LOVELY LONDON - Siri Eksplorasi Dunia 2013 (UK dan EROPAH)


Salam REEFISM semua. Apa khabar orang kampung semua?hihihi...semoga REEFISM hebat-hebat belaka. #sayangidirimu

Now saya terus proceed ke story yang dijanjikan. Terimalah kisah #throwback trip saya ke LONDON 2013. (Sila sediakan popcorn dan secangkir kopi ye sambil membaca).

Oklah. Hari yang ditunggu telah pun tiba. Tarikh 24 Mei 2013 (Jumaat) menjadi tarikh keramat buat saya sebab buat pertama kalinya saya akan menjejakkan kaki ke tanah Britain. Yeay!!! Masa itu perasan excited saya tak dapat digambarkan dengan kata-kata...Chewahhh...

Flight kami berlepas tepat jam 10 pagi di KLIA. Kitorg naik Malaysia Airlines AIRBUS 380 yang dua tingkat tu (masa tu MAS baru ja beli Airbus tu) so merasalah naik....hihihihi.... Kitorg naik Malaysia Airlines sebab dia direct flight so jimat masa skit.

selamat menempuh 12 jam perjalanan

sibuk naw mamat saleh ni

Penerbangan mengambil masa 12 jam jugak la so sepanjang dalam flight kerja saya makan, tido, sembang, toilet...hahahaha...kebetulan seat sebelah saya adalah seorang mamat melayu ni. Saya sembang2 ngan dia jugaklah. Katanya dia dari Kelana Jaya dan pi London sebab nak melawat adik dia yang belajar kat sana. Bestkan kalau ada sedara ka kawan ka kat UK tu. Jimat tempat tinggal dan makan...hahaha.....Alhamdullilah dalam pukul 4.30pm (local time dan masa tu hari Jumaat jugak) kitrg selamat touched down Heathrow International Airport.

kekdah baru layan aiskrim

mewah kan MAS nye meal

Ramai orang kata imigresen UK sangat tegas sampai ada yang kata diorg tanya duit cash bawak banyak mana la, ada credit card ka tidak la. Masa beratur tu saya nebes la jugak tapi saya buat cool dan rileks saja. Bila sampai ja turn saya dan travel buddy saya dia tanya saya satu ja soalan iaitu 'Is it your first time to LONDON?' dan saya just jawab 'YES my first time' sambil senyum. Itu ja dan dia terus cop passport. Tak sampai 5 minit pun settle. Actually semua bergantung kepada LUCK masing2 kan. Ada yang dapat officer yang baik dan ada nasib dapat OFFICER yang datang bulan. Janji kita confident jawab dan senyum sajok kat officer tu (standby jela any supporting documents macam Flight Itinerary balik Malaysia, alamat hotel yang dah booked dan cash yang cukup sepanjang stay kat sana).

Pas amik beg kitaorg terus keluar dan cari tube station diorg untuk ke city (tube train di Heathrow Airport adalah Picadilly line). FYI saya dah beli siap2 via online VISITOR OYSTER CARD so sampai2 saya leh terus guna. Apa itu OYSTER CARD?


Tiket elektronik yang digunakan pada pengangkutan awam di London, United Kingdom. Ia adalah digalakkan oleh Transport for London dan sah pada mod perjalanan di seluruh London termasuk London Underground, London Bus, Docklands Light Railway (DLR), London Overground , trem, beberapa perkhidmatan bot sungai dan perkhidmatan National Rail dalam zon tambang London. (Sumber Wikipedia)

inilah Oyster card tapi saya beli VISITOR OYSTER CARD

ini VISITOR OYSTER CARD. Gambar kad mungkin berbeza dari masa ke masa sebab time saya beli gambar kad lain)

