CELLCODE PRODUK ANTIOKSIDAN DAN ANTI PENUAAN TERBARU HASIL EKSTRAK LIMAU KASTURI KINI DI PASARAN!






Siapa yang tidak mahu cantik dan sihat bukan? Malah boleh dikatakan pada zaman kini, manusia sudah mula sedar kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan agar kekal sihat dan cantik. Jika anda perhati, terdapat pelbagai jenama produk makanan tambahan dalam pasaran sekarang. Ini membuktikan bahawa permintaan kepada produk ini semakin meningkat. Tapi, anda harus berhati-hati dan jangan sembarangan membeli produk makanan tambahan kerana ada sebilangan produk di pasaran tidak mendapat kelulusan dari pihak berwajib. Pengambilan produk makanan tambahan yang tidak sah boleh memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Bicara soal kesihatan, tahukah anda bahawa limau kasturi bukan sahaja sedap dibuat jus atau sebagai penambah rasa dalam masakan tetapi ia juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan anda? Dikenali juga dengan nama Kalamansi atau nama saintifiknya Citrofortunella microcarpa, limau kasturi mempunyai salah satu komponen berkhasiat yang dipanggil Florentin-G.

Menurut pakar pemakanan, bahan floretin-G adalah bahan antioksidan juga boleh dijumpai di dalam epal hijau dan kombinasi antara bahan floretin bersama asid ferulik telah dijual di pasaran antarabangsa sebagai bahan kosmetik khusus untuk anti kedut dan pemutih wajah semulajadi. Selain itu, limau kasturi juga kaya dengan Vitamic C, Asid Ferulik dan Vitexin, agen mencegah penyakit darah tinggi dan menjaga kesihatan jantung.

Menyedari akan khasiat dalam limau kasturi ini, maka terhasillah CELLCODE, produk makanan tambahan hasil ekstrak limau kasturi untuk manfaat kesihatan dalaman dan luaran. Kandungan Cellcode telah diuji secara saintifik dan hasil penyelidikan bersama Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) selama 10 tahun ini telah menelan belanja sebanyak RM 3 juta. Komponen utama dalam Cellcode adalah Floretin-G, Vitexin, Asid Ferulik dan Vitamin C. Cellcode yang juga merupakan 100% produk bumiputera ini didaftarkan dibawah kategori ubat tradisional dan telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia turut mendapat sijil halal JAKIM dan sijil MAL daripada KKM.








KEBAIKAN CELLCODE UNTUK KESIHATAN
  • meningkatkan tenaga dan paras kecergasan badan
  • Ia membantu menstabilkan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah dan membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. 
  • Meningkatkan Sistem Imun 
  • Ini membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dalam mempertahankan diri daripada jangkitan dan penyakit. 
  • Mengurangkan Keradangan 
  • Floretin-G dan Vitexin diketahui mempunyai kesan anti-radang dan boleh digunakan untuk merawat artritis. 
  • Ia mencegah pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.
  • Mengurangkan Tahap Kolesterol Lipoprotein Berkepadatan Rendah (LDL) 
  • Tahap kolesterol LDL dapat diturunkan sehingga mengurangi risiko penyakit koroner arteri.
  • Menguatkan hati 
  • Ia melegakan otot jantung, sehingga menjadi lebih efisien dan mampu mengepam darah ke seluruh badan. 
  • Menurunkan Tahap Creatinine 
  • Ini membantu menurunkan tahap Creatinine yang boleh merosakkan fungsi ginjal. 

KEBAIKAN CELLCODE UNTUK KULIT
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Kapasiti antioksidan yang tinggi dalam Floretin-G melawan radikal bebas dalam badan, dan mencegah kerosakan sel. Kerosakan berlaku apabila radikal bebas mencuri elektron lemak pada membran sel kulit. 
  • Perlindungan Kulit Dari Sinar UV 
  • Sebatian antioksidan topikal yang mengandungi Floretin-G, Asid Ferulik dan Vitamin C melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya. 
  • Meningkatkan Keanjalan Kulit, Menjaga Kencang dan Melembapkan 
  • Floretin-G menghalang Matrix Metalloproteinase (MMP-1); enzim berkaitan penyakit kulit yang boleh merosakkan tisu kulit dan mencegah Dermal Fibroblast. 
  • Fibroblast adalah pengganti kulit yang aktif dan menghasilkan kolagen. Kolagen dan elastin adalah protein yang memberi kesan pada kulit yang tegas dan ketat. 
  • Mengurangkan Kedutan dan Garisan Halus 
  • Floretin-G melambatkan proses penyimpanan gula di sel kulit yang dikenali sebagai produk Advanced Glycation End (AGE). AGE adalah sebatian berbahaya yang terbentuk ketika protein atau lemak digabungkan dengan gula dalam aliran darah. 
  • Meringankan Titik Gelap, Pigmentasi dan Jeragat 
  • Mengawal tahap tirosinase, enzim semula jadi yang menghasilkan pengeluaran melanin dalam sel kulit. 









Pelancaran Cellcode telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Noh bin Haji Omar, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bertempat di Sime Darby Convention Centre baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Align Creative Sdn. Bhd., Encik Mohd Faizul Khalid.  









Menerusi ucapan YBhg Tan Sri Noh berkata, beliau sendiri telah mencuba produk Cellcode selama 2 tahun sebelum ia dilancarkan secara rasmi dan amat berpuas hati dengan keberkesanannya. Pada masa sama beliau mengalukan-alukan khususnya syarikat bumiputera untuk menceburi sektor ini dan seterusnya merancakkan dunia bisnes.

Encik Mohd Faizul Khalid berkata, syarikatnya iaitu Align Creative Sdn Bhd adalah memasarkan produk Cellcode ini di pasaran Malaysia dan pada masa sama sedang merancang untuk membawa produk Cellcode ini ke pasaran Indonesia. Anda boleh mendapatkan produk Cellcode ini menerusi atas talian di www.cellcode.com.my . Jangan lupa untuk ikuti laman media sosial Cellcode bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan produk dan promosi. 



#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PRODUK #ACARA


0 Comments