Bangkok Trip 2012 - Sawadeekap

Salam semua REEFISM.

Minggu yang agak stress dengan kes jerebu yang melanda Malaysia kini. Hopefully anda semua tak stress sangat dan jaga kesihatan ok. Sebelum itu masih tak terlewat rasanya untuk saya wish Selamat Hari Malaysia. Semoga negara kita terus aman sejahtera. #sehatisejiwa

Oklah. Entri kali ini saya nak share pasal #throwback trip ke Bangkok tahun 2012. Kiranya ini adalah kali kedua saya bertandang ke bandar ini. Kali pertama dengan adik saya (sila rujuk di sini untuk cerita trip terdahulu). Jadi sebab apa kali kedua pulak??apa yang best sangat Bangkok di mata saya???nanti saya story the mory ye...

Bangkok ni actually antara bandar yang top dari segi pelancongan tau. Tripadvisor voted Bangkok ranking ke 18 dari 25 bandar kategori Travellers Choice Destination 2015 manakala CNN pulak menyenaraikan Bangkok di tempat kedua untuk kategori Top 10 Destination Cities for 2015. Jadi sememangnya ada sesuatu yang menarik minat pelancong dunia untuk travel ke Bangkok termasuklah saya.

Memandangkan trip terdahulu tidak puas jelajah pelusuk bandar Bangkok yang penuh dengan seribu satu daya tarikannya, jadi trip kali ni saya pergi lagi dan kali ini bersama travel buddy saya.

Trip ke Bangkok dulu saya naik train pergi dan balik tapi kali ni kita tukar angin sikit...pergi naik Airasia dan balik baru naik train sebab nak jimat masa dan boleh explore Bangkok lama skit...Time is Golden katanya..hahaha..


view indah

owh Bangkok...can't wait to see you.....

Siri Eksplorasi Bangkok ni berlaku pada 21hb sampai 24hb Dec 2012 (4 hari).

Untuk penginapan sepanjang trip ini kami stay dekat B.U Place Hotel n Residence yang terletak di area Dindaeng (boleh layari web hotel ini di http://www.buplace.com/ untuk details)Actually hotel ni saya book melalui groupon.my sebab kebetulan diorg ada buat promotion untuk Superior Studio Room for 2 pax cuma RM279 sajok...Murah bangat!!!! (Kadang2 promo hotel dekat groupon pun menarik tau so kena rajin belek2 la)


Hey Santa...


Ruang depan hotel


lobi hotel


hotel reception counter


hotel ada swimming pool tapi takde orang berenang


Untuk Day 1 di Bangkok kami hanya Free and Easy sajok. Sampai ja Dong Mueng Airport dan setelkan urusan imigresen dan luggage kitorg terus keluar cari taxi. Kitaorg amik taxi dekat kaunter depan Arrival Hall. Kebetulan company tu ada buat tour packages so kitorg pun belek2 dan terminat dengan Day Trip ke Floating Market. Deal punya deal so lastly kitorg amik tour tu untuk next day nye. Harga dia tak ingat la tapi tak mahal mana pun.

Taxi pun hantar terus ke hotel dan kitrg terus check in. Kitorg rehat2 jap sebelum keluar balik ke city. Kebetulan hotel tu ada sediakan servis shuttle van ke nearest MRT station so senang kitorg nak gerak. Hotel ni takla strategik sangat tapi saya suka sebab diorg sediakan shuttle van untuk kemudahan guest yang menginap di situ. Staff pun sangat2 friendly. One more thing tentang hotel ni keliling dia banyak tuk tuk dan tepi hotel ada kedai 24 jam. Senang skit kalau tetiba lapar tengah2 malam kan...


sini tempat shuttle van amik turun hotel guest


opposite tempat turun amik guest via shuttle van


kali ni pergi pun time musim X-mas


comey

Day 2 adalah day trip ke Damnoen Saduak Floating Market yang terletak di kawasan Rachaburi. FYI, Damnoen Saduak ni adalah antara floating market yang popular di Bangkok (Bangkok ada banyak floating market tau). Jarak dari Bangkok adalah lebih kurang 100km dan journey mengambil masa dalam 2 jam tau. Van yang bawak kitorg datang pick up agak awal dalam kol 6 pagi camtu sebab nak amik ramai orang lagi dekat hotel2 lain. Tour yang kitorg amik ni cover area Floating Market, Elephant Village dan Royal Thai-Handicraft Center. Basically floating market kat mana2 pun sama saja...They sell fresh products dan kawasan sekitar jual souviner bagai. Bagi sesiapa nak merasa naik boat dan experience suasana di situ bolehlah mencuba.


entrance floating market


sila tunggu turn ye


ok now its my turn....


ku susuri sungai ini


beautiful family


taaaa daaaaa....


sepanjang sungai di Damnoen Saduak


lagi


amboi makcik...buat pe tewwww


kuat makcik ni dayung sampan kan...gigih....


ok dah sampai jeti


amboi kak awat cekak pinggang tu????


kawasan sekitar Damnoen Saduak


sini ada gerai makanan halal tau


Malaysian Favourite part.....Souviner.....


