nak turun

kami pasti kembali lagi GOR

Lewat petang bergerak pulang ke city dan sampai dalam pukul 8 malam. Kami terus ke Mamak Kopitiam untuk dinner dan selesai dinner terus pulang ke hotel untuk berehat sebab esoknya kami ada trip ke Phillip Islands pula. Kalau nak tahu apa ada di Phillip Island kenalah tunggu episod kisah seterusnya ok.

Till then guys...daaaaa

P/S: Pak Nil dah kembali ke Malaysia dah.....

0 Comments