Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat sajok. Saya masih lagi cuba menyiapkan entri2 tertunggak. Sementara cuba mendapat ilham, saya nak share dengan anda semua tentang satu lagu ni.
Baru-baru ini saya terdengar satu lagu dari penyanyi keluaran Akademi Fantasia iaitu Kaer Azami. Saya terus jatuh cinta dengan lagu itu. Pemilik nama Wan Mohammad Khair bin Wan Azami Hamzah ini telah lama menyepi disebabkan sibuk dengan bidang fesyen.
Sumber Google |
Lagu pembunuh beliau, Izinku Pergi telah menjadi fenomena suatu ketika dulu dan berjaya melonjak nama beliau di persada seni tanahair.
Anak kelahiran Petaling Jaya ini kembali dengan taruhan terbaru beliau, Andai. Wow...lagu Andai sangat best tau. Bila saya dengar lagu tu saya terus dibuai mimpi dan juga lirik lagu nya benar-benar menyentuh hati. Lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Abie Abdullah memang lagu yang indah. Ternyata kolaborasi bersama Kaer menjadi. Lagu itu buat saya terus meremang bulu roma bila dengar. Anda hayati lagu ini dan anda pasti bersetuju dengan saya.
Saya sertakan lirik lagu serta MV Official dari beliau.
Lirik Lagu Andai-Kaer Azami
Tidak pernah ku sesali merindui begini
Masih jelas sehingga kini
Walau tak lagi disisi
Aku mahu dikau tahu ketulusan cintamu
Satu keindahan rasa dikalbu tersimpan dalam hayatku
Namun hatiku redha,
Ketentuan yang esa
Jodoh bukan milik kita
Untuk melayari cinta...
Andai ada waktu
andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu
Untuk dia dan aku
Aku perlu menerima
Pasrah dengan segalanya
Biarpun makin lemah denyut jiwa
Melihat kau membawa hati ini bersamanya,
Hmm...
Bahagialah kau cinta
Kasih sampi ke syurga
Walau diriku bukanlah pilihan
Kau tetap dijiwaku
Namun hatiku redha
Ketentuan yang esa
Jodoh bukan milik kita
Untuk melayari cinta haaa...
Andai ada waktu
Andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu
Untuk dia dan aku
Aku perlu menerima
Pasrah dengan segalanya
Biarpun makin lemah denyut jiwa
melihat kau membawa hati ini....
Oh tuhan kuatkanlah hatiku ini
Untuk meniti hari-hari tanpanya disisi
Berikan petunjuk mu...
Andai ada waktu
Andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu
Untuk dia dan aku
Aku perlu menerima
Pasrah dengan segalanya
Biarpun makin lemah denyut jiwa
melihat kau membawa hati ini bersamanya…
Hmm...
Personally saya suka cara beliau menjalani kehidupan sebagai selebriti. Bebas kontroversi.
Ok guys...Layannnnnn.....
Till then daaaa....
P/S: Coming up very soon....Paris 2013 #throwback trip
#REEFISM #REEFISMTERRITORY
#REEFISM #REEFISMTERRITORY
0 Comments