RESTORAN MOTORINO PIZZA SKY AVENUE GENTING PIZZA TERBAIK DUNIA KINI DI MALAYSIA!


Kunjungan saya ke Genting Highlands baru-baru ni agak berbeza dari sebelumnya. Masakan tidak! Saya agak surprise dengan transformasi yang dilakukan oleh pihak Resort World Genting ke atas Genting Highlands ini. Seperti yang anda sedia maklum, 20th Century FOX World Genting Malaysia Theme Park bakal dibuka di sini dan pembinaannya sedang rancak di jalankan. Pastinya warga Malaysia tidak sabar menanti pembukaan rasminya yang dijangkakan penghujung 2017. Saya sendiri sangat teruja kerana ia adalah taman tema pertama oleh 20th Century Fox di dunia dan di inspirasikan dari  filem-filem seperti Rio, Ice Age, Titanic dan banyak lagi.





Saya sempat merasai pengalaman menaiki gondola di Genting iaitu Awana SkyWay yang turut menerima pembaharuan. Sebagai tambahan, pihak Resort World Genting telah menambah satu tarikan baru pada Awana SkyWay iaitu Glass Floor Gondola. Istimewanya gondola ini anda boleh melihat pemandangan menerusi lantai kaca. Jangan risau pada yang gayat sebab ianya tidak seperti yang anda fikirkan dan juga selamat. Satu lagi keistimewaan pada gondola baru ini adalah ia turut menyediakan USB Port untuk tujuan pengecasan sebarang gajet. Jadi jika anda yang kehabisan bateri telefon bolehlah mengecas untuk sementara.

Serba baru

tarikan terbaru di Genting Highlands

hanya apply kepada kanak-kanak ya

tunggu turn sebab glass floor gondola tak banyak unit


nasib baik tak gayat


USB Port

FOX Theme Park sedang rancak dibina

Yeay! Dah sampai atas!

Ayuh kita explore Sky Avenue!

Setibanya saya di stesen Sky Avenue, saya cukup terkejut dengan kewujudan satu lagi tarikan baru di Genting Highlands ini iaitu Sky Avenue Mall. Besar dan tampak mewah. Siap ada skrin LED besar lagi di dalam nya. Kagum dan jakun saya seketika tatkala melihat sekitar Sky Avenue Mall ini. Saya sempat melihat kewujudan beberapa jenama restoran terkenal yang baru dibuka di sini.

Nanti bila dah fully siap mesti gempak!

Siap dengan sound system tau LED screen ni! Gempak abis!

Antara yang menarik minat saya adalah pembukaan kedai pizza terkemuka di New York iaitu MOTORINO. Pizza Motorino ini cukup terkenal di Brooklyn dan East Village sehingga penulis kolum makanan akhbar New York Times memuji ia sebagai restoran pizza Itali Neapolitan terbaik di New York. Wow! Bangga saya kerana kedai pizza terkenal ini dibuka di Malaysia! Bukan calang-calang!



outdoor seating area pun ada

Sedikit informasi kepada anda yang tidak mengenali akan pizza Motorino ini. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh Mathieu Palombino, seorang chef kelahiran Belgium-Italy. Pizza di Motorini ini dibakar menggunakan ketuhar kayu yang diimport dari Itali. Selain New York dan Malaysia, Motorino juga mempunyai cawangan di Hong Kong, Manila dan juga di Singapura. Percaya atau tidak, cawangan Motorino di Malaysia adalah yang terbesar di dunia dengan memiliki ruang seluas 4,000 kaki persegi serta menerapkan hiasan dalaman gaya Itali.

Paling mencuri perhatian saya adalah ketuhar pizza Motorino yang didatangkan khas dari Naples, Itali. Keenakan pizza di sini sudah pastinya ia dibakar secara tradisional menggunakan kayu api. Terus terang, rasa pizza di sini totally berbeza membanding dengan jenama pizza yang terdapat di pasaran. 

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang menarik dengan pizza Neapolitan ini? Mari saya terangkan.

·       Crazy Hot- it’s cooked in a special wood-fired oven at 800-900 degree Celsius.
·       Express pizza – the small mouth and low dome of oven gets the pizza cooked in 60 to 90 seconds
·       Soft and Chewy- Unlike crispy American pizza crusts, the Neapolitan one is soft and chewy, due to specific finely milled pure wheat flour with no additives.
·       Like a Frisbee- A typical Neapolitan pizza is about 12 inches in diameter. Just nice for one.
·       Balanced trio- Minimally topped, the Neapolitan pizza strikes a careful balance among crust, sauce and cheese. Forget over-the-top cheesiness.






Roti pizza nya lembut dan gebu seperti menikmati roti naan yang diletakkan topping di atasnya. Selain ketuhar pizza, penyodok pizza juga ditempah khas sebagai alatan memasak dan juga dekorasi kedai ini. Dengan dekorasi bercirikan klasik ini akan membawa pelanggan yang hadir dapat menikmati pizza terbaik Motorino sambil mengimbau nostalgia era 60-an.




Inilah penyodok pizza yang diimport dari Itali!

boleh pinjam nak bakar kek tak?




Anda boleh nikmati pelbagai jenis pizza dengan lebih daripada 20 pilihan topping dapat dinikmati di pizza Motorino ini. Antara yang menjadi kegemaran saya adalah pizza Marinara, Meatball, Arugula & Bresaola, Margherita, Pepperoni dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, saiz pizza di sini agak besar berbanding dengan jenama pizza yang lain. Puas hati senang cerita. Surprisingly harga yang ditawarkan tidak mahal. Senang cerita harga mampu milik dengan harga antara RM 45 hingga RM 67. Trust me! Pizza ini sangat berbaloi dengan harganya.









Tidak sah kalau kedai pizza tidak menyediakan hidangan Chicken Wings. Di Motorino Pizza anda boleh menikmati Chicken Wings dengan pelbagai perisa seperti lemon, pudina dan serbuk cili. Anda juga bisa mendapatkan hidangan bebola daging Motorino hasil gabungan budaya New York dan Itali yang dimasak dengan sos tomato bersama keju pecorino dan daun selasih.



Meatballs

Pastinya makanan barat tidak lengkap tanpa hidangan pencuci mulut. Pizza Motorino menyediakan pilihan seperti tiramisu, Torta Al Cioccolato (kek coklat dengan kastad) dan gelato untuk anda nikmati.

Personally, this is my favourite pizza restaurant so far. Dari segi dekorasi kedai, harga menu dan layanan staff disini pastinya pengalaman saya yang sanggup datang dari Kuala Lumpur cukup indah dan berbaloi. Jadi anda semua harus datang ke Pizza Motorino ini dan mencuba sendiri keenakan pizza yang dihasilkan. Ini adalah ‘must go’ restaurant! Letakkan dalam senarai restoran kegemaran anda!

Motorino terletak di Aras 1, Sky Avenue, Genting Highlands (sebelah Café Richard).

 Waktu Operasi:
10 pagi- 10 malam (Ahad hingga Khamis)
10 pagi – 12 tengah malam (Jumaat, Sabtu, Cuti Umum dan hari sebelum cuti umum)

Sila hubungi 03-61011118
Atau
 sila layari
atau follow
untuk maklumat lanjut.



#REEFISM #REEFISTERRITORY #MOTORINOMY #MOTORINOMALAYSIA #SKYAVENUE

5 Comments

  1. Okay pizza tu nampak sangat menyelerakan! kena pergi juga ni dekat sini satu hari ni.
    btw saya singgah dan follow blog ni ya. Jemput melawat blog baru saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete