Nak Kurus? Cubalah Secret Correa Secret Coffee Dan Premium Collagen Lotion | Kurus. Impian setiap insan pada firasat saya. Tidak dapat dinafikan memiliki tubuh badan kurus memberi banyak kelebihan antaranya senang membeli pakaian dan bergaya dengan macam-macam stail dan yang paling utama dapat meningkatkan keyakinan diri serta tubuh badan menjadi lebih sihat. Bukanlah berbadan gemuk itu tidak sihat bila badan banyak lemak ni, kecenderungan mendapat peyakit lebih tinggi. Untuk kekal berbadan langsing dan sihat memerlukan disiplin yang tinggi. Penjagaan dari segi pengambilan makanan dan aktiviti senaman adalah perkara wajib.Tahukah anda bahawa pemakanan menyumbang kepada peratusan lebih tinggi berbanding senaman untuk kurus? Selain itu, pengambilan makanan tambahan juga dapat membantu mendapatkan berat badan yang ideal.
Sejak bekerja dari rumah, berat badan saya semakin naik. Mana tidaknya, asyik berulang ke dapur sahaja. Sambil buat kerja, mulut tidak berhenti mengunyah. Bayangkan dari Mac 2020 hingga sekarang berat badan saya naik hampir 10 kg. Bingung dibuatnya kerana banyak juga pakaian yang sudah ketat. Jadi bermulalah episod mengawal pemakanan dan senaman untuk membakar kalori. Bukan itu sahaja, saya juga mula mencari produk yang boleh membantu saya untuk kembali kepada berat badan yang diingini. Sukar untuk membuat pilihan kerana semua tahu tidak semua produk di pasaran benar-benar selamat sehingga saya ketemu dengan dengan Secret Correa yang mengeluarkan produk Secret Coffee dan juga losyen kurus dengan kolagen iaitu Secret Correa Premium Collagen Lotion.
Sebagai info, Secret Correa telah berada di pasaran sejak tahun 2015 dan diasaskan oleh Cik Puan Azila yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang perniagaan dan kesihatan. Selain itu, kedua-dua produk ini telah mendapat pengiktirafan Asia Pacific Super Health Brand.
KELEBIHAN SECRET COFFEE SECRET CORREA
Secret Coffee dari Secret Correa ini merupakan produk kopi tanpa kafein yang juga minuman tambahan untuk menurunkan berat badan dengan membantu mengawal selera makan peminumnya. Apa yang menarik tentang tentang Secret Coffee ini adalah ia merupakan kopi tanpa kafien pertama di Malaysia yang mengandungi 6 slimming booster iaitu kopi hijau, Garcinia combogia, kurma, madu, Hoodia dan L-Carnitine. Setiap bahan yang digunakan dalam penghasilan Secret Coffee Secret Correa ini menggunakan bahan berkualiti dan diadun menjadi sebuah produk unik dan berbeza dengan produk jenama lain di pasaran. Selain itu, Secret Coffee ini menggunakan nano sweet ekstrak daripada kulit tebu hitam sebagai pemanis jadi ia sesuai untuk pesakit kencing manis dan darah tinggi. Rasa krim pada kopi ini bukan dari krimer biasa atau skim susu murah tetapi menggunakan ekstrak isirong biji kelapa sawit (palm kernel oil).
6 BAHAN UTAMA DALAM SECRET COFFEE SECRET CORREA
KOPI HIJAU
Penggunaan kopi hijau untuk penurunan berat badan cukup popular kerana terdapatnya kajian saintifik menunjukkan penurunan berat badan selepas menggunakan kopi ini. Kandungan dalam kopi hijau iaitu asid klorogenik berpotensi untuk mengurangkan tahap kolesterol dan lemak badan kita secara minimum dengan mengelakkan penyerapan dan meningkatkan metabolisme di hati.