Kiranya Oyster Card ni macam Touch n Go la kat Malaysia. Visitor Oyster Card dan Oyster Card tak sama tau sebab Visitor Oyster Card hanya boleh di dapati secara online serta hanya untuk pelancong luar sahaja. Kalau korang nak beli online boleh je layari web visitbritainshop.com (web ini juga ada jual pelbagai tiket macam Madame Tussauds dan Eye of London). Kalau anda yang nak stay kurang 7 hari di London bolehlah nak beli VISITOR OYSTER CARD ni. Apa yang best pasal kad ini adalah korang boleh dapat diskaun tau untuk selected retailers dan tiada expiry date untuk kad ini. Boleh lah nak guna sampai lebam...hahahaha...Untuk budak-budak di bawah umur 11 tahun boleh travel free tau. Syaratnya seorang dewasa (16 tahun ke atas) yang ada kad ini boleh bawak up to 4 orang kanak-kanak. Bagi kanak-kanak umur antara 12 tahun hingga 15 tahun bolehlah nak apply YOUNG VISITOR privillage (half price fares) di mana-mana kaunter tiket di Tube station (T&C apply).

Kalau sesiapa nak stay sana dalam 1 minggu boleh cuba beli 7days Travelcard. Dia macam tourist day pass la so boleh guna unlimited rides untuk public transport sana (sila google untuk info sal Travelcard tu ye).

ini rupa Travelcard tu

Ok. Cukup pasal kad2 ini, now saya nak cerita skit tentang area2 di London ini. Jaringan pengangkutan awam di London terbahagi kepada Zone 1 sampai Zone 9. Kalau center of London (termasuk most major attractions) berada dalam Zone 1 hingga Zone 2 (Heathrow Airport berada dalam Zone 6).

actually train map dia nampak je complicated tapi sebenarnya sangat senang faham

Ada banyak websites saya refer sebelum travel ke sini. Antaranya adalah visitlondon.com dan visitbritain.com untuk mencari info seperti kalendar pelancongan tahunan diorg dan juga any latest event dan promotion di sana (web Tripadvisor juga sangat membantu saya).

Journey dari Heathrow Airport ke area kitorg stay tu dalam 1 jam via tube train. Kitorang turun dekat stesen Embankment dan terus cari hotel dulu (actually kitorg boleh je turun dekat Temple station sebab jarak cuma 5 minit jalan kaki je ke hotel).

on the way ke city

Saya booked hotel tu betul2 sebelah Someset House (opposite Lyceum Theater yg pentaskan The Lion King). Nama hotel tu Strand Continental Hotel located dekat area Strand. Hotel bajet sajok tapi lokasi dia strategik sangat sebab sebelah Thames River dan dekat dengan Trafalgar Square dan Covent Garden (10 minit jalan camtu). Korang leh layari web diorang di http://www.strand-continental.co.uk/ untuk details. Kitorg booked via booking.com untuk 3 malam cuma 162 Pound (untuk dua orang) termasuk breakfast tau. Jimat....hahahaha...(personally saya suka hotel ini kecuali toilet dia jelah sempit dan hotel tiada lif).

inilah hotel kami sepanjang stay di LONDON

Pas setel check in (staff di kaunter hotel sangat friendly tau) kitorg letak barang jap dan terus keluar merokok sambil usha-usha kawasan sekitar. Kitrg lepak dekat Covent Garden Comedy Point (betul2 dekat Temple station) untuk tengok panorama sungai Thames. Sekejap je lepak situ. Terus balik ke hotel untuk rehat2 jap. Baring punya baring tetiba terlena sampai pagi tau sebab jet leg nye pasal. Janji nak jumpa kawan Facebook yang kebetulan travel time yang sama pun tak sempat. Sorry ye Hafisss sebab call banyak kali masa tu. So basically itulah aktiviti Day 1 saya di London.

