RAWATAN PICO GENESIS™ OLEH CLIQUE® CLINIC – REVOLUSI RAWATAN LASER TERBAIK DAN PALING BERKESAN SETAKAT INI!


Kebanjiran klinik estetik di Malaysia kini menunjukkan bahawa industri kecantikan kini semakin rancak berkembang. Ini menjadi aras pengukur bahawa permintaan terhadap perkhidmatan kecantikan semakin meningkat saban hari bagi menampung kehendak pelanggan. Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa rakyat kita semakin prihatin terhadap kecantikan diri. Secara peribadi saya merasakan ia satu perkembangan positif dimana setiap dari kita mulai sedar betapa pentingnya menjaga kecantikan dan penampilan diri.

Saya berkesempatan menyaksikan pelancaran satu prosedur inovatif menggunakan dwi gelombang dan laser denyutan pantas untuk memperbaiki tona kulit dan wajah yang dipanggil RAWATAN PICO GENESIS™ dengan Enlighten™ oleh sebuah klinik perubatan estetik yang terulung di Malaysia, Clique® Clinic. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah selebriti terkenal Bernie Chan dan Emily Lim yang turut berkongsi pengalaman menjalankan rawatan PICO GENESIS™ dengan Enlighten™.


emcee of the event

Gladys Cheng, Pengasas skin M.D.

Dr. Lim Ting Song, Medical Director of Clique® Clinic











Untuk pengetahuan anda, rawatan laser tona kulit merupakan prosedur yang sangat digemari oleh warga Asia bagi menghilangkan masalah jeragat dan kecerahan kulit secara total. Bagaimanapun, dengan teknologi laser yang ada sekarang, hasilnya tidak lah sebaik yang dijangka hasil pemulihan berlaku secara perlahan. Kini anda tidak perlu khuatir kerana PICO GENESIS™ adalah solusi terbaik di abad ini. Ia dibawakan khas oleh Clique® Clinic melalui inovasi syarikat CUTERA, iaitu pembekal terkemuka dunia bagi mesin laser, cahaya dan juga sistem perubatan estetik berasaskan tenaga untuk pengamal perubatan estetik.

“PICO GENESIS™ ialah terapi pemulihan kulit yang lembut dan berkesan untuk semua jenis masalah pigmentasi kulit dan ia merupakan platform pelbagai gelombang dan laser ‘picosecond+nanosecond’ pertama. Sistem pertama ini kini berada di Malaysia dibawakan khas oleh Clique® Clinic” kata Dr. Lim Ting Song selaku Pengarah Perubatan Clique® Clinic. Beliau turut menjelaskan bahawa teknologi ini berfungsi dengan menyalurkan rangkaian tenaga yang luas pada pelbagai gelombang dengan profil keselamatan yang tinggi, seterusnya memberi pemulihan maksimum pada pesakit dengan sesi rawatan yang minimal. Hebat bukan!






Selain dari mampu memperbaiki tona kulit, PICO GENESIS™ berupaya menghasilkan kulit yang lebih cerah dan tegang. Ia juga mampu membuang cacah yang tidak diingini selain merevolusikan pemulihan kulit yang berkesan bagi pigmentasi akibat bekas parut luka. Jelas Dr. Lim, PICO GENESIS™ dilaporkan memberikan perubahan yang dramatic dalam merawat masalah jeragat kulit dan memberikan perubahan yang begitu ketara terhadap wajah pesakit seawal dua rawatan sahaja. Sesi rawatan juga sangat pantas iaitu sekitar 20 minit bagi setiap sesi bergantung kepada keadaan dan jenis kulit serta rawatan ini tidak menyakitkan (painless). Rawatan PICO GENESIS™ diukur dalam unit ‘picosecond + nanosecond’ dan ia menggunakan teknologi denyutan laser terpendek dalam pasaran. Its strong, non-thermal, photo mechanical effect works to shatter the target tanpa merosakkan tisu disekeliling kulit yang dirawat.




selepas rawatan menampakkan instant result pada subjek

Semenjak beroperasi pada 2012, Clique® Clinic menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan perubatan estetik yang selamat, cepat dan berkesan melalui gabungan inovatif kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan dengan menggunakan teknologi terkini dalam industrI kesihatan umum dan perubatan estetik. Untuk pengetahuan anda juga, Skin M.D selaku pengedar utama peralatan kecantikan menyasarkan pada perubatan laser estetik dan peranti di Asia Tenggara bekerjasama dengan Clique® Clinic dalam membawakan teknologi terbaru di Malaysia.


Menurut Gladys Cheng selaku pengasas Skin M.D, Syarikat CUTERA mempunyai latabelakang yang diiktiraf dalam memperkenalkan teknologi yang telah terbukti berkesan dan seterusnya mencipta produk untuk kegunaan dan faedah kepada doktor, pengamal perubatan kecantikan dan pesakit mereka. Ketidakseimbangan tona kulit merupakan masalah utama dikalangan rakyat Malaysia jadi dengan adanya rawatan PICO GENESIS™ ini, ia akan memberi penyelesaian terbaik kepada anda.

Fakta mengenai Cutera Enlighten™

Berkuasa menembusi perubahan warna degil dan cacah yang tidak diperlukan lagi dengan enlighten –dwi gelombang (1064nm + 532nm) dan denyutan dwi tempoh (750 ps + 2ns) sistem laser menampilkan parameter rawatan ciri terkemuka dan penyesuaian unik yang seumpamanya di dunia.

Untuk membuang cacah dan rawatan pigmentasi ringan yang disebabkan oleh kecederaan.

Menawarkan platform laser picosecond bola tala dan penyesuaian unik yang pertama di dunia.


Tentang Clique® Clinic
Merupakan salah sebuah klinik tersohor di rantau ini memberikan perubatan estetik, rawatan regenerative berdasarkan bukti. Perintis dalam pelbagai rawatan perubatan estetik dan kajian, Clique® Clinic merupakan peneraju perubatan estetik serta melatih ramai doktor dan jururawat estetik untuk memberikan anda rawatan yang terbaik dan diyakini.Clique® Clinic mempunyai tiga komponen utama: Perubatan Estetik, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Am. Komited dalam menjalankan tugas untuk mewujudkan suasana rawatan yang selesa dan seterusnya menjadikannya suatu pengalaman yang indah.



Tentang Skin M.D
Diasaskan pada tahun 2003 ketika ‘kelahiran’ industri kecantikan, Skin M.D menjadi pengedar utama peralatan kecantikan, memfokuskan kepada perubatan laser dan peralatan kecantikan di Asia Tenggara. Mempunyai pejabat di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Hong Kong. Meletakkan jenama mereka sebagai penyedia penyelesaian setempat bagi profesional perubatan kecantikan, Skin M.D. juga bekerjasama dengan jenama kecantikan ternama dunia dengan teknologi terkini dalam lapangan industri perubatan estetik.


#REEFISM #REEFISMTERRITORY #PICOGENESIS #CLIQUECLINIC

0 Comments