Pada 17 Jan 2016 saya berkesempatan untuk singgah ke salah satu daya tarikan yang terkenal di Perak iaitu
Kellie's Castle. Ia terletak di Batu Gajah dan jarak dari Exit Simpang Pulai adalah lebih kurang 11 km serta terletak bersebelahan dengan Sungai Raya.
|
Kellie's Castle |
|
jarak antara Kellie's Castle dengan EXIT PLUS Simpang Pulai |
Sebenarnya persinggahan ini tidak dirancang. Saya bersama rakan asalnya dari Taiping untuk menghadiri majlis akad nikah. Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur tiba-tiba kami terdetik untuk singgah ke Kellie's Castle ini. Lagipun kami tidak pernah ke sini lagi. Nama saja orang Perak tapi tak pernah explore apa yang ada dalam negeri...hehehe...
Jadi alang-alang lalu kat Ipoh ni baik kami singgah untuk lihat apa yang ada di sini. Kellie's Castle ini pernah dijadikan lokasi pengambaran filem terbitan KRU Studios iaitu Vikingdom.
Siapakah gerangan Kellie ini? Mengikut sejarah, nama sebenar Kellie ini adalah William Kellie Smith yang berasal dari Scotland. Beliau telah tiba di Malaya ketika itu sebagai civil engineer. Istana lama ini katanya digelar Taj Mahal Malaya kerana ia dibina atas dasar kasih sayang untuk isteri beliau, Agnes.
Kalau nak cerita sejarah kisah Kellie's Castle ni memang panjang tau. Kalau anda yang minat nak tahu lebih lanjut tentang kisah ini boleh baca di Kellie's Castle Wikipedia, Kisah Kellie's Castle, AttractionsMalaysia atau Malaysia.Travel.
Bagi anda yang suka ambil gambar atau nak buat photoshoot di tempat ini memang sesuai sekali. Pasti gambar anda AWESOME!
Cuma bagi pendapat saya Kellie's Castle ni boleh ditambah baik dari segi pelbagaikan tarikannya. Mungkin boleh dibina cafe-cafe di sepanjang Sungai Raya supaya boleh dijadikan tempat lepak best warga kota. Dengan kos pembaikan yang telah menelan belanja berjuta-juta ringgit dengan entrance fee dikenakan kepada setiap pengunjung saya rasa tidak berbaloi dengan apa yang di tawarkan oleh tempat ini. Saya lihat banyak najis lembu berserakan di sekitar istana lama ini. Pihak pelancongan Perak khususnya harus lebih kreatif untuk menarik minat orang ramai untuk datang dan menghargai tempat-tempat sebegini. Biar orang yang datang rasa berbaloi dengan apa yang dibayar kan. Sekadar pendapat saya saja.
Baiklah. Saya tinggalkan anda dengan foto-foto yang sempat saya ambil melalu lensa kamera saya.
Till then....daaaaa...
P/S: Katanya istana ini pernah dibina lift dan merupakan lift pertama di Malaya ketika itu. Allahualam.
5 Comments
Miera pernah ke sana dan memang suka tempat macam ini... nasib baik tak serempak dengan yang ganjil... anak saudara pernah cerita dia dan kawan mereka (2 orang lagi) ke Kellies Castle dekat time maghrib pulang, dan singgah di kedai makan hampiran apabila ada orang cina buta menghampiri mereka , tunjuk jari kepada salah satu kawannya dan suruh mereka balik Kellies Castle , kerana orang yang mengikut itu bukan kawan mereka.... Apabila mereka balik ke Kellies castle, orang yang di tunjuk itu pun bergesa2 keluar kereta dan sekejap lagi balik kereta itu... perkataan yang di sebut " Kenapa awak orang tinggalkan saya di sini tadi...."
ReplyDeleteuiii...gerun pulak dengar...patutlah saya ada dengar kisah mistik cam ni. even mak saya pun pernah kata tak tidor malamlah saya kalau pi sana.
ReplyDeleteIt's been a while since I last visited Kellie's Castle. I can see quite a number of changes and upgrades already. Now they even charge for parking.
ReplyDeleteFeel like want to visit to Kellie's castle after reading your post. Never been there before.
ReplyDeleteThe place looks really vast and what a lovely scenery! Have never been there but it does look really good. What a stunning place.
ReplyDelete