Saint Mary le Strand Church

area Covent Garden Comedy Point

melihat panorama sungai Thames

Covent Garden Comedy Point

layan rokok jap sebab sejuk

entrance Somerset House

posing cara kesejukan

Day 2 memang ditunggu-tunggu tau sebab untuk pertama kalinya saya akan explore Kota London uolsss. Kitorg bangun agak awal sebab time tu kol 4.30 pagi dah cerah uolllsss. Kitorg siap2 dan turun dalam kol 6.30 pagi ingat nak breakfast tapi breakfast tak siap lagi. So kitrog amik morning walk jap kat sepanjang Waterloo Bridge sambil tgk view. Masa tu kenderaan dan manusia tak ramai sebab awal pagi sangat kot. Time tu memang sejuk giler terasa sampai ke tulang. Pas dah jalan2 usha2 kawasan sekitar kitorg balik ke hotel untuk breakfast.

building kaca tu pawagam BFI IMAX

area Waterloo Bridge

style kan kontena tu

Waterloo Bridge dan viewnya

Settle breakfast kitorg memulakan langkah dengan menuju ke Trafalgar Square. Tak jauh pun...Dalam 10 minit jalan kaki dah sampai. Sepanjang perjalanan tu kitorg tengok ada ramai juga homeless tido kat tepi2 shoplot. Dekat area Trafalgar Square ada attractions cam National Gallery dan Horse Guards Parade. 


awal kitrg keluar sebab kedai pun tak bukak lagi

 The National Gallery

Trafalgar Square

time kitorg datang penuh pagar keliling

pose pose

indahnya pagi di sini

landmark di Trafalgar Square

Trafalgar Square

lupa nama tempat ni

Malaysia Truly Asia katanya....

diorg ni tak penat ke berdiri sepanjang hari

time ni mamat tu nak tergelak tau tapi dia cover2

tempat main kuda

Setel area Trafalgar Square kitarg terus proceed menapak ke area Palace of Westminster sebab disitulah ada mercu tanda London iaitu Big Ben dan Houses of Parliament (London Eye pun disitu juga). Masa amik gambar kat belakang Big Ben tu hanya Allah je yang tahu perasaan gembira saya ketika itu. Yelah...meks dah ada bukti sampai London uollsss....hahahaha....

sepanjang jalan ke Big Ben

Yeay dah sampai

area Big Ben

oh Ben Besar...Ben Nathan di manakah?

landmark di area Big Ben

amsterdam, backpack, backpacker, bajet, eropah, Malaysia Airlines, melancong, paris, prague, rome, throwback, trip, uk, vacitan city,
i was here...hahaha...

area Houses of Parliament

lagi

dan lagi

backpack, backpacker, bajet, big ben, London, notting hill, portobello market, throwback, travel, traveller, uk,
pose lagi

cantik naw rumputnya

sila berdiri pada garisan

Lepas tu kitorg terus jalan kaki lagi untuk menuju ke Buckingham Palace area. Untuk pengetahuan semua Buckingham Palace ni dekat jer dengan Hard Rock London (macam biasa HRC London kitrg singgah sebab travel buddy saya ni gilo HRC). Apa yang mengagumkan saya ialah boleh dikatakan main attractions di London semua dekat antara satu sama lain. Itu yang best tu.

ni saya lupa tempat apa tapi beratur punyalah panjang

sepanjang jalan menuju ke Buckingham Palace

sini banyak tugu tau

time ni takde perarakan lagi

Buckingham Palace area

backpack, backpacker, bajet, big ben, London, notting hill, portobello market, throwback, travel, traveller, uk,
tempat wajib amik gambar

Victoria Memorial

backpack, backpacker, bajet, big ben, London, notting hill, portobello market, throwback, travel, traveller, uk,
ku abadikan kenangan disini...chewah.....

Malaya

area sini banyak tugu negara-negara luar

ini rasanya senarai nama masa perang dulu

area War Memorial

lagi

ni tak silap Wellington Memorial

Hard Rock Cafe kat area belakang tu sajok

Setel di area Buckingham Palace kitrg jalan lagi menuju ke Harrods. Harrods ni adalah upmarket department store located di Brompton Rd dekat area Knightsbridge. Harrods ni memang meriah uols. Kalau ke London wajib ke sini katanya (nowadays ramai jugak orang pi Primark di sana). Bangunan dia memang klasik sangat. Cuma bagi saya kualiti barang dia so-so sajok.

kitorg lalu saja di sini

tak masuk pun

layan street music

sampai sudah

penyambut tetamu

Setel shopping ala kadar kitorg terus ke Royal Albert Hall pulak. Saja nak tengok tempat Dato Siti Nurhaliza pernah buat konsert. Memang kelas dan berprestij tau bila tengok building dia.

