Salam REEFISM semua.What's up y'all! Semoga sihat hendaknya.
Selepas Bali kini tibalah pulak giliran #throwback trip saya yang seterusnya iaitu Australia. Yeay! Sebenarnya impian untuk ke negara kelahiran Hugh Jackman ini dah lama. Sudah bertahun di perap. Jadi memandangkan tahun 2014 adalah tahun menggila buat saya sebab boleh dikatakan setiap bulan saya travel, saya cuba untuk menyelitkan negara ini dalam travel list saya. Alhamdulillah, Allah permudahkan perancangan saya. Amin.
Destinasi pertama saya ke Australia semestinya Melbourne dan Sydney. Kenapa? Sebab dalam banyak-banyak bandar di Australia ni Melbourne dan Sydney adalah popular dan sering di sebut-sebut di bibir orang. Nak lah tahu apa yang bestnya dua bandar ni kan. Kalau nak tahu kena terjah sendiri. Untuk ke Australia ni seeeloknya stay lah dalam dalam 5 hari at least kalau korang pergi satu destinasi sahaja sebab journey dia saja dah makan 5 ke 7 jam dari KL. Penat tau kalau ada yang stay sekejap saja. Kenalah explore betul2 sebab dah alang2 kan.
Trip ini berlangsung dari 3 Mei sampai 11 Mei 2014 dimana route kami adalah:
KL-Melbourne-Sydney-KL
Kami di Melbourne dari 3-7 Mei 2015 manakala Sydney dari 7-11 Mei 2015.
Kalau ikut perancangan asal kami nak singgah di Canberra tapi selepas memikirkan kekangan masa jadi Canberra maybe next time. Kami fikir baik kami explore betul-betul apa yang ada di sekitar kan. Travel ni jangan tamak. Biar kita nikmati betul-betul sesuatu destinasi tu baru enjoy kan.
Bendera Australia |
Peta Australia dan negeri-negeri di bawahnya. Melbourne berada dalam Victoria (VIC) dan Sydney dalam New South Wales (NSW) |
Trip ini macam biasa telah dirancang 1 tahun dari tarikh asal dan semestinya penerbangan AirAsia menjadi penerbangan pilihan sebab MURAH beb. Beli time promo. Hihihi....
Pada asalnya trip ini cuma saya dan travel buddy saya. Kemudian selang beberapa hari rakan kami lagi 2 orang nak join sekali. Bila check tiket tarikh pergi yang saya dah beli dah mahal jadi mereka beli tiket tarikh sehari lewat dari kami. Saya suka juga pergi travel berempat sebab saya boleh jimat dekat penginapan (boleh sewa bilik katil empat) dan makanan.
Flight kami pada 2 Mei 2014 adalah pada pukul 10.30 malam. Masa tu LCCT akan ditutup beberapa hari sahaja lagi dan digantikan dengan KLIA 2. Kiranya kami dapat lah merasa buat kali terakhir naik di LCCT dan akan merasmikan KLIA2 bila pulang ke tanahair...hihihi
Sebelum itu kena lah cerita sedikit persediaan penting untuk travel ke Australia ni.
- Passport check valid sampai bila. WAJIB SEMAK!
- Semak musim apa korang nak pergi. Saya suka pi time autumn dan winter sebab cuaca sejuk ja. Spring - the three transition months September, October and November. Summer - the three hottest months December, January and February. Autumn - the transition months March, April and May. Winter - the three coldest months June, July and August.
- Check tiket murah. Part ni korang kena rajinlah. Semak hari-hari kalau boleh. So far ni Airasia yang bagi best deal untuk ke Australia.