- Membantu memotong paras kolestrol dalam badan
- Menurunkan Berat Badan
- Menurunkan tekanan darah
- Antioksidan
- Meningkatkan Mood Dan Kognisi
GARCINIA CAMBOGIA
Garcinia cambogia atau bahasa kita dipanggil asam gelugur/asam keping ini mengandungi asid hidroksitrik (HCA) yang boleh membantu penurunan berat badan dengan mudah. Pada dasarnya. HCA menghalang pengeluaran lemak dalam hati dan mengawal selera makan. Ia juga bertindak ke atas serotonin dalam badan anda. Apabila serotonin anda berada pada paras yang optimum, anda akan mengalami pengalaman sihat yang lebih baik. Oleh itu, anda berupaya mengatasi masalah makan berlebihan yang kadangkala berlaku mengikut emosi. Serotonin juga cenderung untuk meningkatkan kualiti tidur, yang seterusnya dapat meningkatkan mood anda.
- menghakis lemak dalam badan
- mengawal kolestrol
- Mengurangkan selera makan
- Mengelakkan lemak terkumpul
- Mengawal proses pembakaran lemak dalam badan
- Membantu membuang lemak yang di bahagian yang sukar seperti peha dan perut
L-CARNITINE
L-carnitine adalah asid amino yang serupa dengan struktur vitamin B. Oleh kerana banyaknya kualiti yang berharga, bahan ini sering digunakan sebagai makanan tambahan untuk membakar lemak. Asid amino L-carnitine mempunyai kesan ke atas tubuh yang serupa dengan kesan vitamin, tetapi ia juga merujuk kepada jenis bahan yang berbeza, kerana ia disintesis dalam tubuh itu sendiri. Satu ciri yang sangat penting dalam L-carnitine adalah penggunaannya tidak menyebabkan pemusnahan protein dan karbohidrat.
- Ubah lemak kepada tenaga
- agen pembakar lemak
- bagus untuk meningkatkan daya tahan badan
- Berikan tenaga tambahan
- Membesarkan salur darah
HOODIA
Hoodia (Hoodia gordonii) adalah tanaman jenis kaktus yang berasal dari gurun Kalahari di Afrika Selatan. Hoodia digunakan untuk menahan rasa lapar sehingga dapat menurunkan berat badan.
- Melumpuhkan lemak dalam badan
- Anti radang
- Tingkatkan tenaga
- Tahan lapar
KURMA
Sudah terbukti kurma dan juga merupakan makanan sunnah ini mempunyai khasiat tersendiri.
- Anti oksidan yang tinggi
- Tinggi vitamin & mineral
- Cegah sakit sendi
- Melancarkan sistem pencernaan
- Mencegah imsomnia
- Bagus untuk penghidap diabetik
- Bantu masalah sebu perut
- Mengelak migrain
MADU
Seperti juga kurma, madu adalah makanan sunnah yang telah terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan.
- Hilangkan batuk & kahak
- Meningkatkan daya ingatan
Tinggi vitamin & mineral - Bagus utk yg llergic & resdung
- Anti-fungus (masalah kulit)
- Mencegah diabetik
- Mencegah stress
- Mengecilkan liang pori wajah
- Bagus untuk mengecilkan jerawat
APA YANG MENARIK DENGAN SECRET CORREA PREMIUM COLLAGEN LOTION
Jika Secret Coffee boleh membantu penurunan berat badan dari dalam, Secret Correa Premium Collagen Lotion dapat membantu membakar lemak dari luar. Sebagai info, Secret Correa Premium Collagen Lotion merupakan SLIMMING COLLAGEN PERTAMA DI MALAYSIA!
Kelebihan losyen kurus ini adalah ia mengandungi 3 agen pembakar lemak iaitu Sunflower Seed Oil, Guarana dan Hedera helix.
SUNFLOWER SEED OIL
Minyak biji bunga matahari atau sunflower seed oil mempunyai pelbagai kebaikan dan merupakan salah satu bahan aktif dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit. Ia mempunyai mempunyai sifat emolien yang membantu kulit mengekalkan kelembapannya. Selain itu, ia mengandungi kandungan Vitamin E yang tinggi yang bersifat anti-oksidan. Selain Vitamin E, Sunflower Seed Oil juga mempunyai Vitamin A, C ,D, asid lemak, Beta-Carotene dimana Sunflower Seed Oil adalah sumber Beta-Carotene yang bagus kerana mempunyai fat soluble compound yang boleh ditukarkan ke Vitamin A. Ia juga mengandungi Asid Omega-6 membantu mengurangkan keradangan dalam kulit dan memperbaik perkembangan sel kulit yang baru.