Pasar yang unik


Pintu Gerbang
Usai teroka Damnoen Saduak kitorg terus bergerak menuju ke Elephant Village pulak. Kitorg tak naik pun gajah tu....Just lepak tengok orang naik dan makan coconut ice cream. Kalau pi Bangkok ke atau mana area di Thailand wajib makan coconut ice cream tau...Delicious.......


Hai cik Jah....


santai santai 


sesi beratur naik gajah


gajah tu macam penat je...


seronok ye kak naik cik jah....

Setel dekat Elephant Village kitorg gerak pulak ke Royal Thai-Handicraft Center. Apa ada kat situ? Nama pun handicraft... semua jenis ukiran ada. Kagum tengok hasil kerja seni orang tempatan. Sangat2 kreatif tau. Kitorg tak lama pun kat situ so terus gerak balik ke Bangkok city. Sampai hotel terus kejar katil...Zzzzzzzzzzz...hahahaha


ini pusat kraftangan dan tiada kaitan dengan UTC


kreatif


salute orang yang ada tangan seni ni....


kawasan sekitar RTC


Sawadeekap..masuk pintu keluar tingkap......


fokus sangatttttt


gerun


ukiran ni paling legend


ni pun legend


cara-cara buat wrapping paper yang ada bunga kertas tu


peta kawasan


macam original kannnn


Day 3 kitorg memang dah set nak spend setengah hari dekat Chatuchak Weekend Market untuk shopping...Apa ada kat Chatchuchak Market??? Chatuchak Weekend Market ni adalah weekend market (weekend je bukak tau) yang jual semua jenis barang dari baju, kasut, barang rumah, gerai makan semua ada...baju2 dia murah2 tau dan fashionista...jangan lupa beli banyak2 baju kat sana tau..memang berbaloi...kawasan dia sangat besar tau so memang kena spend setengah hari kat sana kalau nak betul2 explore dan survey harga. Pastu malamnya area situ pun ada Night Market tau tapi barang2 yang dijual takla semeriah waktu siang.

Day 4 kitorg dah standby nak check out sahaja...sebab balik Malaysia kitaorg naik train so taklah rushing nak kena check in macam kat airport. Saja je nak naik train sebab saya suka tgk view sepanjang perjalanan naik train. Tiket actually saya mintak tolong ngan kawan thai saya belikan. Malangnya dia tak dapat jumpa saya sebab kena pergi Chiang Mai masa tu. So dia suruh saya pergi ke Hua Lamphong Railway Station amik sebab dia dah kurier terus ke sana. Thanks a bunch to Forth. Jasamu ku kenang. Saya kenal si Forth ni masa trip pertama ke Bangkok dulu. Kenal dekat dalam train masa balik ke Malaysia. Journey dari Bangkok ke Butterworth adalah dalam 22 jam tau. Walaupun lama tapi worth it tau tengok panorama sepanjang perjalanan. Sampai je Butterworth kitorg terus cari bas balik ke Kuala Lumpur. Itulah al kisahnya trip saya ke Bangkok ini.


huhuhu...bai bai Bangkok till we meet again

bangun je tido terus tengok panorama.


dok ngendap sapa tewwwww


Personally saya suka sangat dengan Bangkok and it's one of my favourite city tau. Kota penuh keriangan dan happening. Rakyat dia sangat terbuka dalam pelbagai aspek. Dari segi fashion, shopping, lifestyle, kehidupan kupu kupu malam, semuanya menjanjikan seribu satu kepuasan dan kelainan tersendiri.

Bagi yang muslim jangan risau pasal makanan halal sebab ada saja kedai atau restoran halal disana tapi kena rajin mencari la. Cuba cari kawasan masjid di sana dan Insha Allah ada makanan halal di kawasan sekitarnya. Cuma dari segi kebersihan kota harus dipertingkatkan lagi ye..

Oklah. Untuk entri akan datang saya nak share pasal #throwback trip yang seterusnya tau. Tungguuuuuuuuuu......hik3

Till then...daaaa....

P:S: Setiap bulan April di Thailand ada Festival Songkran (Pesta Air). tapi time ni hotel penuh dan mahal tau. 

0 Comments