- Apply visa atau dikenali dengan ETA (Electronic Travel Authority). Australia ni kekwat sikit tau. Nak ada visa bagai. Nasib baik proses apply visa dia mudah saja. INGAT! Tak ada visa@ETA tak boleh masuk negara diorang tau! Nak apply kat mana? Ada yang buat secara online dan ada yang buat melalui travel agency. Lain tempat lain harganya. Saya buat melalui cik Intan. Siapa cik Intan ni?Saya pun jumpa dalam internet secara kebetulan sebab ramai traveller kita guna khidmat beliau. Harga visa yang dia charge cuma RM20 seorang. Korang google ye cik intan visa mesti keluar cerita beliau. Beliau hanya boleh di hubungi melalui email dan emailnya adalah eta.australia@yahoo.com. Ramai juga yang was-was kan?Don't worry sebab saya dah guna khidmat beliau dua kali dan Alhamdulillah dapat masuk ke bumi Aussie dengan selamat. Nanti saya ajar cara berurusan dengan cik Intan ye. Anda juga boleh layari web rasmi https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas untuk dapatkan pencerahan tentang ETA ini.
- Survey penginapan yang murah dan lokasi yang strategik. Ada yang prefer menginap di Malaysia Hall tapi bagi saya proses nak apply leceh sikit dan bila saya kira-kira lebih murah saya sewa hotel bajet atau backpacker hostel.
- Memandangkan saya memilih destinasi Melbourne dan Sydney dan kedua-duanya adalah jauh antara satu sama lain jadi saya harus sentiasa alert dengan promo untuk domestic flight. Ada beberapa option airlines yang ada seperti Qantas dan Jestar. Kami memilih Virgin Australia sebab masa saya beli tiket mereka ada buat promo.
- Korang fikirkan lah apa korang nak buat sepanjang trip tu. Plus korang kena studi jaringan pengangkutan di sana macam mana. Korang nak sewa kereta ke atau Motorhome ke. Kalau nak naik public transport kat sana macam mana. Nak beli pass apa. Semua bergantung kepada apa korang nak buat di sana dan juga bajet korang. Kenalah rajin tanya google ke, tanya blogger yang ada pengalaman ke. Kata nak jadi traveller dan berjimat jadi kenalah buat extra work kan. Takpe. Itu semua ilmu dan pengalaman yang bermakna kan. Jadi bila kita studi dan rangka sendiri plan trip korang pasti lebih best. Korang akan belajar banyak benda baru. Silap haribulan boleh bukak travel agency sendiri dah. Hahahahaha...
- Kalau nak bawak benda makan dari Malaysia sila semak apa yang boleh dibawa dan apa bahan yang dilarang. Korang boleh layari web rasmi kastam Australia di http://www.australia.gov.au/information-and-services/passports-and-travel/customs-and-quarantine atau https://www.border.gov.au/ untuk detail. Tanya cik google pun ok.
- Part ni yang paling liat! Simpan duit belanja. Nak tak nak kenalah simpan gak kan. Sebab itu saya selalu plan 1 tahun lebih awal supaya saya boleh rangka bajet saya. Ala takyah bawak duit berkoyan-koyan pun. Janji amaun yang dibawa realistik untuk sepanjang trip. Takut juga kadang-kadang nasib kurang baik imigresen officer tetiba tanya duit bawak banyak mana kan. Macam saya bawak cash 1000 AUD sahaja dan bajet ini adalah termasuk makan, transportation dan sedikit belanja sebab semua bayaran awal seperti penginapan, entrance fee telah dibayar siap-siap semasa booking dibuat. Siap duit cash tu ada lebih lagi bila balik Malaysia. Kalau ada lebih tu bolehlah guna untuk trip seterusnya kan.
Oklah. Untuk entri akan datang saya start dengan kisah di Melbourne ye. Sementara itu saya jamahkan anda dengan sedikit bingkisan foto-foto semasa di Melbourne dan Sydney sebagai intro kisah #throwback trip ini.
Till the guys...daaaaa
Government House, Sydney |
keindahan Blue Mountains |
amazing view di Twelve Apostles |
view sepanjang Great Ocean Road tour |
Checked in |
luas terbentang pandangan di sepanjang Great Ocean Road tour |
The Shrine of Remembrance, Melbourne |
view bandar Sydney yang awesome |
The Three Sisters, Blue Mountains |
kebanggaan Australia, Sydney Opera House |
#REEFISM #REEFISMTERRITORY
0 Comments