Royal Albert Hall


Pas tu terus masuk ke dalam Hyde Park sebab nak cross ke area Malaysian Hall di area Bayswater. Sesiapa nak pi Malaysia Hall via train just turun dekat Bayswater station (nak turun kat Queensway station pun boleh).

Hyde Park

landmark dalam Hyde Park

lovely couple

Bayswater area

depan Columbia Hotel

Malaysia Hall

Tengahari kitorg makan di Restoran Tukdin dekat Craven Rd (dalam 7 minit jalan dari Malaysia Hall). Review sal Tukdin? mmmmm....biasa je kot. Actually memang tema hari tu banyak jalan kaki sebab nak betul2 explore kawasan. Tak penat pun sebab cuaca walaupun cerah tapi windy so tak basah cik keti.....hihihihi....sampai lewat petang kitarg terus pulang ke hotel. Kitorg dinner di hotel saja sebab kebetulan dekat hotel tu ada Indian Restaurant so kitorg order Roti Naan sajok.

Day 3 kitorg dah plan pagi nak ke Madame Tussauds yang terletak di Marylebone Rd. Tiket saya dah beli siap2 via online (boleh layari web diorg di https://www.madametussauds.com/London/ untuk info lanjut). Untuk ke Madame Tussauds just nak train dan turun di Baker Street station. Keluar-keluar station dah nampak bangunan dia sebelah kiri. Kitorg adalah orang pertama yang masuk ke dalam Madame Tussauds tu (excited temanya). Madame Tussauds di London lain tau sebab dia macam mini indoor theme park. Berbaloi tau.

wajah ceria pagi hari

ini dekat luar bangunan

masuk2 je terus nampak ni

jumpa abam angkat jap

nape patung tu terbeliak mata...

terserempak pulak bekas kekasih ke 43

uiiii...pakai odorono lain kali.....

yang tengah tu bukan patung

Fenomena

sapa presiden ni???


tido ke dengar lagu???

berbaloi masuk sini



moh kita ke Notting Hill pulak

Setel di Madame Tussauds kitorg terus shoot ke Portobello Green Market di area Notting Hill. Apa itu Portobello Market? Basically it is London famous vintage & fashion market. Dia hanya bukak pada Friday sampai Sunday dari 7am sampai 6pm. Anda akan teruja dengan barang2 yang diorang jual. Saya sempatlah grab satu beg kulit (ada kisah sedih sal beg tu tau nanti saya cerita pada entri trip di Prague). Tawar punya tawar dapatlah beli harga 40 Pound. Saya juga beli CD lagu-lagu jazz pada harga 10 Pound sajok. Opposite market tu ada kedai Malaysia tau. Restoran Makan namanya. Kitorg just lunch kat situ sajok. Personal review pasal Restoran Makan? Makanan dia better than Tukdin tapi hospitality dia so-so sajok. Untuk ke sini just naik underground tube train turun di Landbroke Grove station.

kaunter restoran Makan

depan kedai

depan kedai

Market ni best sangat

beg ini dalam kenangan


turun kat stesen ni tau kalau nak ke Portobello Market


Selesai di Portobello Market kitorg terus menuju ke area Tower of London sebab disitu lah adanya London Bridge. Kalau nak ke sini just naik train turun di Tower Hill station pastu menapak skit ja dah sampai. Setel di London Bridge terus bergerak jalan kaki untuk ke stesen Bank sebab on the way tu nak singgah ke satu lagi attraction iaitu The Monument (juga dikenali sebagai Monument to the Great Fire of London). Kalau nak kesini boleh juga turun kat stesen Monument.

