Siri Eksplorasi Dunia 2013 (UK dan EROPAH) - Intro

amsterdam, backpack, backpacker, bajet, eropah, Malaysia Airlines, melancong, paris, prague, rome, throwback, trip, uk, vacitan city,

Salam REEFISM semua. Kabarewa? Warasssss hendaknya. Kalau tak waras jangan baca belog saya...hahahaha....gurau2 sajok. Anda semua mestilah waras dan fabulous kan? Barulah REEFISM....Yeay...

Dikesempatan ini saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua REEFISM. Have a wonderful moment ye....

Oklah....malas nak melalut lama2 sebab saya dah tak sabar nak cerita sal #throwback trip saya yang kali ini. Entri kali ini agak SPECIAL bagi saya sebab trip kali ini telah saya plan lama iaitu lebih kurang 2 tahun perancangan . Lama ke idok plannya??? Segala penat lelah saya mengharungi cabaran dan dugaan dalam memastikan impian sejak kecil ini menjadi kenyataan dan berbaloi sangat2. Alhamdulillah syukur sangat pada Allah SWT sebab bagi saya peluang yang sangat berharga untuk meneroka alam ciptaan Nya.

Trip yang memakan belanja lebih kurang RM10k (termasuk belanja tau) ini adalah merupakan Siri Eksplorasi Dunia ke 5 bandar utama di Benua Eropah.

Bila saya cakap saya nak travel ke bandar-bandar ini ramai yang tak percaya dan terkejut. Even saya pun terkejut dan tak sangka. Yelah....kalau ikutkan mana mampu nak travel ke sana kan...tapi saya fikir bila lagi nak merasa kalau tidak memulakan langkah. Sebab itu lah saya amik masa 2 tahun untuk plan betul2. Kalau saya tak pergi sekarang bila lagi saya nak pi kan? Maka saya tekadkan diri untuk sahut cabaran yang saya pasti boleh jejak ke sana.

Kebetulan masa tu Malaysia Airlines ada buat sales dan duit saya dah cukup la untuk buat backpack trip so tanpa berlengah saya terus book tiket one way dulu ke LONDON. Hari yang sama saya cerita kat kawan saya sorang ni yang saya dah beli tiket so dia pun excited sama dan terus beli tiket jugak. Thanks a bunch to my loyal travel buddy yang sudi follow saya ke mana saja destinasi yang saya nak pi. The next day nye kitorg baru beli tiket balik ke Malaysia via Amsterdam. Tapi masa tu tak finalize lagi nak cover mana in between sebab banyak sangat bandar yang menjadi idaman kan. Lepas fikir punya fikir termasuklah tanya kawan2 yang pernah travel ke Eropah ni maka lastly kitorg pilih route ini:

KL-LONDON-PARIS-ROME dan VACITAN CITY-PRAGUE-AMSTERDAM-KL

Masa tiket ini dibeli kami ada masa 6 bulan sebelum tarikh berlepas so masa itulah saya dok studi sal attractions setiap destinasi dan juga survey2 hotel yang sesuai dan murah serta connecting flights yang murah. Saya pun tak percaya yang semua urusan dari A to Z saya uruskan sendiri. Kira gamble je masa tu.

Trip ini telah berlangsung selama 16 hari bermula 24 Mei 2013 sampai 8 Jun 2013. Kebetulan masa tu nilai currency adalah 1 Pound = RM5.50 dan 1 EURO= RM3.99 so memang cantiklah nak travel ke sanakan.

Untuk teaser saya hadiahkan sedikit gambar-gambar semasa di sana tapi sikit ja tau. Barulah suspen....hik3
Buckingham Palace, London


Royal Albert Hall, London


London Bridge is falling down


landmark Paris, Eiffel Tower


Pantheon, Paris


fascinating view dari Eiffel Tower,


Arc de Triomphe, Paris


Disneyland Paris


Colosseum, Rome


Trevi Fountain, Rome


dalam Vatican City


Pantheon di Rome


Prague Astronomical Clock, Old Town Square di Prague


1938-1945 War Memorial, Klarov Square di Prague


ni lupa nama building ni di Prague


baru lepas tonton orkhestra show di Prague


National Monument di area Dam Square, Amsterdam


I am Amsterdam


naik canal cruise di Amsterdam city


amsterdam, backpack, backpacker, bajet, eropah, Malaysia Airlines, melancong, paris, prague, rome, throwback, trip, uk, vacitan city,
Zaanse Schans Windmill Village, Amsterdam


Oklah...itulah serba sedikit mukadimah tercetusnya plan nak ke UK dan Eropah ni. Untuk entri akan datang saya akan start dengan trip di London dulu ya..Sabar dan tunggggggguuuuuuuu...

Till then guys....daaaaaa

P/S: Biarlah orang nak kata saya poyo ka atau jakun ka sebab yang pasti saya bekerja keras untuk capai impian saya travel ke sana. Semua impian bermula dengan berangan. Jadi tak salah untuk berangan sebab dengan berangan kita akan cuba untuk menjadikannya REALITI.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY

2 Comments

  1. Keep it up Reef. Niat untuk share experience and tips buat bakal traveler out there.
    Insyallah, dipermudahkan :)

    Good stuff!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maceh cik pora....Insha Allah...sama2 kita support each other...

      Delete