Segmen Makan Di Mana? Restoran Munif Hijjaz Papero, Shah Alam

Salam REEFISM semua...

Pada 21 November 2015 saya telah berpeluang ke Restoran Munif Hijjaz Papero di Sesyen 13, Shah Alam.

Saya pergi bersama famili kakak saya dan kawan saya. Kenapa saya ke sini? Lately ni dekat Facebook ramai orang post pasal kedai ni. Jadi macam nak cuba pulak makan kat sini. Lagipun saya dah lama tak bawak anak-anak buah saya keluar makan. Memandangkan saya betul-betul free tu yang bawak diorg keluar makan.

Lokasi dia betul2 opposite Restoran Tupai-Tupai Shah Alam dan bersebelahan dengan kedai steamboat. Alamat tepat di :

Sri Acappella, No 1 Jalan Lompat Tinggi 13/33 Seksyen 13, 
Shah Alam. 

pandangan dari depan kedai

grill of fried?

inilah kedainya

no meja

ini ruang makan di dalam


Dekat Seksyen 13 Shah Alam ni actually banyak kedai-kedai makan. Banyak sangat pilihan.

Restoran Munif Hijjaz Papero ini hanya menyediakan menu makanan Arab dan Western sahaja. Jadi kalau nak makan nasi goreng kampung ke atau Char Kue Teow ke memang takde ye. Jangan pulak pi maki tukang amik order nanti. Hehehehehe....

sabar ye makanan odw

kita susu dulu.......

majuk ke?

wajah tak sabar nak makan

highlight dalam suratkhabar

diorg ada jual produk kopi juga

pipi cam pau

asyik ngan susu sajok

sebelum makan belajar dulu

fikir masa depan ke dik?

Saya order Spagethi Bolognese tapi malangnya spagethinya terlebih rebus. Jadi bila makan tak enjoy sangat. Kopi Ais Kaw dia sedap cuma manis sikit. Kakak saya dan kawan saya order Grilled Chicken Chop manakala abang ipar saya order Lamb Chop. Saya tengok licin pinggan diorg. Sedap la kot.....Hehehehehe....

senarai menu

grilled chicken chop

Lamb chop

spagethi bolognese. kuah dah ok dah cuma spagethinya terlebih rebus so jadi kembang

menu kanak-kanak

chicken nugget


kalau bulan puasa tgk ni goyah iman


kopi ais kaw katanya


Personally saya bolehlah nak rekomen anda mencuba tapi tidaklah highly recommended. Ruang kedai dia agak terhad. Kalau tidak mahu makan indoor boleh juga makan outdoor. Harga adalah berpatutan. Kalau ada peluang saya nak mencuba nasi arab pulak.

Anda boleh layari Facebook Page Restoran Munif Hijjaz Papero Shah Alam ini di https://www.facebook.com/munifhijjazpapero/ atau klik saja website rasmi diorg di https://www.munifhijjaz.com/restoran.

Selamat mencuba.

Till then guys...daaaa

Restoran Munif Hijjaz Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

0 Comments