- Mencantikkan kulit
- Melembapkan kulit
- Anti penuaan
- Anti radang
- Pelindung kulit
GUARANA
Guarana adalah sejenis tumbuhan memanjat atau menjalar di dahan-dahan tinggi pokok besar yang berasal dari Lembah Amazon dan banyak didapati di negara Amerika Selatan, berdaun besar dan mengeluarkan gugusan buah berwarna merah bila masak.Ia tergolong sebagai species P. Cupana. Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi dimana ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.
- Melancarkan saluran jantung dari tersumbat
- Memperbaiki sistem penghadaman
- Merendahkan asid lemak dan kolestrol
- Mengaktifkan sel -sel & sistem saraf
- Menghilangkan rasa lapar
- Menghasilkan tisu baru
- Memerangi radikal bebas
- Mengurangkan bengkak
- Awet muda
HEDERA HELIX
Hedera helix adalah bahasa saintifik bagi English Ivy adalah tumbuhan malar hijau memanjat yang tumbuh 3-50 meter. Ia mempunyai stem cell yang kuat dan melekat pada dinding dan pokok dengan menggunakan akar yang cangkuk. Ia mempunyai aplikasi yang besar dalam kosmetik sebagai agen cellulitik kerana sifat-sifatnya sebagai pembunuh anti-radang dan kesakitan yang disediakan oleh saponosides dan flavonoid.
- Anti selulit
- Anti lemak
- Anti radang
- Melancarkan peredaran darah
- Melegakan masalah pernafasan
- Melegakan masalah kejang otot
TESTIMONI SECRET COFFEE DAN PREMIUM COLLAGEN LOTION SECRET CORREA
Saya telah mengamalkan kedua-dua produk ini hampir sebulan dan tidak dinafikan ia membantu saya dalam menurunkan berat badan. Sejak mengamalkan Secret Coffee, sistem pembuangan najis saya semakin lancar dan senang lawas. Ia tidak memeningkan kepala malah senang untuk tidur. Saya sukakan rasa kopi yang tidak terlalu kuat dan manis dan berkrim hasi kandungan nano sweet dan palm kernel oil. Senang kata rasa seperti minum kopi biasa. Paling menarik adalah ia berjaya mengawal selera makan saya kerana dengan meminum segelas di waktu pagi, saya boleh kenyang sehingga ke petang. Namun pengalaman saya mungkin berbeza dengan orang lain.
Bagi Secret Correa Premium Collagen Lotion pula, sejak mengamalkan sapuan setiap hari terutamanya sebelum melakukan senaman ringan menampakkan hasil pada badan saya. Perut saya sudah mulai kurang buncit. Saya sukakan tekstur losyen ini yang tidak melekit dan mudah meresap pada kulit dan memberi efek sejuk selepas sapuan. Bagi mendapatkan hasil yang lebih ketara, saya memakai bersama bengkung.
Jadi kepada anda di luar sana yang ingin mendapatkan penurunan berat badan yang ideal secara selamat, anda boleh mencuba kedua-dua produk Secret Correa ini. Harga bagi Secret Coffee adalah RM69 dan Premium Collagen Lotion pula RM89.00. Jangan khuatir kerana produk ini mempunyai nombor notifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan produk Secret Coffee telah mendapat kelulusan sijil Halal dari JAKIM. Produk Secret Correa sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. Layari https://secretcorrea.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
IKUTI SECRET CORREA DI FACEBOOK | INSTAGRAM
*Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba sebarang produk.
#SECRETCORREA #SECRETCOFFEE #SLIMMINGCOFFEE #COFFEELOVERS #COFFEE #NAKKURUS #KOPIHIJAU #KOPITANPAKAFEIN #KOPIKURUS #KOPISEDAP
0 Comments