area Tower Hill

Tower of London

Trinity Square Gardens

jalan depan tu dah sampai Tower of London

ramai tau manusia di sini

lagi

kat dalam tu ada tour tau

Oh London Bridge

dan lagi

susah tau nak amik gambar kat sini sebab orang ramai lalu lalang

The Monument

The Monument


kasi can lah amik gambar



St Paul Cathedral area

Queen Anne Statue

lagi

time ni penuh orang berjemur

dan lagi

ramai budak muda sebab dekat dengan kolej

cuaca time ni memang best
Temple Bar area

Dari stesen Bank kita terus ke Oxford Street untuk usha2 apa boleh dibeli disana (naik train turun di Oxford Circus station). Yeay...shopping time lagi....hahahaha.... Oxford Street sangat terkenal sebagai fashion street dan banyak label2 pakaian sepanjang jalan tu macam H&M dan Zara. Kebetulan masa tu ada summer sales so memang murah lah compare dengan harga di Malaysia (bayangkan seluar jeans di H&M cuma 10 Pound sajok).

Oxford Street

masa untuk shopping

ramai orang kat Oxford Street ni

Day 4 kitorg just ready nak check out dalam pukul 10.00 pagi. Sekejap je masa berlalu. Kitorg akan bergerak menuju ke destinasi seterusnya iaitu PARIS, FRANCE. Kitorg ke Paris menaiki train EUROSTAR (bullet train yang lalu bawah laut) so kitaorg kena pi ke St Pancras Railway Station. Kami amik EUROSTAR train ke PARIS pukul 2.00 petang dan tiket memang sudah dibeli siap2 via online (sila layari http://www.eurostar.com/uk-en untuk booking dan info pasal EUROSTAR ni tau). Masa tu saya beli hanya 132 USD untuk 2 orang (one way ticket). Untuk ke St Pancras station pulak kitorg amik train dari Embankment station terus ke King Cross station. Masa betul2 jeles ngan iolsss... rasa cepat sangat masa berlalu. 4 hari (24 Mei 2013 sampai 27 Mei 2013) rasa tak cukup nak jelajah satu London.

bye London till we meet again

view depan hotel

Lyceum Theatre

Honestly, everybody loves LONDON including me. Kota metropolitan itu menjanjikan lebih dari sekadar Big City. Orang tempatan yang friendly dan outspoken (diorg akan tegur direct tau kalau tak suka atau kita buat sesuatu yang salah) sebab masa kitorg tengah makan di satu restoran ada satu group ni sembang kuat giler dan tetiba meja sebelah dia tegur suruh diam sebab menganggu pelanggan lain dan suprisingly diorg admit salah diorg dan diam tau. Kalau kat Malaysia confirm kena sound balik.

Bangunan-bangunan lama masih utuh dijaga dan dipelihara. Panorama kota waktu siang atau malam memang AWESOME dan AMAZING. Cuma saya tidak explore midnight life mereka sebab memang sebelum pukul 10 malam kami sudah berada di hotel (faktor keselamatan diri di negara orang). Cuma yang saya kesalkan sepanjang di sana hanyalah sikap warga Malaysia yang kita ketemu yang agak kekwat dan sombong. Entahlah kenapa mereka begitu saya kurang pasti. Hanya mereka bisa menjawabnya. Cuaca ketika kami disana (musim summer) seperti merestui kedatangan kami. Kalau anda tanya saya nak pi lagi ke LONDON ni? Satu ja jawapan saya, YES!!

Nantikan next entry saya pasal #throwback trip ke Paris 2013 yang berlangsung dari 27 Mei 2013 hingga 30 Mei 2013 (4 hari) pulak ye.

Till then guys..daaaaa.


P/S: Kalau ada rezeki saya nak buat jelajah United Kingdom (Great Britain, Wales, Scotland). Doakan saya ye..Maceh...

P/S: Waktu puncak (peak time) bagi train di London adalah 6.30am -9.30am dan 4.00pm-7.00pm (Monday to Friday). Selain waktu itu adalah off peak time. Jadi korang boleh rancang journey korang.

P/S: Saya tak naik public bus sebab masa tu tak pandai...hihihi.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY

0 Comments