Sebagai informasi, hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre dahulunya dikenali dengan nama PNB Perdana Hotel & Suites On The Park. Kini, setelah menjalani penjenamaan semula, Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre (Perdana KLCC) telah berubah wajah menjadi lebih segar. Lokasi yang cukup strategik kerana berada di tengah-tengah pusat Kuala Lumpur menjadikan Perdana Kuala Lumpur City Centre menjadi pilihan sebagai hotel penginapan terbaik di Kuala Lumpur. Hotel ini mempunyai sekitar 338 pilihan bilik pelbagai jenis dengan dekorasi elegen dan moden. Untuk info tambahan, Perdana Kuala Lumpur City Centre telah dibuka pada bulan Jun 2000 dan dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta diuruskan oleh Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd.
Pilihan pengangkutan untuk ke hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre ini sama ada menaiki kenderaan sendiri dengan kemudahan ruang parkir tersedia di bawah bangunan, menaiki kenderaan pandu-seru (e-hailing) atau menggunakan LRT kerana hotel ini cuma berjarak kurang 5 minit berjalan kaki dengan stesen LRT Ampang Park. Jom kita lihat promosi yang ditawarkan oleh Perdana Kuala Lumpur City Centre untuk bufet Ramadan 2021.
BUFET RAMADAN 2021 ANGKAT TEMA AIR TANGAN BONDA
Bermula 15 April 2021 hingga 9 Mei 2021, bufet Ramadan 2021 Perdana Kuala Lumpur City Centre bertemakan Air Tangan Bonda dimana ia menawarkan 150 pilihan juadah berbuka puasa termasuk variasi resipi warisan dan hidangan tempatan yang diperkenalkan oleh Chef hasil inspirasi ibunda beliau yang pastinya bakal membawa anda kembali mengimbau memori lama dan membangkitkan nostalgia masakan ibunda serta beberapa resepi rahsia yang pasti memikat hati. Sedikit sebanyak anda dapat mengubati kerinduan masakan ibu tersayang yang jauh di kampung halaman.
Status Halal pastinya menjadi perhatian utama bagi pengunjung Muslim untuk berbuka puasa di hotel dan ini menjadi keutamaan pihak Perdana Kuala Lumpur City Centre dimana restoran di hotel ini telah mendapat sijil Halal bersesuaian dengan konsep syariah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007. Selain dari tempat berbuka puasa yang selesa, kemudahan surau juga turut disediakan di tingkat 5 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Tarawih.
HARGA BUFET RAMADAN 2021 PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE (PERDANA KLCC
Sudah mula terliur untuk menjamu selera di bufet Ramadan 2021 Perdana Kuala Lumpur City Centre ‘Air Tangan Bonda’? Jangan risau tentang harga kerana tawaran harga dibawah RM100 disini cukup berbaloi! Harga bufet Ramadan 2021 Perdana Kuala Lumpur City Centre adalah RM88 net seorang (harga sama untuk dewasa & kanak-kanak) sahaja.PROMOSI PENGINAPAN SEMPENA RAMADAN 2021 DI PERDANA KLCC
Jadi, apa tunggu lagi! Raikan momen berbuka puasa bersama keluarga dan rakan taulan di Perdana Kuala Lumpur City Centre kerana pastinya tawaran bufet Ramadan pada tahun ini cukup berbaloi dan mampu milik. Hubungi 03 – 7490 3939 / 03-74903481 atau Whatsapp di 019-8791413 untuk tempahan dan layari https://perdana.attanahotels.com/perdana-klcc untuk mendapatkan informasi lanjut. Selamat berbuka puasa!
IKUTI PERDANA KLCC DI FACEBOOK | INSTAGRAM
LOKASI PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE
(PERDANA KLCC)
10, JLN BINJAI, 50450 KUALA LUMPUR.
TELEFON: 03-7490 3333
#BUFETRAMADAN2021 #PERDANAKLCC #AIRTANGANBONDA #ATTANAHOTELS
0 Comments